Perkembangan Tumbesaran Kucing & Cara Tentukan Jantina Anak Kucing
    | Hari ni nak kongsikan sedikit tentang kitten development atau proses anak
    kucing membesar. Ibu bapa si furries pasti gembira bila si comel ni dah
    beranak. So kena ambil tahulah serba sedikit tentang perkembangan anak
    kucing setelah induk kucing melahirkan.
    Anak kucing yang baru lahir ni memang akan bergantung pada ibu kucing
      sepenuhnya untuk memberi makanan/menyusu. Waktu ni semua anak kucing dalam
      keadaan buta dan pekak. Anak kucing yang lahir dengan berat badan sekitar
      100g. Kecik macam anak tikus je bila tengok! Waktu ni anak kucing akan
      menyusu dari ibunya dan tidur ajelah. Tali pusat pada nak kucing akan kering dan tanggal sendiri.
  
  
    Semasa mula lahir kalau ibu muda yang tak pandai nak makan uri, boleh
      bantu potongkan tali pusat dengan berhati-hati.
  
  
    Masa ni mata dan telinga anak kucing tertutup (folded), tak boleh berdiri,
    makan atau minum sendiri. Semuanya bergantung kepada ibu kucing. Jika tiada
    induk kucing/ibu, bottle feeding perlu diberi setiap 2 jam. Waktu ni masa
    kritikallah, sebab kematian anak kucing boleh terjadi kalau tak makan dan
    menyusu.
  
      Masa minggu pertama, deria bau & rasa, pendengaran dah mula
        develop. Telinga akan mula terbuka (unfolded) tapi mata masih tertutup.
        Anak kucing mulai boleh kenal bau ibu dan juga bau manusia. Waktu ni
        boleh tengok mereka akan bertindakbalas like hissing (macam marah)
        dengan bau selain ibunya.
    
    
        Bagi baka shorthair, kitten akan mula buka mata dalam masa 5-8 hari dan
        longhair kitten ambil masa dalam 10-14 hari.
      
  
      Setelah 2 minggu kelahiran, mata anak kucing dan telinga anak kucing dah
      terbuka sepenuhnya. Anak kucing akan mula merangkak/bergerak. Masa ni
      jugak kitten akan duduk berkelompok untuk kekalkan suhu badan. Pada usia
      ni, semua mata anak kucing berwarna biru. Warna sebenar mata anak kucing
      akan berubah sepenuhnya setelah berusia 2 bulan.
    
      Anak kucing dah mula berinteraksi dengan kitten yang lain dan akan
      bertindakbalas dengan bunyi dan juga bau yang tak dikenali. Bau kita lah
      tu!
    
    
      Pada 3 minggu kelahiran, korang dah boleh tengok samaada kitten korang
      jantan atau betina Korang pun dah mula boleh sediakan litter box dan
      makanan basah (wet food) untuk proses weaning untuk anak kucing. Lebih
      bagus mula dengan makanan basah. Btw, kucing kak bell teros je makan
      makanan solid food sebab memasing serbu bekas makanan je dah try nak asah
      gigi kan! Dalam minggu ni juga dah boleh nampak kitten dah pandai grooming
      dengan menjilat badan. Kene beware jugalah sebab dorang dah mula mencakar!
    
Cara Tentukan Jantina Anak Kucing
      Untuk kitten sexing boleh rujuk gambar bawah ni. Ada 2 cara tentukan
      jantina anak kucing iaitu dari bentuk genitalia dan jarak antara anus dan
      alat genetilia.
    
  - Jarak anus dan genitalia dekat/pendek (closed)
- genitalia berbentuk vertikal
Kucing jantan/Male kitten
- Jarak anus & urinary track jauh/panjang (greater)
- genitalia berbentuk bulat
      Anak meow dah mula bermain dan berlari dengan adik beradiknya, dan develop
      motor skill. Memang nakallah time ni! Dalam hari ke-20, anak kucing dah
      mula membuang najis dan kencing sendiri. Waktu ni dah boleh stat litter
      box training. Memula tu memang dorang akan berak merata. Just bersihkan
      tempat tersebut dengan bersih dan letak dorang dalam litter box untuk
      dorang kenal bau dulu. Pasti ok je dorang akan poo dan pee kt dalam litter
      box! So far kucing kak bell semua pandai poo & pee kat toilet dorang.
    
1) Selepas 14-17 hari kelahiran, telinga anak kucing akan terbuka & mula mendengar
2) Kitten akan mula mendengar sepenuhnya & respon terhadap bunyi sekitar hari yang ke-25
3) Pada hari ke-18, kitten dah mula buat langkah pertama untuk berjalan
4) Gigi sementara akan diganti dengan gigi kekal lebih kurang pada minggu ke-8
5) Anak kucing tidak berak dan kencing sendiri sehingga tempoh lebih kurang 23 hari selepas kelahiran. Ibu kucing akan menjilat genital area untuk merangsang proses urinating.
      Kucing betina akan mencapai umur matang semass 6 ke 8 bulan namun ada juga
      yang matang awal dalam usia 3 bulan setengah. Kucing jantan pula normalnya
      akan matang bermula usia 10 ke 12 bulan. Ada juga yang akan matang awal
      semasa berusia 6 bulan.
    
    
      Jika anda ingin mengembirikan kucing anda umur yang sesuai adalah semasa
      kucing anda berusia 4 ke 6 bulan. Disarankan untuk mengembiri kucing
      sebelum mencapai usia matang supaya hormon hormon yang berkaitan tidak
      akan mengubah fizikal dan tingkahlaku kucing anda.
    
    
      Sedar tak sedar memang cepat je dorang ni membesar! Time ni lah dorang
      paling comel. But hati-hatilah sebab anak kucing ni masih tak dapat kawal
      cakar diorang. Memang calar balarlah jawabnya. Memasing dah stat nak
      memanjat sana-sini. Sampaikan kita ni pun macam cat tree dah! Just cherish
      the moment sebab waktu ni singkat je. Tengok2 dah jadi anak dara. So
      lainlah pulak ceritanya kan..
    










