NAIM DANIEL KEMBALI DENGAN LAGU BARU PURNAMA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal NAIM DANIEL KEMBALI DENGAN LAGU BARU PURNAMA

Trending

NAIM DANIEL KEMBALI DENGAN LAGU BARU PURNAMA

Selepas kejayaan berturut-turut lagu ‘Sembah’ dari Naim Daniel pada Februari yang lalu iaitu menjadi juara carta mingguan di Muzik Muzik, ERA dan berjaya merangkul 2 anugerah dalam 2020 Mid Year JOOX Music Awards, Naim terus aktif dalam pembikinan lagu.


Baru-baru ini Naim telah berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli dengan single bertajuk ‘Lara’ yang dapat menduduki #2 trending di Youtube dan kini menduduki #3 dalam Carta Malaysia 50 di Spotify.

Terkini, Naim kembali lagi dengan lagu ‘Purnama’ yang bergenre ballad hasil ciptaan dari Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K. Amzar iaitu penulis lirik dan komposer ‘Purnama’ berkata, “Salah seorang teman rapat saya yang mencadangkan saya untuk memberikan lagu ini kepada Naim kerana Naim adalah penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini.”

Manakala Naim pula berkata,
“Lagu Purnama ini ditujukan khas buat mereka yang merindui orang yang mereka kasihi dan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi buat semua yang masih hidup, sentiasa hargai dan beritahu keluarga dan rakan-rakan yang rapat bahawa anda menyayangi mereka sebelum terlambat.”


Bagi lagu ‘Purnama’ ini, World Peace Entertainment telah menampilkan Music Video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi dan mental setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Music Video ini boleh mula ditonton pada 27 November 2020 di Youtube World Peace Entertainment.

Klik untuk lirik lagu Purnama

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel, lagu ‘Purnama’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX dan lain-lain.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post