Trending


Resepi Mudah Sizzling Yee Mee Home Edition

Suka makan sizzling noodle tak? Kak bell memang suka sangat makan sizzling ni. Zaman study dulu sanggup outing ke The Mines Shopping Complex sebab nak makan sizzling mee je tau! Mostly memang banyak jual kat food court dalam shoping mall. Tapi harini kita cuba home edition pulak. Lagipun bahan2 nya mudah dan senang je nak dapat. Cuma hot plate je tak ada. Korang ada nak bagi hot plate kat kak bell tak?


Ni diantara pelakon2 dalam edisi kali ni! Untuk pelakon utama tu cik noodle boleh je kalau korang nak pakai selain yee mee. Boleh je ganti dengan mee kuning atau Hokkien noodle. Tak de sape nak larang aih!

Pelakon Tambahan

Shitake Mushroom dan kawan2

Yee Mee

Bahan- bahan:
3 gulung yee mee
6 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
10 kuntum cendawan shitake
Ayam (dipotong kecil)
*boneless/isi ayam lagi senang
4 biji cili kering
Seikat baby sawi
4 sudu sos tiram
4 sudu kicap cair/manis
3 sudu kicap pekat
1 sudu lada hitam
Sedikit minyak bijan (sesame oil)
2-3 sudu tepung jagung
1 kiub pati ayam
2 biji telur
Minyak untuk menumis
Air secukupnya



Untuk yee mee dan cendawan shitake kering, rendam dulu dalam air. Kalau pakai cendawan fresh cuci bersih dulu ya. Btw, rendam yee mee tu lite2 je sebab nak masak sekali dgn kuah hujung2 nanti.

Cara memasak:
Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak seketika.



Tambahkan air secukupnya ikut banyak mana kuah korang nak dan masukkan kiub ayam.


Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair dan lada hitam, masak hingga mendidih dan sampai ayam masak.


Kemudian masukkan cendawan dan biarkan 2-3 minit.


Tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh. Gaul rata dan adjust la kuah ikut pekat yang korang nak. Bila kuah dah ok, masukkan yee mee dan sawi dan masak sekejap. Kemudian masukkan telur. Telur tu biar je dia masak tak payah nak kacau rata.


Agak2 yee mee dah lembut dan telur dah masak, bolehlah tutup api dan dihidangkan.


Dah pun siap! Senang dan mudah kan. Tak payah lah korang pegi Food Court Mid Valley semata2 nak makan sizzling! Meriah tak cendawan shitake kak bell?? Dah masak sendiri letaklah berkuntum2 cendawan yang korang nak! Selamat mencuba uolsss. Serius sedap! Pandai tak kak bell masak?! Agak2 sama tak macam food court? K.Bye








Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Seriusss
    Sedap! Abam bg 5 bintang *****
    Tahun Depan blh masuk Master Chef Astro! hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post