Ulasan The Witches (2020) | Filem Remake Yang Kurang Menyengat - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ulasan The Witches (2020) | Filem Remake Yang Kurang Menyengat

Trending

Ulasan The Witches (2020) | Filem Remake Yang Kurang Menyengat

Hi semua! Harini Kak Bell nak kongsi tentang sebuah filem fantasi komedi The Witches (2020) iaitu sebuah filem 'remake' dari filem bertajuk sama The Witches pada tahun 1990. Sebelum tonton Kak Bell belum melihat trailer filem ni, cuma nampak poster filem dan beberapa orang rakan blogger yang buat posting filem The Witches yang mula tayang di HBO GO dan Astro On Demand pada Jumaat 29 Januari 2021. Kalau di HBO Max USA filem ini dah mula tayang pada 22 Oktober 2020. Jom baca ulasan The Witches (2020), filem remake yang kurang menyengat!

Review Filem The Witches

Disebabkan Kak bell suka menonton filem ala-ala fantasi magis ni, so terus cari filem ni di group telegram. Tambah pula Anne Hathaway dan Octavia Spencer berlakon, jadi rasanya filem ini mungkin seronok untuk ditonton.

Genre: Comedy, Adventure, Fantasy
Pengarah: Robert Zemeckis
Penerbit: Robert Zemeckis, Jack Rapke, Guillermo del Toro, Alfonso Cuarón, Luke Kelly
Penulis: Robert Zemeckis, Kenya Barris, Guillermo del Toro
Pelakon: Anne Hathaway (Grand High Witch), Octavia Spencer (Grandma), Stanley Tucci (Mr. Stringer), Jahzir Bruno (Hero Boy), Chris Rock (Older Hero Mouse), Josette Simon (Zelda)
Release Date (Streaming): Oct 22, 2020


Sinopsis Filem The Witches (2020)

Filem fantasi komedi The Witches (2020) sebuah yang diarahkan oleh Robert Zemeckis dan jalan ceritanya digarap oleh Zemeckis, Kenya Barris dan Guillermo del Toro. Filem ini adalah berdasarkan sebuah novel klasik dengan nama yang sama ditulis pada tahun 1983 oleh Roald Dahl. Filem ini merupakan filem kedua adaptasi daripada novel yang sama, filem pertama yang diadaptasi dikeluarkan pada tahun 1990 dan diarahkan oleh Nicolas Roeg. Filem tahun 1990 tersebut watak ahli sihir Grand Witch dilakonkan oleh Anjelica Huston.

Rencana Ahli Sihir Melenyapkan Kanak-Kanak Menjadi Tikus
The Witches berkisah tentang sekumpulan ahli sihir yang merancang untuk melenyapkan semua kanak-kanak dari muka bumi dan menukarkan mereka menjadi tikus. Filem bermula dengan kejadian kemalangan kereta melibatkan keluarga Hero Boy (Jahzir Kadeem) yang menyebabkan kematian orang tuanya. Kemudian si nenek, Grandma (Octavia Spencer) mengambil Hero Boy ke kota kecil Demopolis di Alabama, untuk menjaganya.

Review Filem The Witches

Grandma seupaya mungkin menceriakan Hero Boy yang baru kehilangan orang tuanya dan nampak tak berhasil sehinggalah neneknya membelikan seekor tikus diberi nama Daisy. Kemudian kelibat ahli sihir pertama, Zelda (Josette Simon) muncul di kedai ketika Hero Boy mencari paku untuk membuat rumah tikus. Zelda mengumpan Hero Boy dengan coklat karamel dan ada ular di tangannya.


Selepas Grandma mengetahui hal yang berlaku, Grandma menceritakan seorang kawannya Alice telah disumpah menjadi ayam dan neneknya hanya mendiamkannya kerana tak ada siapa yang akan percaya kepadanya. Selepas tersedar yang ahli sihir tersebut tak akan berhenti mendapatkan cucunya, Grandma keluar ke kota dan menginap di hotel mewah. Malangnya Grand High Witch (Anne Hathaway) dan konconya juga datang menginap di hotel tersebut.

Review Filem The Witches

Review Filem The Witches

Bermulalah kisah ahli sihir yang merencanakan rancangan mereka untuk menukarkan semua budak menjadi tikus. Akhirnya Hero Boy tertangkap dan bertukar menjadi tikus. Selain Hero Boy, seorang lagi kanak-kanak Bruno (budak gemuk tamakkan coklat) turut dijadikan tikus setelah memakan coklat yang diberi The Grand Witch. Rupa-rupaya tikus belaan Hero Boy, si Daisy juga asalnya seorang budak perempuan bernama Mary dan mereka bertiga berusaha mencuri potion juice The Grand Witch untuk menjadi manusia semula. Jadi berhasil ke tidak mereka bertukar semula menjadi manusia?


Filem Remake Yang Kurang Berhasil Elemen Magis
Masa awal filem memang Kak Bell teruja nak menontonnya hingga habis. Lama-kelamaan jalan ceritanya terasa membosankan. Jika dibandingkan dengan filem versi tahun 1990, watak muka asal Grand Witch lagi menakutkan dengan hanya menggunakan efek prostetik dengan riasan makeup selama 6 jam! Kalau zaman 90-an tu kira dah memang horror dah tengok muka ahli sihir. Watak tikus pun menggunakan puppet berbanding versi 2020 yang menggunakan CGI. Untuk CGI tu wajarlah sebab proses pembuatan filem yang dah maju tetapi filem remake The Witches ini memang bukan filem horror dan sekadar filem fun komedi biasa. Tiada babak yang betul-betul membuat Kak Bell rasa teruja.

Review Filem The Witches

Kak Bell berharap filem ini lebih aksi magik dan nampaknya sangkaan Kak Bell meleset. Walaupun pengarah filem ni ada menghasilkan filem-filem yang meletop tapi kerjasama 3 penulis ni rasa hambar, boring. Sakit hati pula tengok ahli sihir yang berjalan ala berselang seli masa perjumpaan dengan Grand Witch. hujung-hujung 3 ekor tikus tu berjaya la curi potion tu dan masukkan dalam sup ahli sihir dan membuatkan semua ahli sihir jadi tikus pulak. Cuma untuk Grand Witch je last-last baru dia jadi tikus hodoh sebab dia tak makan sup tadi.


Lakonan Octavia Spencer Jadi Penyelamat Filem
Untuk lakonan Jahzir Kadeem sebagai seorang budak ok. Masa dia tengah sedih tak nak makan, tak nak minum memang rasa nak bagi penampar aje geram sebab tak nak makan. Anne Hathaway pun bolehla sebab dia je jadi penarik sebagai aktress filem ni. Kira dia berjaya lah bawa watak The Grand Witches dengan 'accent' Scandinavian atau Norwegian sama macam cerita asal. Pendapat Kak Bell The Grand Witch 1990 lagi hodoh dan menakutkan.

Ulasan The Witches (2020) | Filem Remake Yang Kurang Menyengat

Ulasan The Witches (2020) | Filem Remake Yang Kurang Menyengat

Ulasan / Review Filem The Witches

Pada Kak Bell, hanya lakonan Octavia Spencer yang menjadi penyelamat filem the Witches (2020). Watak sebagai Grandma berkesan dan dia berjaya menarik minat Kak Bell untuk menonton filem ini. Cuma Kak Bell tak paham kenapa Grandma tak bukak je pintu bilik ahli sihir tu pakai tangan tapi tikus yang bukakan pintu. Kalau korang dah tonton filem The Witches (1990), memang jalan ceritanya sedikit berbeza dan ramai kritikus filem beri respon yang filem remake ni jauh tersasar dari novel asalnya.

Dalam filem The Witches 1990 ada 2 versi pengakhiran filem. Ending pertama, ketiga-tiga tikus ni tak berjaya bertukar semula kepada manusia dan ending kedua, seorang ahli sihir insaf jadi baik dan menukarkan salah seekor tikus kembali jadi manusia. Kak Bell lupa sama ada watak Hero Boy, Bruno atau Mary.

Boleh dikatakan The Witches (2020) tidak memiliki banyak daya penarik, kurang emosi, sedikit kesan magik ahli sihir dan pada Kak Bell boring. Okla untuk tontonan Holloween budak-budak sebagai filem fun & komedi kan. Walaupun versi Anna Hathaway mulut dia jadi ala-ala joker, rasanya lagi horror muka ahli sihir versi tahun 1990. Oklah, Kak Bell bagi 5.5 bintang aje!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post