Sensasi Gastronomik Di Knowhere Bangsar

Knowhere merupakan sebuah restobar yang menyajikan pelbagai menu fusion dan gastonomik buat pencinta makanan. Bagi anda yang mencari sebuah restoren yang memenuhi citarasa pada menu, Knowhere patut berada dalam senarai pilihan anda.


Terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, restobar yang mula beroperasi sejak 3 minggu lalu menyediakan menu sajian fusion dengan citarasa tempatan. Menu yang disediakan disini disuntik dengan citarasa masakan tempatan supaya pengunjung yang datang menikmati hidangan di sini seakan-akan menikmati hidangan seperti dari rumah, tidak kira anda datang dari jauh mahupun dekat. 


Suasana di restoren ini memang menarik dan selesa dengan dekorasi mural dinding yang eksentrik, serta dihias indah dengan lampu-lampu kecil (fairy light) sebagai pencahayaan yang menampilkan mood tenang dan santai. Restoren 'pork-free' ini juga turut menyediakan tempat makan di ruang terbuka di bahagain depan kedai, amat sesuai untuk pengunjung bersantai sambil menikmati hidangan lazat di sini.

Fairy light tampak mempersonakan


Berkesempatan mencuba beberapa menu di sini, menu yang dihidangkan memang menepati konsep yang dibawa oleh Knowhere. Selain menu yang di cuba, masih terdapat pelbagai lagi menu menarik yang pasti memikat citarasa anda!


Terdapat 5 jenis piza yang ditawarkan disini iaitu Duck Confit Pizza (RM36.80), Chicken Mexicana (RM28.80), Al-Funghi (RM28.80), Tomato Gala (RM26.80), Seafood Malaya (RM35.80) dan Carnivore Pizza (RM36.80). Kesemua piza pasti menepati citarasa pengunjung di Knowhere.


Tomato Gala (RM26.80)
Merupakan Piza Margherita, yang menampilkan piza rasa asli dengan buah tomato ceri. Piza ini hanya menggunakan 3 jenis tomato ceri segar, separuh kering dan sundried sebagai topping disamping daun selasih (basil leaves). Piza ini memberikan rasa piza yang sederhana sesuai bagi penggemar piza dengan rasa asli. 


Carnivore Pizza (RM36.80)
Bagi penggemar daging, bolehlah mencuba Piza Carnivore dengan ketulan ayam panggang, daging lembu salai (bacon), daging cincang, tomato, cili jalapenos dan keju Jack Monty. Keju Amerika yang popular ini mempunyai rasa dan tekstur yang lembut dan berkrim. Love this pizza so much!


Seafood Malaya (RM35.80)
Rasa piza dengan rasa pedas yang sederhana ini menggunakan makanan laut sebagai topping bersama dengan daun selasih, hirisan nenas dan keju mozarella.


Smokey Salmon(RM28.80)
Ikan salmon salai yang dihidangkan bersama dengan buah ceri separuh kering dan kaviar Sherry (telur ikan) sebagai topping diatas sos citrus. Bagi penggemar citarasa makanan mewah, bolehlah cuba salmon salai ini.


Smoked Plume And Plum (RM24.80)
Itik panggang yang dihidangkan dengan sos salsa buah pic dan plum, mango sauce dan bawang marmalade (jem bawang). Hirisan daging itik ini dimasak sempurna dan tidak berbau hamis. Memang sesuai ditampilkan dengan mango sauce!


Grilled Calamari with Belacan Salsa (RM24.80)
Menu sotong bakar ini pula memang ada kelainan sebab dihidangkan dengan sambal belacan. Salsa belacannya mempunyai rasa pedas sederhana dan memang menjadi penyedap rasa dan pelengkap selera.


Asari Doenjang(RM24.80)
Resepi ini menggunakan lala (clams) yang dimasak dengan menggunakan Doenjang, iaitu pes pekat kacang soya Korea bersama dengan serbuk ketumbar, cili dan bawang putih. Rasa menu ini sangat creamy dan ada rasa pedas yang ringan. Ibarat makan lala masak lemak tapi dalam sos carbonara yang pedas.


Mussel Sambal With Basil Lime (RM15.80)
Kupang dari negara Chile ini dimasak sambal dengan daun selasih dan juga perahan jus limau. Resepi kupang masak sambal ini memang simple dan secukup rasa!


Flightless Wings (RM20.80)
Menu ini memang tidak asing lagi buat orang tempatan. Salah satu menu hidangan yang sedap di sini. Cukup rasa dan semua bahan memang blended well. Siapa yang tak tahu keenakan sayap ayam dimasak ala masak merah.


Prawn Garlic Tomato Salsa (RM28.80)
Buat peminat udang harimau, bolehlah cuba menu ini. Udang harimau segar dimasak dengan bawang putih dan sos tomato. Rasanya memang tak tumpah macam masakan masam-manis. Penuh dengan lebih rasa tomato.


Lime Cured Beef Tounge (RM26.80)
Pertama kali merasa masakan lidah lembu (pickled beef tounge) yang dihidang kan bersama dengan bayam, bawang putih dan kepingan roti Tartine. Dagingnya dimasak empuk dengan rasa sedikit masin. Bagi peminat makanan eksotik, bolehlah cuba menu ini. Not bad at all.


Grilled Crudites with Baba Ghanoush (RM15.80)
Menu sayuran campur saleri dan terung panggang dihidangkan bersama dengan Baba Ghanoush sos (sos terung Syria) dan sos Raita Timun yang menggunakan yogurt. Bagi peminat masakan Arab, pasti sukakan menu ini. Saleri panggang untuk menu ini memang sedap dimakan dengan sos tersedia.


Semua makanan yang dicuba memang menepati citarasa dan kena dengan taste bud! Amat berpuas hati dengan harga dan citarasa makanan yang disediakan di sini. Pasti akan berkunjung lagi ke sini untuk mencuba menu yang lain. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial dibawah.


Knowhere
50 Jalan Maarof, Bangsar
59100 Kuala Lumpur, Malaysia
4:00 PM - 1:00 AM
010-220 2358

CONVERSATION

6 comments:

  1. sedapnya semua makanan, rasa nak jom makan je, tempat pun menarik dan cantik

    ReplyDelete
  2. terlius tengok semua makanan tu! harganya nampak mcm berpatutan. restoran ini pun nampak cantik dan lain daripda yg lain. teringin nak pgi.. in shaaa Allah kalau ada rezeki nk datang :)

    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Harga standars la kan. Btw, dengan kualiti masakan dia sngtlah ok.

      Delete
  3. Ya allah..tak bleh tahan la tengok semua makanan...ok..Bella sila belanja akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak opis kat NU sentral kan? Dah selalu pi MIKo ingat nak PM akak. Hehe

      Delete

Back
to top