8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

Trending

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022 | Musim kemeriahan telah tiba! Pusat beli-belah kini dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik dan kreatif. Hiasan Krismas di pusat beli-belah ini membawa kegembiraan dan akan menyemarakkan semangat perayaan anda! Ambil gambar dan OOTD terbaik anda di 8 pusat beli-belah utama di sekitar Selangor.

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

1) SUNWAY PYRAMID SUBANG JAYA
Eratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Tema untuk hiasan Krismas Lion tahun ini dipanggil Wander Wonder, di mana ia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan gergasi yang cantik, cendawan bercahaya, rama-rama dan juga pari-pari untuk anda merasai keajaibannya. Dalam usaha kelestarian alam sekitar, beberapa hiasan telah dibuat daripada bahan kitar semula. Anda juga boleh melawati wishing pond dan berikan ucapan Krismas khas untuk orang yang anda sayangi pada musim percutian ini!

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022


2) 1 UTAMA SHOPPING CENTRE PETALING JAYA
Ambil gambar yang menarik di 1 UTAMA Shopping Centre, dengan hiasan Krismas yang bertemakan Alps. Pemandangan cantik bersalji ini perlu dilawati untuk OOTD Krismas anda, menampilkan pembuatan-semula Pergunungan Alps Switzerland yang terletak di atas terowong kereta api. Berjalan-jalan ke replika bandar pergunungan alp di atas laluan berbatu atau bergambar dalam gerabak vintaj kereta api wap British untuk pulang semula ke masa lalu!

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

3) SETIA CITY MALL SHAH ALAM
Ho! Ho! Ho! Tiada keriangan yang lebih menggambarkan Krismas selain Winter Wonderland. Setia City Mall kini dihias dengan lampu yang berwarna-warni di atas istana indoor yang besar. Masuk ke dunia perayaan yang penuh kemeriahan dengan menerokai kawasan bersalji yang dikelilingi penguin dan rusa kutub yang bercahaya. Anda juga boleh bergambar di bawah kubah akrilik. Bukan sekadar itu, malah pada hujung minggu pula terdapat persembahan yang menarik seperti Meet and Greet bersama Santa, lagu Krismas dan Tarian Ballerina.

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022


4) THE CURVE DAMANSARA
Nikmatilah musim percutian ini bersama Enchanted Christmas Celebration di The Curve, Damansara. Pengunjung juga boleh bergambar bersama Santa dan sleigh yang besar yang penuh dengan hadiah di ground floor. Terpesona dengan dekorasi Krismas merah, putih dan hijau yang klasik serta dihiasi emas. Anda juga boleh saksikan persembahan daripada sekumpulan pari-pari sempena musim percutian ini.

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

5) MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG
Raikan Christmas Bunny Wonderland di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang. Saksikan hiasan Krismas yang dipenuhi dengan boneka dan arnab yang comel. Terokai alam ajaib yang penuh dengan pokok Krismas dan meja yang dihiasi bertemakan tea party. Bawa anak-anak anda ke bengkel seni dan kraf Krismas sebagai salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk mengisi masa lapang mereka. Anda juga boleh melawat ke Christmas Market dan ambil gambar OOTD yang menarik di Mitsui Outlet Park KLIA.

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022


6) PARADIGM MALL PETALING JAYA
Teruja untuk melihat salji? Kini anda boleh merasainya sendiri di Paradigm Mall! Kunjungi ke Paradigm Mall di Petaling Jaya untuk alami detik Krismas yang ajaib di Elf Village pada musim percutian ini. Terdapat juga salji yang akan turun setiap hujung minggu pada pukul 1 petang dan 5 petang, jadi jangan ketinggalan pengalaman ini! Berpakaian dengan pakaian terbaik anda dan bergambar dengan hiasan Krismas yang tersedia. Nikmati juga persembahan lagu Krismas, persembahan bakat, muzik dan koir sambil meraikan percutian ini bersama Santa dan pembantu elf!

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

7) CENTRAL ICITY SHAH ALAM
Jika anda berkunjung ke Central iCity Shah Alam, lawati Brown dan Cony di rumah LINEFRIENDS di Central Concourse, Ground Floor. Ambil gambar bersama watak yang comel daripada aplikasi LINE serta pokok Krismas yang menjulang tinggi. Malah terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk anda lakukan. Jangan lupa untuk simpan tarikh anda untuk persembahan dan aktiviti Ho-Ho-Fun yang meriah!

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022


8) IOI MALL PUCHONG
Raikan ‘Merry Fairy Christmas’ di IOI Mall Puchong! Pelawat akan menikmati hari yang menggembirakan di alam ajaib bertemakan pari-pari yang dipenuhi cendawan hutan, fairy lamps serta persembahan daripada sekumpulan pari-pari. Sertai bengkel penghasilan perhiasan Krismas yang cantik serta nikmati pertunjukan yang menarik. Ahli IOI Kids Club juga akan berpeluang untuk menyertai bengkel kraf perayaan sepanjang bulan ini. Kunjungi ke dunia fairyland dan masuk ke dunia dongeng yang penuh kilauan di IOI Mall Puchong!

8 Dekorasi Hiasan Krismas Di Shopping Mall Selangor 2022

Jangan lupa untuk kunjungi ke pusat beli-belah ini untuk gambar Krismas yang meriah bagi meraikan Krismas anda pada tahun ini. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda dan nikmati kemesraan pada musim ini. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!

pusat beli belah di selangor, pusat beli belah di shah alam, hiasan krismas, deko krismas, gambar hiasan pokok krismas, hiasan pokok krismas, christmas decoration mall, christmas decorations shopping malls kuala lumpur, hiasan christmas, 8 Dekorasi Hiasan Krismas DI Shopping Mall Selangor 2022,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post