Menang Hadiah Tempat Ke-3 Pertandingan Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Menang Hadiah Tempat Ke-3 Pertandingan Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Trending

Menang Hadiah Tempat Ke-3 Pertandingan Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Hi semua! Pada bulan Disember 2020 lepas, Kak Bell telah menyertai sebuah pertandingan anjuran Nestle iaitu Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle. Secara tak sengaja sahaja sertai pertandingan ni sekadar hendak mencuba nasib. Belum cuba belum tahu kata orang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam kan.

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Sebelum ini Kak Bell juga pernah sertai pertandingan Baked With Yeos Seri Kaya pada tahun 2017. Kak Bell sediakan hidangan Lempeng Dengan Yeos Seri Kaya. Walaupun tidak berbakat sangat dalam bidang masakan, Kak Bell cuba jaya dan akhirnya menang hadiah saguhati berupa RM200 baucar barangan elektrik dari SenHeng. Tak sia-sia Kak Bell melempeng malam-malam buta dapat juga hadiah kan!


Berita baiknya, untuk pertandingan anjuran Nestle kali ini, Kak Bell berjaya juga dapat hadiah tempat ke-3! Jom baca lebih lanjut.

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Kisahnya, kami berlima sertai pertandingan Nestle 2020 ni dan ke semuanya bolehlah memasak. Kira Kak Bell yang paling tak pandai memasak sebenarnya. Kawan Kak Bell yang lain tu cakap aja nak masakan kampung, hidangan barat, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya depa terror. Kegigihan nak masuk Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle ini, kami semua menyewa sebuah bilik hotel yang ada peralatan memasak dan boleh memasak semasa staycation tersebut. All out sehari suntuk memasak, shooting video dan kerja akhir editing video oleh Kak Bell.


Pertandingan Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle ni berlangsung pada 26 Oktober 2020-6Disember 2020 dan kemudiannya tempoh pertandingan dilanjutkan hingga 20 Disember 2020. Untuk cabarannya, peserta kena cipta resipi snek atau minuman yang paling kreatif menggunakan produk NESTLÉ. Kemudian ambil gambar/rekod video resipi bersama dengan produk NESTLÉ yang digunakan dan seterusnya memuat  naik gambar dan video ke laman Facebook atau Instagram dengan hashtag #SNEKMACAMPRO & #DearNestle.

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Jumlah hadiah yang ditawarkan adalah sehingga RM280,000 dan disebabkan ada peluang merebut sebanyak 408 hadiah untuk menang, jadi Kak Bell pun join.

1XHadiah Utama RM25,000
2XHadiah Pertama RM15,000
5X Hadiah Kedua RM5,000
400X Hadiah Ketiga RM500

Rambang mata tengok hadiahnya kan. Kalau dapat hadiah utama, pemenang akan berpeluang memasak bersama dengan Chef Naem di TV3.

4 Resepi Dihantar Untuk Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle
Walaupun kami berlima, tapi 4 resepi sahaja yang dihantar. Untuk resepi Kak Bell, sis kolaborasi dengan Cik Suri untuk 1 resepi dan yang lain-lain sediakan 1 resepi masing-masing. Kiranya ada 4 penyertaanlah. Tapi kitaorang saling tolong-menolong la kan untuk cabaran pertandingan ni.

4 resepi tersebuat adalah Pau Ceria Unicorn Nestle (Kak Bell-Cik Suri), Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah (Chef Najib), Donut Mini Omega Plus (Chef Didi) dan Linguini Al-Fredo Bersama Keju Ayam (Chef Faisal). Bagi yang nak cuba resepi kitaorang yang disediakan menggunakan barangan dari Nestle ni, bolehlah klik kat bawah ni:

Resepi Pau Ceria Unicorn Nestle


Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah


Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Resepi Donut Mini Omega Plus


Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Resepi Linguini Al-Fredo Bersama Keju Ayam


Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle


Menang Hadiah Tempat Ke-3 Pertandingan Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle
Akhirnya setelah sabar menunggu, senarai pemenang peraduan Nestle 2020 ini pun keluar. Mulanya senarai pemenang Top 8 dikeluarkan dan seterusnya 400 lagi nama pemenang tempat ke-3 diumumkan pada 25 Februari 2021. 

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle

Akhirnya, Resepi Pau Ceria Unicorn Nestle dan Resepi Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah kitaorang berjaya memenangi Hadiah Ketiga. Kesemua pemenang Hadiah Ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle
Rambut masa masak, lawa je kemas. Lepas siap jam 3 pagi terus jadi rambut Kak Limah. Hehe.

Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle
Hadiah Ketiga cek berjumlah RM500

Walaupun ada juga dengar desas-desus dan pertikaian untuk pemenang Top 8, Kak Bell bersyukur sahaja dengan rezeki hadiah tempat ke-3 ni. Jadi Kak Bell kongsi hadiah kemenangan dengan Cik Suri. Memang seronok sangatlah sebab menang pertandingan. Nanti ada kelapangan nak cuba sertai pertandingan yang lain pulak, mana tahu ada rezeki menang lagi kan!


Cuma Kak Bell nak ingatkan anda semua jangan terpengaruh pula dengan penjenayah siber/scammer yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp kepada mangsa yang kononnya memenangi hadiah wang tunai daripada Nestlé Malaysia. Tak adanya rezeki dari langit tetiba orang nak bagi ko duit kannn. Akhir kata, tahniah buat semua pemenang dan peserta Cabaran #SNEKMACAMPRO Dengan Nestle 2020.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post