A Dog's Purpose (2017) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal A Dog's Purpose (2017)

Trending

A Dog's Purpose (2017)

Hi Korang! Harini nak citer pasal my Valentine's with cute furkids! Korang suka haiwan perliharaan tak? Pets? Actually, pada 14 Feb yang lepas Kak Bell tonton movie A Dog's Purpose. Btw, movie ni akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 23 Februari 2017. Thanks again to KLIPSMY for those tickets. Haritu, gigih cari partner sape yang nak join movie. Siap buat iklan sesiapa nak jadi teman lelaki upahan Kak Bell tak malam tu! Hehe. Kaedahnya, semua orang busy la pulak dengan hal masing2. Sambut hari kekasih ke memasing ek?


Hokkay, A Dog's Purpose ni diarahkan oleh Lasse Hallstrom dan diadaptasi dari novel hasil tulisan W. Bruce Cameron. Korang pernah tengok cerita Hachi: A Dog's Tale tak?? Director untuk cerita A Dog's Purpose ni adalah pengarah yang sama untuk movie Hachi: A Dog's Tale. Bagi pencinta haiwan mesti pernah tengok cerita ni kan. Menyayat hati sungguh! So, semua pun mesti ternanti-nantikan karya pengarah ni selepas filem sebelum ni yang dilabel sebagai the most treasured and heartwarming true stories ever told. Filem tahun ni??



Ni diantara casting movie ni;
Voice of Josh Gad (Bailey the dog); Bryce Gheisar (young Ethan); K.J. Apa (teen Ethan); Britt Robertson (teen Hannah); Dennis Quaid (adult Ethan); Peggy Lipton (adult Hannah); John Ortiz (Carlos); Kirby Howell-Baptiste (Maya Williams); Pooch Hall (Al)

Filem A Dog's Purpose ni bergenre Drama Comedy dan mengisahkan Bailey, seekor anjing setia (devoted) yang mencari apa tujuan hidup dia dalam beberapa kehidupan semula bersama dengan pemilik2 yang berbeza. 4 kali mati, dihidupkan semula dengan different breeds and genders. Btw, walaupun hidup semula dengan jenis anjing dan gender yang berlainan, personaliti dan memori anjing tu remains as Bailey. 

4 kali mati, hidup balik as a different breeds and genders

Started with the young Ethan adopted a puppy named Bailey. Then, si Ethan ni dah besar, handsome berjaya masuk kolej dan terpaksa lah berjauhan kejap dengan Bailey. Bermulalah scene2 yang emosional sampailah si Bailey mati dan hidup semula dalam bentuk anjing yang lain. Dalam proses kehidupan dia dalam hayat yang berlainan tu, macam2 hal dialami oleh Bailey. Selamatkan Ethan dari kebakaran, selamatkan budak lemas, dilayan kejam kena rantai diluar rumah dengan keadaaan cuaca sejuk etc etc. So, ada 3x dia mati, macam2 hal dan Kak Bell tak larat nak cerita. Nanti tengok sendiri ya. Setiap kali mati tu, memang sedih. Sebagai seorang pencinta haiwan, memang terasa sungguh lah. Sangat terkesan. Cover-cover lap air mata!

"Bailey, Bailey, Bailey, Bailey, Bailey!"


Time ni air mata dah menitik

Costume on!

"Lick the ones you love"

Yang ni the last Bailey yang dilayan kejam, dibuang oleh pemiliknya dan akhirnya find his way back to Ethan. Ethan pun dah tua time tu. So, korang tengok sendirilah macam mana Bailey nak bagitahu dia tu ialah Bailey from his past life. Bab cintan cintun, malas nak ulas.

So cute! The last form of Bailey's

“What is the meaning of life? Are we here for a reason?”

Walaupun movie ni tak dapat rating yang baik but bagi Kak Bell the most importance message throught the story was deliver. Yang tak bestnya, macam Kak Bell tengah menonton cerita kompilasi pulak. At time bila anjing tu mati, then nak hidup semula rasa macam boring. Macam cerita drama bersiri pulak. Bagi para pencinta haiwan, mesti akan lebih memahami dan mendalami erti hubungan diantara penjaga dengan haiwan perliharaaan. Memang emosional, boleh buat korang pun turut menangis. Overall story ok, sederhana, sebab Kak Bell pernah tengok cerita lagi keji. Suku je tengok. The Ice Breaker! OMG!

Berapa bintang nak bagi? : 6.6/10




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post