Hi korang semua! Kali ni Kak Bell nak kongsikan Resepi Lempeng Pisang 'Cinnamon'. Umumnya semua tahu cinnamon ialah kulit kayu manis yang biasa kita gunakan sebagai rempah dalam masakan. Selain fungsi sebagai penyedap dan penambah aroma masakan, kulit kayu manis yang mempunyai sifat antibakterial dan antioksidan ini juga berkhasiat untuk kecantikan kulit. Pernah dengar tak kulit kayu manis ni diguna sebagai ubat jerawat? Zaman muda remaja dulu pernah jugalah Kak Bell cuba, tapi hujung-hujung ada burning effect kat muka. Terus tak pakai dah!
Jadi ceritanya, dah malas nak buat cekodok pisang, kita buatlah lempeng pisang. Memang sesuai sangatlah dijadikan hidangan sarapan pagi. Yang tak enaknya, bila nak kena bangun pagi ajelah. Kak Bell memang jarang masak sarapan pagi. Bukannya apa, biological clock kak Bell ni pun dah tak betul sebab dah terbiasa kerja malam. Kalau dah masa cuti tu, memang kelaut lah perginya. Tapi kalau ada jemputan event, gigihlah juga bangun awal pagi kann. Hehe. So menu lempeng ni Kak Bell buat waktu malam, oklah tu kira hidangan untuk waktu supper kan! Kak Bell ni pelik sikit. Kalau dah datang rajin, lapar, tengah malam pun kita menyudip kat dapur!
Dalam entri sebelum ni, ada Kak Bell kongsikan resepi lempeng tepung gandum simple. Cara nak buat sama, cuma tambah pisang dan serbuk kulit kayu manis sahaja untuk lempeng pisang 'cinnamon' ni. Kalau korang nak tengok resepi tu, bolehlah recap kat sini > Resepi Lempeng Tepung Gandum. Dalam entri tu, adalah lebih sikit gambar dan cara melempeng. Oklah, jom tengok resepi kali ini pula yer.
Bahan-bahannya:
6 biji pisang (ikut kesesuaian dan saiz pisang)
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula
Kulit kayu manis (diparut/tumbuk)
*boleh guna serbuk cinnamon
Air secukupnya
Cara membuatnya:
1) Lenyekkan pisang.
2) Bancuhkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.
3) Masukkan semua bahan dan pisang yang sudah dilenyekkan dalam mesin pengisar (blender) supaya lempeng lembut.
4) Letakkan minyak masak nipis atas pan/kuali, mula melempeng bancuhan. Satu senduk bancuhan untuk sekeping lempeng.
5) Bila bahagian tepi lempeng dah terangkat dan bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng.
6) Ulang sampai adunan tadi habis.
TIPS
- Boleh masukkan serbuk kelapa jika suka
- Bancuh sedikit pekat kalau nak lempeng tebal. Kalau nak nipis, bancuh sedikit cair.
Masa melempeng nanti, aroma pisang dengan kayu manis tu memanglah sangat wangi! Tak percaya, korang cubalah buat. Kemudian, letakkan pula madu atas lempeng fefeling english breakfast walau hakikatnya dah tengah malam. Jadilah kan buat alas perut supaya perut tak menyanyi tak boleh tidur. Katanyaaa. Lepas dah selesai melempeng tu nanti, meh hantar sikit bagi Kak Bell rasa yer. Selamat mencuba. Bye.
Senang buat ya kan..akk xpernah masak lempeng
ReplyDeleteSenang aje kak
ReplyDeleteTak pernah lagi makan lempeng pisang letak kulit kayu manis ni. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteSelalu buat lempeng kosong je... tapi pisang dan kayu manis memang kombinasi yang menarik untuk meningkatkan rasa dan nafsu ketika menikmatinya...
ReplyDeleteSaya suka makan cinnamon. Saya akan cuba resipi ini.
ReplyDeleteTak pernah makan version yang ni..tp suka lempeng makan ngan sambal sardin...so yummy...
ReplyDeleteI never eat this before. Would love to try it out to taste it.
ReplyDeletebestnya lempeng pisang ! nyum nyumm
ReplyDeleteWah simple & sedap
ReplyDeleteThis looks delicious Im gonna make this for breakfast this Sunday!
ReplyDeleteThe recipe ain't too hard to follow, will try make one since I like to eat :)
ReplyDeleteSenang nya. Kalo orang utara panggil.lempeng ni, pek nga. Hihi
ReplyDeleteWow.. will try later
ReplyDeleteTak pernah lagi makan lempeng.. tapi kalau makan lempang pernah la.. kena cuba ni resepi yang mudah
ReplyDeleteTak pernah denagr pek nga Annur Syuhadah. Haritu ada kawan, orang penang panggil parpu. terkejut sebab tak paham. rupanya kacang dal. Hehe
ReplyDeleteHahaha. Jgnlah begitu Dedaun Comel. Kikiki
ReplyDeleteTak pernah terfikir nak buat lempeng isi cinamon ni hehehehehe best resipi ni nak cuba lah lama tak makan lempeng...
ReplyDeleteI love these banana pancakes but never thought about adding cinnamon. Thanks for sharing this recipe with us. Would love to give it a try this weekend.
ReplyDelete