HANTU KE LIMA FILEM KOMEDI SERAM SENTUH ISU INFLUENCER MENGEJAR KONTEN DEMI VIRAL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal HANTU KE LIMA FILEM KOMEDI SERAM SENTUH ISU INFLUENCER MENGEJAR KONTEN DEMI VIRAL

Trending

HANTU KE LIMA FILEM KOMEDI SERAM SENTUH ISU INFLUENCER MENGEJAR KONTEN DEMI VIRAL

Filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang menampilkan gandingan pelakon-pelakon popular seperti Raysha Rizrose, Aisar Khaled, Izzue Islam, Shiha Zikir, Elly Mazlein, Pu Azman, Adibah Noor, Danish Danieal dan Azman Ahmad bakal menemui penonton bermula 7 Oktober ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.


Filem terbitan AT Movies ini mengetengahkan genre komedi seram serta memaparkan kisah influencer dalam mengejar konten yang sangat popular dalam masyarakat kita sekarang ini. Filem Hantu Ke Lima menjadi filem melayu pertama oleh produksi AT Movies kerana sebelum ini hanya menumpukan perhatian dalam menghasilkan filem Tamil tempatan, antaranya ‘Athaiyum Thaandi’ dan ‘Azhaggiye Thee’.


Menariknya tentang filem ini, jalan ceritanya bukan sahaja padat dengan unsur komedi yang bakal mengundang gelak tawa, tetapi watak-watak yang ditampilkan juga mempamerkan lakonan yang cukup berbeza sangat menghiburkan. Antaranya, watak Oya yang dijayakan oleh Shiha Zikir, menyaksikan seorang yang penakut dan kalut; Kent (Izzue Islam) seorang editor; Taufiq (Aisar Khaled) pempengaruh, Kam (Elly Mazlein) sering ada idea menyeramkan; Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) anak tunggal yang kesunyian dan menyamar menjadi hantu.



Hantu Ke Lima telah telah menjalani sesi penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Port Dickson. Di samping sinematografi menarik, set penggambaran juga telah berjaya menghidupkan suasana seram.

Sinopsis Filem HANTU KE LIMA

Filem arahan pengarah Azhari Zain dan berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.



TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.


Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 7 Oktober 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post