Tempat OOTD Raya Di 10 Lokasi Negeri Selangor

Apabila bulan Ramadhan hampir berakhir, suasana di sekitar rumah menjadi semakin sibuk dengan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dari memasang langsir baru hingga memilih baju raya yang sepadan, serta mempersiapkan hidangan khas untuk raya dan merancang perjalanan pulang ke kampung halaman, setiap detik adalah bernilai kerana kemeriahan dan makna yang membawa raya. Namun, di tengah-tengah kesibukan itu, kita tidak lupa untuk merakam kenangan dengan bergambar dalam pakaian raya. Jika anda mencari lokasi yang menarik untuk mengambil gambar OOTD Raya anda, berikut adalah senarai 10 tempat OOTD Raya menarik di Selangor yang boleh anda pertimbangkan. 1. RAINBOW WINDMILL AND SWING, SEKINCHAN Rainbow Windmill and Swing di Sekinchan bukanlah lokasi yang asing bagi penduduk yang tinggal di kawasan ini, malah ia dianggap sebagai salah satu tempat pelancongan yang paling terkenal di daerah Sabak Bernam. Selain dikelilingi oleh sawah padi yang cantik, kawasan ini juga memiliki banyak lokas