Bleach (2018)

Bagi penggemar manga dan anime, pasti tertunggu-tunggu filem live action anime Bleach. Memang banyak siri anime yang ada sampai tak tertengok. Kak Bell sendiri pun layan jugak. Diantara siri yang ditonton seperti Bleach, Dragon Ball dan tak lain tak bukanlah siri Sailormoon (Usagi Tsukino)! Yakin sangat lah mesti korang pun feeling-feeling nak jadi Sailor Mercury bagai. Tak pun jadi kucing, si Luna. Haha. Teringat masa zaman belajar Matrikulasi dulu, hujung minggu je berebut depan TV awal-awal sebab nak tengok Dragon Ball kat TV2! Masa sekolah pulak, hujung minggu kalau outing gigih pergi beli komik Dewata Raya (feling watak Dewi Biru), Pedang Setiawan. Siap sorok la komik ni kat rumah sebab takut kena bantai kan! Kalau ditanya orang seusia atau sezaman pasti tahu dan menonton, baca siri-siri anime manga komik ni kan. Pastilah korang di luar sana tu lebih arif tentang selok-belok anime Bleach.


Actually, Kak Bell bukanlah peminat tegar sangat anime, tapi still gigih juga menonton siri Bleach. Bayangkanlah mangga Blech dari tahun 2004-2012 ada 16 siri dengan 366 episod! Memang tak habis tonton semua pun sebab masa tu tak pandai lagi nak streaming kat anime online. Kebetulan beberapa hari lepas, rakan di office bagitahu filem adaptasi dari manga Bleach dah keluar. So, Kak Bell pun balik kerja gigihla menonton. Teringin juga nak tahu macam mana bila dah diadaptasi ke dalam filem.


Setelah digarap selama kurang lebih dua tahun, filem live action Bleach telah ditayangkan pada 20 Julai 2018 di Jepun. Filem ini diterbitkan oleh Warner Bros dan telah diedar dan ditayangkan di Netflix. Tayangan Malaysia mungkin tahun depan lah agaknya. Siri Bleach merupakan siri anime yang sukar nak diadaptasi ke filem. Macam mana lah produksi nak terjemahkan bangkai tu dalam filem. Mesti kenal bankai Tensa Zangetsu (Ichigo Kurosaki), Senbonzakura Kageyoshi (Byakuya Kuchiki) atau Daiguren Hyorinmaru (Toshiro Hitsugaya) kan? Korang suka bankai yang mana? Hahaha.

Filem Bleach arahan Shinsuke Sato ini menampilkan Sota Fukushi (Ichigo Kurosaki) dan Hana Sugisaki (Kuchiki Rukia) sebagai watak utama dan turut juga menampilkan Taichi Saotome (Renji Abarai), Ryo Yoshizawa (Uryu Ishida), Miyavi (Byakura Kuchiki), Erina Mano (Orihime Inoue), Seiichi Tanabe (Kisuke Urahara) dll watak.


Bercerita tentang Kurosaki Ichigo, seorang pelajar yang memiliki kemampuan untuk melihat roh, bertembung dengan Rukia Kuchiki, seorang shinigami (soul reaper/grim reaper) yang sedang memburu roh jahat, Hollow. Rukia yang bertarung melawan hollow dan cedera terpaksa memindahkan kuasa shinigami kepada Ichigo. Bermulalah cerita dorang melawan Hollow. Dalam movie ni ada ditunjukkan kuasa Quincy, Uryu Ishida dan Chad (Yasutora Sado) tapi kuasa Orihime Inoue tidak ditampilkan. Adegan dalam filem ni, memang mirip dan sama macam manganya. Kebanyakan scene diambil dari siri pertama Bleach The Substitute (2004–2005). Korang layanlah gambar, tengok puas hati ke tidak bila dah diadaptasi ke filem.







Bagi Kak Bell memang best dan memang tak puas. Dalam filem ni memang tak adalah bankai tu, yang ada cuma Abarai beraksi dengan Zabimaru. Pitamlah nak tunggu sekuel dia. Disebabkan dah tahu banyak juga episod Bleach ni, Kak Bell repeat tgk balik dari episod 1 kat anime online. Habislah terbengkalai kerja dibuatnya. Kalau korang nak tengok bolehlah tonton di Netflix paling mudah search ajelah online!

Kak bell bagi 7.5/10 bintang ⭐
Nak cerita banyak pun memasing dah tahu. So, tengok trailer kat bawah ni.




CONVERSATION

2 comments:

  1. waaaah ini anime tu !!! siap ada live action da. menarik tapi tak follow Bleach sangat. tengok2 gitu je dulu =D

    ReplyDelete
  2. I was quite obsessed with Bleach back then during my uni days. Semua episodes and animovies dia dah berjaya ditonton. Yang live action je belum tengok lagi :D

    ReplyDelete

Back
to top