Syarikat MLM TDC Holdings Sdn. Bhd. Terima Sijil Kepatuhan Syariah Dari Lariba Consulting - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Syarikat MLM TDC Holdings Sdn. Bhd. Terima Sijil Kepatuhan Syariah Dari Lariba Consulting

Trending

Syarikat MLM TDC Holdings Sdn. Bhd. Terima Sijil Kepatuhan Syariah Dari Lariba Consulting

Perniagaan berkonsepkan MLM sebenarnya sudah tak asing lagi di negara kita. Mesti anda semua pernah dengar atau juga pernah terlibat dalam bisnes MLM ini. Persoalannya ialah adakah sesebuah syarikat MLM yang ada adalah sebuah syarikat yang patuh syariah di mana sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat hingga ke pengguna akhir mengikuti garis panduan dalam muamalah perniagaan?

Panelist Majlis Pensijilan

TDC Holdings Sdn Bhd (TDC), salah sebuah syarikat Multi-Level Marketing (MLM) terulung di Malaysia telah menerima pengiktirafan patuh Syariah oleh Lariba Consulting (LC) yang merupakan penasihat syariah bagi TDC Holdings kerana kepakaran dalam bidang Syariah, Usul Fiqh dan kewangan islam.

Sijil Kepatuhan Syariah yang dianugerahkan ini menjadi titik bersejarah buat TDC kerana pengiktirafan ini menandakan bahawa kredibiliti TDC Holdings sebagai sebuah syarikat MLM dan juga produk dan jenama di bawah TDC menepati piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh syariah. Secara langsung, ianya menambahkan lagi keyakinan para pelanggan ahli dan juga bakal ahli untuk membina kerjaya dan peluang perniagaan bersama TDC.


Majlis Virtual Pengiktirafan Sijil Patuh Syariah
Pengiktirafan sijil patuh Syariah yang dipancarkan secara virtual tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor kepada Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah dan berlangsung di pejabat TDC Holdings. Turut sama menyaksikan detik bersejarah tersebut adalah Nur Farisha Bt Ahmad Musli, Eksekutif Syariah TDC. Penilaian yang dilakukan oleh Lariba Consulting adalah merangkumi keseluruhan aspek perniagaan TDC Holdings iaitu - penilaian untuk produk, operasi syarikat dan juga pelan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd
Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah


TDC yang memartabatkan slogan ‘Legasi di Dunia, Istana di Syurga’ sebagai konsep perniagaan mendapat nama di dalam industri asbab kualiti dan keberkesanan produk disamping mempunyai lesen Akta Jualan langsung (AJL) dan ini membuktikan bahawa TDC menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan ahli dan juga masyarakat yang mana TDC secara khususnya memperuntukkan hampir 90% keuntungan mereka kepada sumbangan masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Latar Belakang Lariba Consulting
Lariba Consulting adalah syarikat yang menawarkan khidmat pakar perunding dalam bidang-bidang pematuhan syariah, teknologi maklumat (IT), bisnes dan Latihan. Dalam bidang pematuhan syariah, mereka mempunyai pakar-pakar dalam bidang shariah, usul fiqh dan kewangan Islam untuk membantu syarikatsyarikat bukan bank yang berminat untuk mengesahkan syarikat mereka patuh syariah. Antara jenis-jenis syarikat ialah syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM), syarikat payment gateway, syarikat trading dan lain-lain.


Garis Panduan Perniagaan Berasaskan MLM Patuh Syariah

Bagaimana dan apakah kriteria perniagaan MLM yang patuh syariah? Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah bagi menentukan sesebuah syarikat tersebut patuh syariah dan sebaliknya. Ianya melibatkan semua aspek dari pelan pemasaran, produk, kontrak dan termasuk operasi syarikat itu sendiri.

Lariba Consulting

Berikut adalah beberapa garis panduan sesebuah perniagaan yang patuh syariah seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor dari Lariba Consulting.

1. Tidak Melibatkan Riba

Perjanjian untung sahih mestilah patuh pada undang-undang dan syarak dan tidak melibatkan riba.

2. Mempunyai Produk Yang Sahih

Mempunyai produk yang sahih kerana syarikat yang tidak mempunyai produk, memang tidak patuh undang-undang dan syariah kerana ia melibatkan skim money game/piramid dan terlibat riba.

3. Produk Yang Halal

Produk yang dijual mestilah HALAL dan disahkan halal oleh badan berautoriti seperti JAKIM.

4. Menjual Produk Tidak Halal, Pendapatan Juga Tidak Halal

Jika tidak semua produk halal, pendapatan daripada jualan produk tidak halal adalah juga tidak halal. Samada pendapatan daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.

5. Pendapatan Berpunca Dari Hasil Jualan Bukan Dari Yuran Ahli Semata-mata

Jika pendapatan syarikat sebahagiannya atau majoritinya daripada yuran ahli, berkemungkinan ianya tidak patuh syariah kerana pendapatan mestilah daripada hasil jualan sendiri atau jualan downline/group.

6. Mempunyai Penasihat Syariah

Penasihat syariah yang berlatarbelakangkan pengetahuan dari usul fiqh, muamalat atau kewangan Islam adalah penting untuk memastikan kesinambungan pendapat-pendapat penasihat bagi mengesahkan syarikat patuh syariah.


Bagi syarikat TDC Holdings Sdn Bhd (iaitu syarikat MLM), proses pematuhan syariah merangkumi pengesahan pelan pemasaran, produk dan operasi syarikat. Rujukan khidmat perunding patuh syariah adalah berdasarkan standard-standard seperti Bank Negara, ISRA, JAKIM, AAOIFI dan lain-lain yang berkenaan. TDC Holdings Sdn Bhd telah memenuhi segala kriteria dan penilaian yang ditetapkan oleh Lariba Consulting sekaligus menjadi syarikat MLM yang patuh Syariah dari segi pengurusan dan pengoperasian syarikat, produk dan juga pelan pemasaran.

Penilaian oleh Lariba Consulting untuk pematuhan syariah meliputi 3 fasa iaitu:
Fasa 1: Semakan pematuhan Syariah sedia ada
Fasa 2: Audit Syariah Pertama
Fasa 3: Audit Syariah Kedua

Selain daripada khidmat perunding pematuhan syariah, Lariba Consulting juga memberikan khidmat perunding teknologi maklumat (IT). Lariba Consulting menawarkan khidmat-khidmat perunding kajian strategik IT, dan juga khidmat pengurusan projek (project management) dan perlaksanaan sistem Enterprise Resource Planning (ERP) untuk SME.


Produk Keluaran TDC Holdings Sdn. Bhd.
TDC Holdings Sdn Bhd mengeluarkan 2 buah produk susu kolustrum iaitu susu kesihatan Susu Kolostrum C2Joy dan Susu Kolostrum Safe & Joy. Produk ini telah berada dipasaran dari tahun 2016 dan merupakan dua jenama yang laris serta diperakui keberkesanannya. Kedua-dua produk ini diformulasi dengan dua ramuan utama iaitu Trucal iaitu sumber Kalsium & mineral yang dimampatkan dari susu lembu yang merupakan satu formulasi yang dipatenkan oleh TDC Holdings daripada Glanbia PLC dan juga Kolostrum Lembu Asli daripada New Zealand.

Susu Kolostrum Safe & Joy

Susu Kolostrum C2Joy

Kedua-dua jenama C2Joy dan Safe & Joy keluaran TDC Holdings ini juga telah mendapat pengiktirafan pensijilan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan juga menerima pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan dan pengiktirafan yang diterima, membuktikan bahawa produk keluaran TDC Holdings dihasilkan mengikut garis panduan, kualiti serta menggunakan kaedah yang ditetapkan.

Produk susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy berkesan dalam meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi tubuh untuk melawan virus dan sesuai dengan situasi semasa pandemik COVID-19 disamping sebagai minuman susu yang sesuai bagi mereka juga yang ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Kebaikan Susu Pada Manusia

Kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2JOY dan Safe & Joy terbukti secara klinikal dapat membantu memperbaiki sistem imunisasi badan, meningkatkan antibodi juga membantu membasmi virus dan bakteria serta mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel badan. Sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk ibu mengandung, kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2Joy dan Safe & Joy juga merupakan nutrisi tambahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Latar Belakang TDC HOLDINGS SDN BHD

TDC Holdings Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia yang mengeluarkan produk kesihatan iaitu susu kolostrum. Produk keluaran TDC Holdings Sdn Bhd ini telah diperakui HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah mendapat pengiktirafan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan juga Good Manufacturing Practice (GMP) yang di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penjualan produk mereka telah melebihi 2 juta unit produk dan secara puratanya sebanyak 45% pendapatan syarikat adalah pembelian ulangan daripada pengguna. Bukan itu sahaja, lebih dari 1,000 pengedar TDC telah menikmati lebih daripada 4 angka bonus bersih sebulan, dan lebih dari 10 orang daripada pengedar ini menikmati 6 angka bonus bersih sebulan. Sehingga ke hujung tahun 2020, pendapatan TDC sudah melebihi 100 juta. Sehingga tahun 2020, TDC telah menyumbang RM6 juta kepada masyarakat melalui beberapa saluran iaitu masjid, organisasi dan saluran lain. Untuk maklumat lanjut, layari laman berikut:

Website: www.tdc2joy.com
Laman C2Joy: https://i-colostrum.com/
FB: www.facebook.com/TDCHSB
IG: www.instagram.com/tdc_hq/
Email: tdchsb@gmail.com
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post