10 Senarai Pakej Work From Hotel Di Sekitar Negeri Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 10 Senarai Pakej Work From Hotel Di Sekitar Negeri Selangor

Trending

10 Senarai Pakej Work From Hotel Di Sekitar Negeri Selangor

Sekali-sekala bertukar persekitaran kerja bukanlah sesuatu yang asing, tambahan pula dikala kebanyakan orang kini berada dalam keadaan bimbang dan berhati-hati lantaran sebuah pandemik global. Tekanan dari situasi ini mampu memberi kesan kepada produktiviti kerja. Ramai golongan berkerjaya sudah mula bekerja dari rumah dan kini ianya telah menjadi suatu norma baharu yang semakin menjadi kebiasaan.


Bagi sesetengah orang, rumah bukanlah tempat terbaik untuk fokus kepada kerja. Bagi Kak Bell sendiri pun lebih selesa bekerja di pejabat berbanding di rumah. Inilah masanya untuk anda turut melakukan aktiviti yang seakan menjadi trend masa kini ini dan meningkatkan produktiviti kerja anda.

TINGKATKAN PRODUKTIVITI ANDA DENGAN PAKEJ WORK-FROM-HOTEL DI NEGERI SELANGOR

Diseneraikan khas buat anda, 10 hotel terkemuka di Negeri Selangor yang menawarkan pakej work-from-hotel sekiranya anda memilih untuk menukar cara kerja kebiasaan anda dalam kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan oleh pakar hospitaliti di Selangor.

1) Première Hotel Klang

Harga bermula dari RM160.


2) New World, Petaling Jaya Hotel

Harga bermula dari RM160. 


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/NewWorldPetalingJaya/posts/979867405850036


3) De Palma Group of Hotels & Resort

Harga bermula dari RM 35. 


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/depalmahotels/posts/3565544193503035


4) Hotel Tenera

Harga bermula dari RM 98.


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/hoteltenerabangi/posts/791126998377159


5) Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Harga bermula dari RM 48.


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/grandbluewave/posts/3375176949226862


6) One World Hotel Petaling Jaya

Harga bermula dari RM190. 


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/OneWorldHotelPetalingJaya/posts/4113224148692832



7) Wyndham Acmar Klang

Harga bermula dari RM 38.


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/wyndhamacmarklang/posts/359038578848374


8) Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA

Harga bermula dari RM150.


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/movenpickhotelklia/posts/3547130218666853



9) Sunway Resort Hotel & Spa

Harga bermula dari RM150.

Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/SunwayResortHotelandSpa/posts/10158633184860813


10) Eastin Hotel, Petaling Jaya

Harga bermula dari RM 120.


Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/eastinhotelkl/posts/3481360661907846


Pihak Tourism Selangor percaya, sebuah pandemik tidak seharusnya memberikan kesan kepada pekerjaan yang menjadi minat anda. Mungkin rumah bukanlah tempat terbaik untuk bekerja lantaran kemungkinan berlakunya gangguan terhadap fokus kerja anda. Bagi sesetengah orang juga, suasana kerja dari rumah yang sama setiap hari pula mengundang kebosanan.

Dengan pelbagai pakej work-from-hotel yang ditawarkan oleh hotel-hotel terkemuka di Negeri Selangor, inilah masanya untuk anda tingkatkan produktiviti dan menyiapkan kerja anda dalam penuh keselesaan dan perhidmatan hospitaliti yang berkualiti.

Dan jika anda terbawa-bawa dengan suasana selesa tersebut, apa kata bermalam sahaja di hotel berkenaan, dengan potongan harga penginapan yang menarik! Namun begitu, usahlah kita mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kepatuhan kepada operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam komuniti. Selamat selalu, dan jadi produktif dengan stail!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post