Keputusan Gegar Vaganza Minggu 8 GV8 2021 (Suku Akhir) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Keputusan Gegar Vaganza Minggu 8 GV8 2021 (Suku Akhir)

Trending

Keputusan Gegar Vaganza Minggu 8 GV8 2021 (Suku Akhir)

Hi korang! Terlambat pula Kak Bell nak update keputusan gegar vaganza minggu 8. Sesambil tonton konsert separuh akhir baru nak up artikel ni. Korang puas hati tak dengan persembahan peserta di konsert suku akhir minggu lepas?



Minggu lepas yang bertemakan Ku Petik Bintang Bintang menyaksikan penyanyi Suki Low jadi juara buat kedua kalinya dengan markah 78.90% selepas membawakan lagu You Are My Everything rakaman asal Gummy. Sekaligus Suki menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Meow untuk minggu kelapan.

Untuk persembahan last week, Kak Bell suka persembahan Aweera yang menyanyikan lagu Dia. Nampak persembahan dia meningkat dari minggu ke minggu. Kemudian Aweera jadi tumpuan pula apabila membawakan lagu Fantasia Bulan Madu (Search) masa sesi penjurian dengan ibu Hetty Koes Endang. Terus viral juga kat Indonesia. Memang power bila dia tarik nada tinggi! Mesti mantap persembahan Aweera masa separuh akhir dengan lagu ni. Tak sabarr! Mungkin boleh jadi juara kan sapa tau.


Kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek & Yassin Anye) menjadi peserta dengan markah terendah di minggu kelapan program realiti Gear Vaganza Musim 8 (GV8). Akhirnya, duo ini terpaksa meninggalkan pentas pertandingan peringkat sukuakhir itu selepas gagal menambat hati juri menerusi persembahan lagu BlusTerengganu Kita nyanyian asal oleh Iklim dengan pungutan markah sebanyak 58.20%.


Info Konsert Gegar Vaganza Minggu 8
Tarikh : 9 Januari 2022
Tema : Ku Petik Bintang-Bintang

Jumlah Markah Konsert Gegar Vaganza Minggu 8

Suki – You Are My Everything : 78.90%
Aliff Aziz – Rapuh : 76.80%
Aweera – Dia : 73.00%
Nikki – Zheng Fu : 72.00%
Adibah Noor – Dhoom Machale : 68.70%
Azan Scan – Right Here With You : 66.20%
Ani Mayuni – Ngajat Tampi : 64.30%
Shidee – Diambang Sore : 58.60%
Saiful Apek & Yassin – Blues Terengganu Kita : 58.20%

Juri Jemputan: Norman KRU
Anugerah Digi Next Level/Artis Betul-Betul Luar Biasa : Nikki Palikat
Bintang Cuckoo Healthy Home : Nikki Palikat
Bintang Paling Power Meow: Suki
Peserta Tersingkir Minggu Ke-8 Gegar Vaganza 8: Sa.Ya


Sekejap je dah masuk minggu untuk separuh akhir. Tema konsert minggu ke sembilan adalah persembahan lagu medley Lagu Untukmu. Siapa lah agaknya akan melangkah ke pentas akhir GV8.

Jangan lupa untuk saksikan GV8 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau strim di platform digital menerusi aplikasi Astro Go on demand dan portal Gempak. Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sumber gambar Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post