Trending


Resepi Yee Mee Ladna

Selalunya kalau kak bell nak makan masakan ladna dan yang sewaktu dengannya harus beli kat kedai je. Dah terajin sangat so cubalah try resepi Yee Mee Ladna. Kebetulan masih ada lagi mee sanggul ni. Senang sgt uols resepinya!


Bahan A
2 sanggul yee mee
5 ekor udang (dibuang kulit)
2 ekor sotong
Sedikit isi ayam
Sedikit lobak (dihiris)
2 helai sawi (dipotong)
1 biji telur
Capsicum dan cili merah (dihiris)
2 sudu tepung jagung (dilarutkan)
Sedikit air

Bahan B (untuk tumis)
3 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam kuali. Kacau rata.
2) Masukkan air, sos tiram dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih pecahkan telur.
3) Kemudian masukkan lobak, sawi, capsicum dan cili merah dan yee mee. Biarkan seketika, kacau rata dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
4) Bila sayur dah layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Gambar sekeping tu je kay! Kak bell dah tak sempat dah sebab dah dekat waktu berbuka. Haha! Btw, sempat jugak nak share resepi ni. K bye!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. I tengah cari mee ladna. Terjumpa lak kakbell punya resepi.. nak p masak malam ni malas masak.nasi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post