Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

Trending

Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

Mempunyai pengalaman menjalankan 2000 pembedahan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik di majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Dr. Mustafa Mohammed Taher

Dalam satu majlis lain yang diadakan di Hadramawt Ampang, Dr. Mustafa diraikan untuk menghargai komitmen beliau sebagai salah satu penyumbang dalam penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik terutamanya dalam pembedahan Bariatric dan membantu pesakitnya sepanjang perjalanan mereka untuk menjalani gaya hidup yang lebih baik, dan untuk mendapat kesihatan yang terbaik dalam kehidupan.

Beliau yang berasal dari Iraq dan berkelulusan dari Kolej Perubatan Universiti Baghdad, telah menetap di Malaysia lebih 17 tahun dan kini bertugas sebagai Pakar Bedah Gl dan Bariatrik bertempat di Pusat Perubatan CENGILD, Bangsar.


Pembedahan Bariatrik Penyelesaian Kekal Masalah Obesiti Dan Poly Cystic Ovarian Syndrome

Penghidap penyakit obesiti atau pesakit yang berlebihan berat badan akan mengalami beberapa jenis masalah refluks yang merupakan punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut. Pembedahan bariatrik boleh dikatakan sebagai penyelesaian kekal buat pesakit yang mengalami masalah obesiti.

Chef Bob

Satu lagi masalah kemandulan dan pengguguran berulang yang disebabkan oleh Poly Cystic Ovarian Syndrom (PCS) juga boleh diatasi dengan pembedahan bariatrik dengan menyelaraskan ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan beban lemak dalam badan.

Kebanyakan pesakit Dr. Mustafa sebelum ini mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan kepada pelbagai aktiviti harian mereka. Daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% daripada populasi dewasa kini dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.7%). Statistik ini sangat membimbangkan kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit berbahaya.


Pembedahan Bariatrik Beri Kesan Positif Merawat Penyakit Lain

Pembedahan bariatrik bukan sahaja berjaya membantu mereka mengurangkan berat badan dan memberikan mereka lebih keyakinan dalam menjalankan tugas harian mereka, tetapi telah merawat penyakit lain seperti masalah kencing manis dan darah tinggi yang dihadapi pesakit selama bertahun-tahun. la juga telah membantu mengatasi masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang dan anti sosialisme.

Dengan pembedahan Bariatric yang mereka jalani bersama Dr. Mustafa, mereka berjaya mendapatkan peluang kedua ke arah kehidupan mereka dengan mempunyai kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan keupayaan fizikal mereka.

Tiga Jenis Pembedahan Bariatrik

Secara asasnya jenis pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras. Ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan.

Jenis pembedahan bariatrik utama di Malaysia

Risiko pembedahan bariatrik ini tidak tinggi sebenarnya tetapi langkah-langkah berjaga-jaga ini perlu diambil kira bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan baik. Sekiranya pesakit mengalami masalah diabetes, darah tinggi atau penyakit lain, keadaan mereka akan distabilkan dahulu dan sekiranya perlu pesakit dikehendaki mengambil ubat dan diet khas seminggu sebelum pembedahan. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil susu protein khas sebagai diet selepas pembedahan bariatrik.


Chef Bob, Lufya Berkongsi Pengalaman Pembedahan Bariatrik

Daripada akaun media sosial Dr. Mustafa (Instagram dan TikTok), kita dapat melihat bahawa semua pesakitnya sangat berterima kasih atas bantuannya dalam perjalanan pembedahan bariatrik mereka. Ramai pesakit termasuk juga personaliti telah berkongsi pengalaman pembedahan usus yang djalani mereka. Diantaranya ialah Chef Bob dan pelakon Lufya Omar yang turut berkongsi pengalaman pembedahan bariatrik yang telah mereka jalani.


Lufya sendiri mengaku pernah melakukan pembedahan bariatrik demi kepentingan kesihatannya dan percaya sebarang perkongsian yang baik akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Hukum pembedahan bariatrik dibenarkan dalam Islam jika tujuannya untuk kesihatan.

Personaliti peribadi Dr Mustafa sangat dihargai dimana pesakit boleh komunikasi dengan mudah melalui nombor telefon peribadinya dan mempunyai kumpulan sokongan yang sangat baik. Pesakit bariatrik beliau telah mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob yang mempunyai peluang kedua dalam hidup selepas pembedahannya. Dia telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan telah tinggal di illazarov (menggunakan keluli untuk menyokong kakinya) kerana masalah obesiti yang teruk.

Walau bagaimanapun, Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 130 kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan dia kini berjaya menjalani kehidupan normal semula. Bagi Lufya pula, beliau menjalani rawatan bariatrik bagi mengatasi masalah asma disebabkan kenaikan berat badannya selepas mengandung.


Obesiti sebenarnya adalah masalah pandemik dengan istilah global baharu seperti globesiti atau diabetes yang mencerminkan bilangan pesakit diabetes yang lebih tinggi dengan kawalan gula yang lebih lemah dan meningkatkan kes penyakit kronik ini semakin tinggi. Malaysia menjadi yang termiskin dari segi kawalan gula dalam pesakit diabetes di seluruh Asia Tenggara kerana kualiti makanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Pembedahan bariatrik memberi penyelesaian penurunan berat badan yang kekal dan telah membantu ramai pesakit, bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi pesakit luar negara yang telah datang berjumpa Dr Mustafa. Misi mereka adalah untuk memerangi obesiti dengan meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemikiran masyarakat bahawa obesiti adalah penyakit berbahaya, tetapi ianya boleh dirawat.

Untuk maklumat tentang kos pembedahan bariatrik dan info lanjut boleh hubungi Pn. Rafeah di talian +60162330678 atau follow Instagram Dr Mustafa di @dr.mustafamt.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post