Resepi Bihun Goreng Taucu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Bihun Goreng Taucu

Trending

Resepi Bihun Goreng Taucu

Hi Korang! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kisah memasak dapur Kak Bell, kita buat bihun goreng taucu. Korang penah makan tak? Selain dipanggil bihun goreng taucu ada juga yang panggil bihun goreng Siam. Mana-mana nama pun boleh asalkan korang bahagia. Rupa bentuk kejadian dia memang samalah dengan bihun goreng biasa, cumanya pakai taucu sahajalah.


Macam biasalah, kalau Kak Bell ni memasak memang tak sah kalau tak cukup bahan-bahan. Maklumlah dah balik kerja, matahari pun dah terbenam. Nak menunggu pergi ke pasar basah, entah bilalah nak perginya. Esok-esoklah kita suruh suami ilusi kita pergi belikan barang dapur. Hehe. So, kita improvised, konsepnya guna je apa yang ada kat dapur. Tak ada lada segar, kita bantai je guna cili api. Tak ada tauhu goreng, udang, sotong bagai, kita pakai je fishball dan fishcake. Hujung-hujung, tetap juga boleh mentekedarah.


Disebabkan kegigihan memasak di malam hari, sesambil berlawan dengan orang rumah atas yang masih bertukang walau dah jam 3 pagi, pes taucu Kak Bell ni terlebih la pulak cilinya. Walaubagaimanapun, it still turn out well! Fuhh, lega! Telur goreng tu pulak, Kak Bell tak larat nak potong nipis. Jadilah yer asalkan nampak rupa bentuk hirisan telur goreng. Untuk taucu, Kak Bell guna pek kecil yang 40gram tu. Kalau nak pakai 2 pek pun boleh sebab rasanya still tak masin atau terlebih masam. Jom tengok resepi simple ni.

Bahan A
1 pek bihun
2 biji telur
1 mangkuk air asam jawa
1 biji lada segar/cili api
2 batang fishcake
10 biji fishball
Minyak untuk menumis
Gula
Garam

Bahan B
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 genggam udang kering/udang papai
1 genggam cili kering
1 pek taucu

Cara memasak:
1) Rendam bihun terlebih dahulu dengan air biasa. Tak payah gunakan air panas.
2) Rebus cili kering sementara siapkan bahan-bahan. Hiris semua bahan ikut suka hati korang.



3) Kisar/blend semua bahan B (jangan lupa tambah air).
4) Gorengkan telur kemudian hiris halus, panjang.


5) Panaskan minyak dan tumis bahan B yang dah siap dikisar sampai naik minyak.
6) Masukkan air asam jawa biarkan mendidih dan sedikit kering.
7) Kemudian masukkan fishcake dan fishball, kacau seketika.
8) Perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa ikut kesukaan.
9) Masukkan bihun yang dah ditos, kacau rata sebati.
10) Bolehlah taburkan lada/cili dan hirisan telur.


TIPS!
  • Boleh masukkan seafood seperti udang dan sotong
  • Kalau gunakan tauhu, goreng dahulu, kemudian boleh tambah pada step 7 
  • Rendam bihun dengan air sejuk supaya tak nak bihun terlalu lembik, putus 
  • Kurangkan cili kering kalau tak suka pedas
  • Boleh tambah sayur kucai


Makanya, kacaulah bihun tadi sampai keakhirnya. Dah cantik, puas hati, silalah menjamu selera. Rasanya tak beza pun dengan bihun goreg biasa. Mungkin sebab guna sedikit sahaja taucu. Air asam jawa yang ditambah pun tak beri rasa yang sangat masam. Just nice sebab dah ada tambah gula. Selesailah Kak Bell makan menggemukkan diri sambil mengenang nasib diri. Haha. Nanti korang cubalah. Pasti sedap!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post