Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

Trending

Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

Perjuangan Richworks 2021, Komited Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Bangkit Semula | Sedar tak sedar dah masuk 2 tahun perjalanan gaya hidup normal kita semua jalani dengan kehidupan norma baharu. Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini telah terjadi pelbagai kisah dengan cabaran pandemik justeru ditutup pula bersama musibah banjir pada akhir Disember lepas.


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Memahami situasi dan keadaan yang dihadapi orang ramai serta golongan usahawan ekoran pandemik dan banjir, Richworks tampil ke hadapan untuk membantu mereka yang terkesan dan sama-sama meringankan masalah mereka. Perjuangan RichWorks 2021 agak mencabar tetapi alhamdulillah ia membuahkan hasil.


Richworks Fokus Bantu Rakyat Berdepan Dengan Pandemik, Banjir

Memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19. Oleh demikian, RichWorks fokus untuk bantu rakyat terkesan dengan pandemik dan banjir. 


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor. Doktor mengatakan bahawa beliau sudah tidak ada harapan sekiranya menggunakan mesin bantuan pernafasan tidak menunjukkan kesan positif dan sembuh.


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, itu adalah peluang kedua diberikan Allah SWT yang akan digunakannya sebaik mungkin untuk memberi manfaat dalam hidup. Beliau tekad bantu bangsa usahawan terutama dalam Richworks Academy bimbingannya.


Bangkit Semula Dengan Program Percuma

Tak berapa lama selepas Dr Azizan keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, beliau terus komited dan bangkit semula menjalankan program percuma. Perjuangan RichWorks 2021 berjalan lancar dimana program percuma turut dihadiri ribuan orang. Semuanya kerana nak bantu melalui kepakaran mereka sebagai peneraju bidang keusahawanan.


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Bukan biasa-biasa, ia adalah sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberi tunjuk ajar dan kekuatan para usahawan dan mereka yang baru ingin berniaga. 


Secara keseluruhan pada tahun lalu, perjuangan RichWorks 2021 lalui dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks International. Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti program percuma, Richworks business bootcamp, RichWell, Zero To Million Richworks dan sebagainya.


Richworks Prihatin, Program Wanita Bangkit Berniaga Dibahas Dalam Dewan Rakyat

RichWorks prihatin dalam memastikan ramai dibantu. Perjuangan Richworks 2021 dengan adanya program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) amat menggalakkan. Program ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila dibahas dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Richworks prihatin dan diiktiraf dalam membantu masyarakat wanita di Malaysia.


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Berjaya Hasilkan Usahawan Jutawan RichWorks, Zero To Million Richworks

Syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini telah berjaya hasilkan Usahawan Jutawan Richworks dan tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan Zero To Million Richworks ke tahap lebih tinggi.


Buktinya, pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.


Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.



Video Kisah Perjalanan Richworks Tahun 2021

Perjalanan RichWork 2021 adalah kesinambungan dari penjenamaan mereka sejak 2008 dimana RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).



Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 nanti. Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.


Perjuangan Richworks 2021: Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Bagi anda semua yang ingin mengetahui bagaimana nak join Richworks atau berapa harga seminar Dr Azizan, bolehlah layari website rasmi RichWorks. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post