The Nun (2018)

Bagi peminat filem The Conjuring 2 (2016) pasti ternanti-nantikan Valak. Valak yang sesekali muncul sebelum ni dalam The Conjuring 2 membuatkan ramai yang menanti kisah Valak, biarawati menyeramkan yang berwajah hantu akan terungkap dalam film The Nun (2018). Kiranya movie ini adalah cerita awal sebelum The Conjuring. Filem yang menceritakan asal usul Valak ini dibintangi Taissa Farmiga (Sister Irene), Demian Bichir (Paderi Burke), Bonnie Aarons (Valak) dan Jonas Bloquet (Frenchie).


Permulaan cerita sudah suspen, dimana biarawati muda bernama Ruth (Sandra Teles) dan seniornya sedang tergesa-gesa menghampiri ruangan tertutup dalam Biara dan mereka membawa kunci dengan ukiran kuno. Roh jahat berjaya membunuh biarawati tua dan terus mengejar Ruth. Walaupun berjaya selamatkan diri, roh jahat masih terus mengejar dan akhirnya Ruth melompat dan menggantung diri dari tingkap. Tingkap tertutup dengan sendirinya, nampak kelibat biarawati dan penampakan tulisan 'The Nun' di kaca tingkap dengan efek seram. Ok baru start movie ok!


Mengisahkan Sister Irene (Taissa Farmiga) yang belum mengambil sumpah sebagai biarawati telah dihubungi oleh pihak Vatikan untuk bertemu dengan Father Burke dan ditugaskan ke Romania untuk siasat kematian dasyat 2 orang biarawati. Dorang pergi ke sebuah biara like istana Katehedral lama yang terletak di lokasi terpencil. Sampai kena daki gunung nak kesana. Jadi tugas sister dan father nak sahkan sendiri yang tanah tu masih holy,suci atau sebaliknya dah tercemar dengan kuasa gelap/jahat, sesambil siasat kematian biarawati tadi.


Selepas beberapa minggu kematian Biarawati Ruth, pemuda desa yang bekerja sebagai penghantar barang/makanan, Frenchie terkejut karena melihat jasad biarawati Ruth yang tergantung dan membusuk di depan pintu biara. Jadi, paderi Vatican suruh la Sister Irene dengan Father Burke meninjau ke Romania. Peliknya kenapa Sister Irene yang kena pergi sebab dia masih belum sah jadi biarawati gituh. Nanti find out sendiri kay! Sesampainya di Biara Carta, Fenchie membawa Burke dan Irene ke tempat dia meletakkan mayat Ruth. Frenchie terkejut sebab posisi mayat Ruth telah berubah! Seterusnya babak2 melawan Valak lah sampai habis.

Father Burke

Untuk jalan cerita ok. Memang cerita asal usul Valak dan boleh faham jalan ceritanya. Latar lokasi sangat sesuai dan kena dengan kisah pada zaman dulu. Kawasan biara dan kubur yang dipenuhi salib memang beri kesan horror dan seram. Walaupun hari siang, bila kat kawasan kubur tu memang gelap macam malam. So Kak Bell pun tak paham hari tengah siang ke malam sebenarnya! Hahaha. Lagi satu akan rasa pelik, biara ni memang ada orang ke tidak sebenarnya. Nanti korang tengok sendiri. Muzik latar dalam The Nun juga membuatkan filem ni menjadi lebih mendebarkan dan tense. Kalau tgk trailer memang terkejut jugalah. Memang ada banyak jumpscare scene tapi kesannya taklah mendalam sangat dan tetap tak berjaya juga buat Kak Bell menjerit. Adegan terkejut ni pun pada awal2 movie banyak. 



Untuk lakonan semua pun ok. Watak Sister Irene baik nau, lemah lembut gitu lawan syaitan kann. Tapi takdelah terlalu aksi, setakat baca doa saje. Watak Frenchie, berjaya beri kesan jenaka tengah2 dalam keadaan seram. Berjaya lah buat kelakar dan terhibur. Watak Ibu Raverend tu misteri. Nampak sangat macam watak ni memang jahat dan evil. Tunggu sampai habis baru tau sepe Ibu Raverend. Ada yang tak paham kenapa Valak menghantui katedral tersebut. Yang i paham, lepas ritual kuno panggil kuasa jahat ni, si Valak ni tak berjaya muncul sebab pihak sebelum ni dah berjaya seal pintu masuk ke dunia ni pakai relic suci darah Jesus! But masa perang, bahagian kena seal tu terbuka maka keluarlah Valak. So dah dia takde kerja, dok hantui lah biara lama tu sambil dok rasuk orang dalam tu. Hujung cerita, korang akan tahu kenapa Biarawati yang sorang tu mati gantung diri.

Bagi Kak Bell, The Nun merupakan cerita horor yang sederhana. Rasanya lagi seram The Conjuring. Korang memang dah boleh baca alur cerita ni macam mana, boleh agak. Btw, utk jump-scrae tu tak dijangka juga. Bagi peminat filem horor klasik, The Nun pilihan yang tepat. Kawan sebelah kita sempat tertido! Sebelah lagi gigih makan bertih jagung. Kesian budak tu Kak Bell terpijak kaki dia dengan heel. Maafkan kakak ye. Hiks! 
Kak bell bagi 6/10 bintang ⭐


CONVERSATION

1 comments:

  1. belum lagi berkesempatan tonton the nun.. btw kesian budak tu kaki kena pijak.. :P

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete

Back
to top