02/12/16
Hi uolsss. Hari ni merupakan hari terakhir di Parapat. So malam semalam lepas aktiviti di Samosir, semua model cuma berehat2 saja kat hotel. Cuaca sangatlah sejuk, sampai nak mandi pun mampu 2 cebok je. Haha! So sad sebab tak ada heater kan. Btw, ok lah sebab nak duduk semalam aja pun. Malam tu siap lepak2 makan maggi dan minum kopi lagi. Nak tengok TV pun iklannya sampai dekat 30 yer. Kak Bell kira yer berapa banyak iklan sebab penat tengok iklan yang sama. Masa nak beli maggi tu, kitaorang dengar cuma ada 2 "pork mie". 2,3 kali tanya lagi "pork mie" ke?? So, tak jadi turun tangga sebab non-halal kan. Hampa kejap. Rupa2nya orang tu cakap "POP Mie" bukannya "pork mie"! Hahaha. Gelak guling2 kitaorang yer! Sempatlah buat pillow talk sambil di hembus bayu malam. Semua model pun tidur dengan nyenyaknya malam itu.

Kaunter di Melissa Palace

Gunung Sipiso-Piso

kenapa kosong kat bawah last pic tu?
ReplyDeleteMana cerita pasal monyet di jalanan berastagi, kikiki