Akhirnya Blog Pageviews Ini Adalah Bellarina Natasya Cecah 10 Juta! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Akhirnya Blog Pageviews Ini Adalah Bellarina Natasya Cecah 10 Juta!

Trending

Akhirnya Blog Pageviews Ini Adalah Bellarina Natasya Cecah 10 Juta!

Hi semua! Alhamdulillah akhirnya pageviews blog Kak Bell dah cecah 10 juta. Untuk posting ni sekadar meraikan kegembiraan buat diri sendiri tetapi tengah sedih juga sebab baru-baru ini ada masalah sikit dengan slow blog loading dan pageview jatuh teruk. Jadinya, memang Kak Bell dah jangka akan lambat sikit cecah 10M.
Disebabkan isu slow tadi menyebabkan berbondong-bondong blogger lain menukar template blog dan ramai yang beri reaksi positif bila blog makin laju, pageview meningkat dan terutamanya adsense. Pada awalnya Kak Bell malas nak tukar tetapi blog performance teruk gile, jadi Kak Bell pun tukar template blog. Alang-alang nak cecah 10M, ada baiknya juga Kak Bell buat pembaharuan pada blog Kak Bell ni. Cadangnya nanti boleh lah announce mempersembahkan wajah baru blog Kak Bell sempena 10M. Akhirnye hampeh! Haha.


Masa mula tukar template rasa happy lah sebab dah berwajah baru, adsense ok tetapi pageview jatuh lebih teruk dan banyak entri tak crawl. Dah sebulan tunggu pun PV masih 3K+ je sehari dan hilang hampir 7K PV sehari. Walaupun PV sehari tak banyak mana tetap rungsing juga la dibuatnya. Disebabkan dah tunggu sebulan masih tak ok, Kak Bell tukar sekali lagi blog template 2 hari lepas dan masih dalam proses pemasangan template baru untuk blog ni. Sepanjang 5 tahun blog Kak Bell ni ada, dah 4 kali tukar template. 2 yang awal tu memang paling lama Kak Bell pakai. Ye, memang leceh nak edit situ sana sini. Dahla tak berapa nak pandai bab-bab mengedit coding html ni. Pelan-pelan la buat dan berharap template baru ni serasi.



Dalam kesibukkan mengurus template baru, tiba-tiba masuk emel dari pembaca yang join Giveaway 10M Pageviews Blog Kak Bell. Terkejut ya dah cecah 10M dan beliau ngam-ngam dapat screenshot tepat 10,00000! Daebak! Nanti Kak Bell announce pemenang dan post hadiahnya yang bernilai hampir MYR300! Walaupun tak ramai join takpe. Yang penting rezeki beliau jadi pemenang tunggal!

So, Kak Bell harap pembaca semua suka dengan wajah baru blog ni nanti setelah siap nanti. Terima kasih buat rakan blogger Sis Lin dan DikBee yang banyak bantu untuk blog Kak Bell. Terima kasih juga buat pembaca semua yang menyokong blog Ini Adalah Bellarina Natasya hingga sudah mencecah 10M! Harap korang boleh terus sokong Kak Bell ya. Muah!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post