Printing Baju Murah Terus Dari Kilang Teamcetak.com - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Printing Baju Murah Terus Dari Kilang Teamcetak.com

Trending

Printing Baju Murah Terus Dari Kilang Teamcetak.com

Hi korang semua! Ada tak antara korang kat sini yang nak cari kilang printing baju murah? Kilang printing baju murah terus dari kilang ni boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh Malaysia.


Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?


Perkhidmatan Printing All In-House Production

Team Cetak ni kalau korang nak tau, semua penghasilan adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti barang yang ditempah pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan.


Untuk pengetahuan korang semua, Team Cetak ni ada berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang printing t-shirt & cenderahati korporat serta ada 3 kilang printing baju di Shah Alam, Selangor.

1. Kilang Printing T-shirt Silkscreen
Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini kerana boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain.


2. Kilang Sublimation Jersi
Apakah Sublimation? Teknik printing sublimation adalah membolehkan korang print t-shirt dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Jersi sublimation yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la. Jersi sublimation ni tengah trending sekarang. Sebab boleh print full color & unlimited design. Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. So, lepas ni kalau nak tempah jersi custom made, jersi sublimation tak payah pening2 cari kilang yang boleh buat A-Z. Dari design sampai lah ke jahitan.






Oh ya… Mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.

Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Team Cetak ni. Semuanya ada dalam satu syarikat! Jadi mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dalam satu tempat. Baca juga Persatuan Suri Rumah Malaysia.


3. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer
Nak tempah pakaian secara pukal? Ha... Disini mereka ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya.


6 Sebab Kenapa Korang Kena Print Baju Murah Di Teamcetak.com?

  1. Harga Murah Terus dari kilang (jimat duit korang)
  2. Cepat siap & Berkualiti
  3. All in-house production. Memiliki Kilang Jahit, Kilang Printing Silk Screen, Kilang Sublimation Jersi dan Kilang Sulaman Berkomputer. (kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat).
  4. Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra Pelanggan).
  5. Penghantaran ke Seluruh Malaysia
  6. Dipercayai oleh syarikat-syarikat & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf , Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, Kastam, Imigresen, MBSA, MPS & banyak lagi.


Teamcetak.com juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt. So, kalau korang berminat nak jadi ejen cepat-cepat daftar kat website mereka. www.teamcetak.com

Tawaran ejen ni terhad tau! Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang jana pendapatan tambahan. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ. Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Baru-baru ni harga sayur-sayuran, ayam segar dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita.


Jika korang nak printing baju murah lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman berikut.

Senarai website rakan niaga Team Cetak
1. www.ohtshirt.com.my
2. www.teamcetak.com
3. www.kilangbaju.com.my
4. www.kedaisublimation.com
5. www.kilangjahit.com
6. www.kedaiuniform.com
7. www.kilangbaju.com
8. www.pembekalcenderahati.com
9. www.pembekalcenderamata.com
10. www.kedaigift.com
11. www.teebuy.my

Atau korang boleh datang terus ke showroom mereka di alamat dibawah.

MAFEYA SDN BHD (Alamat Showroom)
32A, Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
TEL: 03-55236690 / 017-2290994 / 017-2290994
Email: teamcetakmy@gmail.com
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post