Hi semua! Tempohari Kak Bell ada kongsikan pengalaman memasak menggunakan air fryer. Terus terang memang sangat membantu dan memudahkan proses memasak. Sesambil buat kerja lain, cuma campakkan sahaja bahan masakan dalam air fryer hujung-hujung dah siap. Jimat masa surirumah sekalian dan mengadap kerja lain pulak. Maklumlah kerja di rumah memang tak akan pernah nak habis. Ada sahaja perkara yang perlu dibuat.

Selalunya bila nak menggoreng jejari kentang (fries), nugget atau ayam yang menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang banyak amat melecehkan. Bukannya apa, nak menyimpan baki minyak tu yang rimas.
Disebabkan baru status newbie, harini Kak Bell kongsikan resepi ayam menggunakan air fryer. Kak Bell pun dah mula rujuk group memasak air fryer di FB, tambahan pula rakan sekerja di pejabat pun ramai yang pakai. Lepas ni nak cari baking paper dan cooking spray. Ada kelapangan, boleh Kak Bell kongsikan resepi lain bila menggunakan air fryer.

Bagi korang yang nak baca tentang air fryer Kak Bell, bolehlah klik sini > Menu Sihat Dengan Russell Taylors Air Fryer. Jom lihat bahan-bahan untuk Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer.
Bahan A
5 ketul bahagian ayam
2 sudu lada hitam (dikisar halus)
Kicap manis
Madu
Garam
Butter/minyak zaitun/minyak masak
Bahan B
1 biji hirisan lemon
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/holland
1 biji capsicum
1 biji brokoli
1 biji kentang
1 paket thyme segar
Cara membuatnya:
1) Basuh bersih ke semua bahagian ayam, cuci dan hiris/potong bahan-bahan B. Untuk daun thyme cuma potong 2 atau 3 bahagian sahaja.

2) Gaulkan bahagian ayam dengan semua bahan A kecuali butter. Untuk menu ni Kak Bell hanaya guna butter. Perap 1 jam atau semalaman. Kak Bell perap 20 minit sahaja.

3) Pre-heat air fryer pada suhu 150°C selama 10 minit dan masukkan ayam dan renjiskan sedikit minyak atau sapukan butter atas ayam.
4) Taburkan sedikit daun thyme dan masak pada suhu 200°C selama 20 minit. Boleh balikkan ayam selepas 10 minit memasak.

5) Selesai masak ayam, campakkan sayur kemudian masak pada suhu 150°C selama 10 minit. Untuk kentang pepandai lah adjust masa dan suhu sampai masak.
Kak Bell asingkan memasak ayam dan sayur sebab sayur cepat masak. Bila masukkan sekali dengan ayam, sayuran cepat burn dan tak cantik. Mungkin boleh juga letakkan sekali, tetapi letakkan sayur di bahagian bawah ayam (Kak Bell belum cuba, jadi tak pasti hasilnya).


Memang sedap sangat ayam yang dimasak dengan air fryer ni. Semua bahagian ayam pun masak sempurna. Sangat puas hati. Makan pula dengan bihun sup resepi nenek pendek terus terbungkang lepas makan!


Bagi yang ada pengalaman dan ada resepi masakan menggunakan air fryer, mungkin boleh berkongsi dengan Kak Bell di ruangan komen di bawah. Mesti korang diluar sana lebih arif dan pandai dalam bab masak-memasak ni. Esok Kak Bell nak cuba masak daging pula dengan menggunakan Russell Taylors AF-24 ni. Muah!
Elok kejadian dia ye kak bell. Ni nak beli satu air fryer ni. Leceh nak goreng kentang nuget nak simpan minyak lepastu.
ReplyDeleteSetuju kan. Yang ni habuk fries pun kurang.
Deletemmg senang guna air fryer....mcm2 juga dh masak guna air fryer...
ReplyDeleteBolehla tunjuk ajar nanti.
DeleteBezakan rasa dia bila letak daun tyme dengan tak letak, sebab Sis dah try keduanya, sedap bila kita letaknya. Rumah ni emmang air fryer ni sangat ebrguna sebab Sis tinggal sendiri je siang hari, so memang membantu snagat time nak makan..hehehe masuk tekan tunggu siap!
ReplyDeleteMemang kene letak baru sedap. Tambahan guna yang fresh herb kan.
Deletetak pernah lagi masak guna air fryer ni kak bell. Sedap tengok ayam yang kak bell masak ni. Masak elok pulak tu isi dalam dia.
ReplyDeleteBetul tu :)
DeleteKenapa nampak sedap sangat niii. Ya Allah, presentationnya memang meletop la. Jadi teringin pulak.
ReplyDeleteBoleh cua Emi. Emi kan rajin buat resepi.
DeleteWah!!!!!!! Sedap nyer ayam madu nie. Tengok gamba pun day tahu rasa nyer macam mane.
ReplyDeleteLove..Love..Love
DeleteSis belum pernah cuba masak dalam air fryer ni. Memang mudah ke? Bukan kena guna banyak minyak ke?
ReplyDeleteMemnag dh lama aim air fryer russel ni.. Tapi tu la tak beli2 lagi... Hehehe... Harap ade rezeki nak beli.. Sedp tu ayam dia..
ReplyDeleteBoleh beli dah ni nad. Senang nak buat kerja memasak.
DeleteNyum2... Terima kasih shared resepi.. Bertambah lagi resepi ayam.. Puasa nak dekat dah ni.. Harus try ni..
ReplyDeleteBoleh try kak.
Deletesedapnya sis. teringin pulak nak rasa hasil air tangan sis. semua menu mesti nampak sedap.
ReplyDeleteBoleh-boleh. InsyaAllah.
Deletetak habis2 tau dengan resepi sedap-sedap. masak sedap2 pun bukan nak jamu kita makan.
ReplyDeleteHahaha. Kita takut nak jemput awak dtg umah. Takut kene review. Hahaha
DeleteRajinnya dia masak! Heheh kte kan kalo berjiran rasanya selalu hulur pinggan je. Pandai awak masak
ReplyDeleteHaruss tu. Hehe.
Deletewah cantik sangat hasil kejadiannya ^_^
ReplyDeleteKann. Tak sangka.
DeleteNampak sedap giler mcm yg di jual kat kedai ni haa.. mengiurkan gitu!! TQ gak utk resepi, mana tau satu hari nnti teringin nk makan, boleh cuba :D
ReplyDelete