Hi Korang! Sambungan kisah tak ada semalam, sampai ke sudah tak ada air
keesokan harinya. Kak Bell dah mula rengsa dah kalau air masih tak ada malam
ni. Nasib baiklah ada simpan air nak buat mandi! Btw, lebih kurang jam 8
malam tadi, ada dapat notifikasi dari Syabas yang bekalan air dikebanyakkan
kawasan sudah pulih. Housemate pun cakap air dah ada, alhamdulillah! So
malam ni, bolehlah memasak di tengah malam buta. Haha.
Okay, entri kali ni Kak Bell nak kongsikan resepi cendawan enoki goreng.
Dah sibuk sangat viral katanya, jadi kita pun cubalah buat kan! Untuk
cendawan ni, korang boleh je gunakan cendawan tiram, besar sikit kan. Btw,
kalau gunakan cendawan enoki pastinya lebih rangup dan garing. Cara nak buat
pun pelbagai. Ada yang curahkan telur atas cendawan, gaulkan dengan tepung
dan kemudian goreng. Tak payah gunakan telur pun ok, lepas basuh cendawan
tadi, terus je gaulkan dengan tepung. Elok je tepung tu melekat. Tak payah
pakai telur pun uolss. Untuk resepi ni, Kak Bell buat cara bancuh tepung
dahulu. Nak bancuh tu, buat cair sahaja sebab nanti berketul-ketul payahlah
pulak kan nak gaulkan cendawan enoki tu. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
Serbuk tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Cara membuat:
1) Potong bahagian pangkal akar cendawan, pisah-pisahkan cendawan.
2) Kemudian, basuh bersih dan toskan.
3) Bancuh tepung serbaguna dengan sedikit air. Bancuh cair sahaja.
2) Gaulkan cendawan enoki tadi dengan bancuhan tepung tadi.
4) Gorengkan dan angkat bila sudah berwarna kuning keemasan.
TIPS!
- Boleh gunakan apa jua jenis tepung serbaguna dan jenis cendawan.
- Jika tak guna tepung serbaguna, boleh guna campuran tepung jagung+tepung gandum.
- Gaulkan cendawan sedikit-sedikit, kemudian goreng.
- Pastikan minyak panas semasa menggoreng.
Dah pun siap..memang rangup dan sedap uolls! Btw, rasanya agak masin bila
Kak Bell gunakan tepung serbaguna Kentucky ni. Nasiblah tak tambah garam.
Mungkin guna tepung lain, should be okay kot. Sesambil dah siap goreng tu,
Kak Bell makan dengan maggie je haritu. Maggie tu pun masak dengan balance
cendawan enoki tadi. Temanya, hari cendawan sedunia. Kay Bye.
Memang favourite la cendawan enoki ni. Rebus letak kat maggie pun sedap
ReplyDeleteaddoiii....tetiba lapar lak tengok petang ni...menu yang simple...Sal nak try ..
ReplyDeleteoh dear, this made me very hungry haha I love mushrooms
ReplyDeleteSuka sangat makan cendawan, naik selera hanis tengok resepi ni...
ReplyDeletePebereet anak2 sy nie..nk sdp goreng ngn tpung srbaguna bestari yg pdas mmg sedapp!
ReplyDeletecendawan kalau masak apa memang sedap ^^ terasa lapar tgk post ni
ReplyDeletei love enoki very much! tapi i tak pernah fried it and makan dengan instant noodle! haha
ReplyDelete#YourFinanceDoctor
Akak pebret cendawan enoki ni, tapi tak pernah di goreng, nanti akak coba resepi Bella ni, simple aja bahan2 dia ya, mesti sedap kan
ReplyDeleteWah... Looks delicious. I will use your recipe to cook this dish for my children. I'm sure they will love it too.
ReplyDeleteCendawan nie sedap juga... selalu masuk sekali dalam masakan Tom Yam... boleh cuba resepi ini nanti
ReplyDeletewahh tak pernah cuba lagi. boleh try ni. mesti rasa ranggup pedas2 kan.. salam kenal.. kita dah follow blogger bella cantik ni..
ReplyDeleteSalam kenal mama Jue. Bella dah follow dan terjah balik. Hehe.
ReplyDeletesedapnya :)
ReplyDeleteSedapnya enoki shroomy...
ReplyDeleteLaginpower maggi tu ada lak telor goyang
sha takpernah makan cendawan ni teringinnya nak buat! hehe baru tau banyak jugak resepi kat blog ni :D
ReplyDelete