Trending


Hati & Pedal Ayam Masak Berempah

Hi korang! Suka makan hati dan pedal ayam tak? Biasanya goreng ajela hati ayam tu kan..takpun masak dengan sayur kacang panjang. Bukak je peti ais, cuma ada hati dan pedal ayam je dalam sebekas. Nak pergi beli barang untuk memasak, kemalasan sebab hari hujan. Buat korang yang ada simpan hati ayam ni, bolehlah cuba resepi Hati & Pedal Ayam Masak Rempah ni ha. Kelainan la sikit dari masak kicap tu kan!

Baby Corn Untuk Hati & Pedal Ayam Berempah

Bahan-bahan:
Hati & pedal ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu serbuk kari
2 sudu cili kisar/cili boh
1 sudu teh jintan manis
Garam & gula secukupnya
Daun kari


Cara memasak:
1) Rebus hati dan hati ayam yang dah dicuci bersih. Kemudian tos dan sejukkan.

Rebus Hati & Pedal Ayam

2) Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Kalau nak kisar, boleh gunakan air rebusan tadi. Kak bell lagi suka tumbuk.


Bahan Tumbuk Kasar

3) Kemudian masukkan bahan tumbuk, serbuk cili, serbuk kari dan jintan manis dengan hati dan pedal ayam tadi. Perapkan sekejap.

Rempah Untuk Hati & Pedal Ayam Masak Berempah

4) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dah diperap tadi. Masukkan daun kari, masak sampai rempah masak dan sedikit garing. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam.

Telur Goreng Bersama Lauk Hati & Pedal Ayam

Dah siapppp! Makan dengan telur dadar campur kicap je uoll. Kak Bell saja tambahkan baby corn tu. Dah alang- alang ada 2 ketul je kan dok dalam peti so campakkan saja! Jangan lupa cuba resepi Hati & Pedal Ayam Masak Rempah. Pasti sedap!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post
"
;