Filem 'KITA' Dihasilkan Sepenuhnya Menggunakan vivo X50 Pro - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem 'KITA' Dihasilkan Sepenuhnya Menggunakan vivo X50 Pro

Trending

Filem 'KITA' Dihasilkan Sepenuhnya Menggunakan vivo X50 Pro

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, vivo Malaysia dengan penuh rasa patriotik dan semangat kenegaraannya melancarkan filem pendek "KITA". Istimewanya, filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar terbaru vivo iaitu vivo X50 Pro dan diarahkan oleh pengarah terkenal Malaysia, Ho Yuhang.


Filem pendek berdurasi 9 minit berjudul "KITA" ini dibawakan khas untuk meraikan perbezaan budaya, bangsa dan agama serta membawa tema persahabatan walaupun berlainan kaum dan agama.

En Mike Xu, CEO vivo Malaysia berkata, " Perpaduan di dalam rakyat yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat dan unik. Walaupun mempunyai perbezaan agama,bangsa dan kaum, tetapi kita tetap bersatu, untuk menghadapi rintangan."



Menerusi filem pendek ini, penonton pasti akan dapat mempelajari tentang sikap toleransi dan persahabatan selain kisah yang perpaduan antara kaum di negara kita. Sebuah kisah yang benar-benar menggamit kenangan zaman persekolahan.


DIRAKAM SEPENUHNYA MENGGUNAKAN VIVO X50 PRO

Peranti pintar vivo X50 Pro yang baru-baru ini dilancarkan digunakan secara sepenuhnya untuk penghasilan filem pendek ini. Fitur X50 Pro memperkenalkan Sistem Kamera Gimbal yang menawarkan pengalaman videografi yang lebih jelas ketika merakam pergerakan dan juga rakaman pada waktu malam. 


Antara fungsi hebat yang terdapat dalam peranti ini adalah seperti built-in gimbal system, Extreme Night Vision (Super Night Mode), 60x Hyper Zoom, Professional Portrait, Super Wide Angle, Super Macro Functions dan pelbagai lagi.


Lagu Tema "KITA" Nyanyian Shila Amzah

Turut sama menjayakan kempen ini adalah penyanyi popular tanah air, Shila Amzah yang menyanyikan lagu tema untuk filem ini yang dirakamkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Mandarin.


Jom saksikan filem KITA di Youtube vivo Malaysia dan Iflix bermula 27 Ogos 2020. Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.


Kredit photo DBoy Studio

#vivoKita2020 #vivoX50Series #vivoX50Pro #photographyredefined
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post