Permainan Lato-Lato Bahaya, Lato Lato Permainan Dari Mana? | Sekarang ni
tengah viral pasal permainan lato-lato yang menjadi kesukaan pelbagai
kanak-kanak. Tak tahulah Kak Bell kalau ada golongan dewasa yang main
permainan ni. Baru-baru ni masa naik lif, Kak Bell nampak ada budak sekolah
main. Barulah tahu apa rupa bentuk lato-lato tu.
Source:
ClickAmericana
Permainan lato-lato ni mula kembali popular bermula di UAE kemudian di di
negara jiran Indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Sebenarnya
permainan vintage ni dah lama ada sejak tahun 60-an dan 70-an di US (Amerika
Syarikat). Dipercayai ianya diilhamkan oleh alat mainan
Eskimo Yo-Yo
yang berasal dari permainan tradisi orang asli Alaska.
Lato-lato atau latok-latok ni diperbuat daripada dua bola akrilik berat yang
diikat pada setiap hujung tali dengan panjang yang sama. Nama sebutan lain
seperti tek-tek, nok-nok, katto-katto dan toki-toki.
Cara cara main lato lato ni melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini
agar ia bertembung antara satu sama lain. Boleh hayun atas-bawah depan
belakang, lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Lato-lato ni dijual pada harga Rp7.500 di Indonesia dan dijual dengan harga
RM4.90 hingga RM10. Tak pasti berapa harga runcit yang dijual tapi itulah dia
harga jualan kat Shopee Malaysia. Zaman dulu lato-lato kat US ni (dipanggil
Clacker) dijual pada harga $1 hingga $1.50.
3 Negara Telah Haramkan Permainan Clacker/Lato-Lato
Permainan ini dianggap bahaya dan telah diharamkan di 3 buah negara iaitu
Amerika Syarikat, England dan Mesir. Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan lato-lato dikenali sebagai
Clacker yang popular pada 50 tahun yang lalu telah diharamkan Pentadbiran
Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) kerana menyebabkan risiko
kecedaraan kepada kanak-kanak.
Permainan clacker telah diharamkan di US sejak 1971. Korang boleh semak
artikel dari New York Times bertajuk ‘CLACKER’ INJURIES REPORTED BY F.D.A.
yang dikeluarkan pada 12 Februari 1971, halaman 20.
Di England, lato-lato dikategorikan sebagai senjata walaupun ia adalah satu
permainan kerana sifatnya yang boleh mencederakanya. Manakala Di Mesir pula,
Lato-lato dikenali sebagai ‘Sisi’s Ball’, merujuk kepada Presiden Mesir, Abdul
Fatah Al Sisi. Ia diharamkan pada tahun 2017 kerana dianggap menghina sang
presiden.
Walaupun masih baru di Malaysia, dah ada kes-kes kecederaan melibatkan
permainan ini. Antara kes yang dilaporkan seperti kecederaan pada mata, muka
dan tangan, selain berisiko terjerut leher tali lato-lato.
Walaupun ada kebaikan dari segi kurangkan ketagihan gadget, tingkatkan fungsi
koordinasi dan motor tapi eloklah dielakkan sebab keburukan risiko kecederaan
pada pemainnya. Tambah pulak kalau bolanya pecah. Bolanya diperbuat daripada
pelbagai jenis bahan, ada yang guna kaca atau akrilik, plastik dan juga kayu.
Tak kiralah dari bahan apa, yang penting mendatangkan bahaya! Kak Bell dengar
bunyi dia pun agak bingit dan bising.
Kalau nak main jugak, terpulanglah pada ibu bapa untuk membenarkan atau tidak
anak bermain lato-lato. Mungkin memerlukan pemantauan daripada ibu bapa dan
sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke atas.
Tidak salah untuk membelinya buat anak-anak tetapi seeloknya pantau mereka
ketika bermain supaya mereka tidak cedera atau mencederakan orang lain.
negara lain dah haramkan, dan dan la sampai Malaysia je jd viral...apooo~
ReplyDeleteItulah dia..hehe. semua budak kat umah ni bawak lato2 tu ye. 10 hengget. kaya jual mende ni.
ReplyDelete