Menu Sihat Dengan Russell Taylors Air Fryer

Tidak semua orang sempat untuk memasak makanan mereka sendiri dirumah. Hidup di zaman sekarang membuatkan kita selalu kekurangan waktu. Macam Kak Bell sendiri yang setiap hari bekerja malam, sudah tentulah jarang memasak sebab bila dah letih pasti ingin berehat sahaja. Sebenarnya banyak manfaat dari pelbagai segi jika kita memasak sendiri makanan di rumah. Kelebihan seperti lebih sihat, lebih bersih dan menjimatkan perbelanjaan. Jika memasak sendiri, kita boleh kawal setiap kandungan bahan untuk hidangan seperti gula, garam dan sebagainya.


Bercerita tentang makanan sihat, minggu lepas Kak Bell telah berjaya mendapatkan Russell Taylors Air Fryer sebagai pelakon baru di dapur. Sebenarnya dah banyak kali pergi ke acara memasak yang menggunakan Air Fryer. Disebabkan harga sesetengah jenama yang agak mahal, Kak Bell terus gunakan kuali sahaja untuk memasak dan sebagainya.

Russell Taylors Air Fryer AF-24
Air Fryer ini adalah alatan dapur yang menggunakan suhu tinggi dan kitaran udara panas yang digunakan untuk memasak makanan tanpa sebarang minyak. Terdapat air fryer jenis manual dan juga digital dan terpulang jenis mana yang disukai.


Untuk AF-24 ini adalah jenis manual datang dalam warna hitam dan kelabu di bahagian tengah fryer dan pemegang. Di bahagian atasnya ada dua pelaras manual untuk tetapkan suhu dan masa. Pan memasak di bahagian bawah ni bersaiz 3.8L dan datang dengan basket untuk kapasiti 2.6L. Pan boleh ditanggalkan dengan menekan menolak anak panah 'transparent' di atas pemegang dan tekan satu button di bawahnya untuk asingkan basket. Semua minyak yang keluar semasa sedang membakar akan dikumpul oleh pan AF-24.


Teknologi Rapid Air
Dengan menggunakan Teknologi Rapid Air, kitaran udara panas yang boleh dilaraskan sehingga suhu 200°C akan beredar ke seluruh masakan dan menjadikan makanan masak sempurna. Makanan akan rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya.

Kawalan Masa & Suhu
Pelaras masa untuk AF-24 membolehkan waktu memasak ditetapkan sehingga 30 minit dan suhu sehingga 200°C. Setelah proses siap memasak, AF akan auto-off dengan penunjuk bunyi menandakan proses memasak selesai.


Kalau anda nak tahu, ini merupakan kali pertama menggunakan air fryer dan segala pertanyaan Kak Bell dah terjawab apabila sudah mencubanya sendiri. Memang ianya sangat memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa tanpa perlu renyah menggunakan minyak masak.

Semasa memasak menggunakan AF ni, anda boleh memeriksa masakan pada bila-bila masa dengan memutar knob ke arah 0. Untuk laraskan suhu dan masa, anda boleh rujuk buku panduan manual kerana setiap jenis AF berbeza.


Sebelum ini viral tentang air fryer penyebab kanser. Anda disarankan untuk tidak menggunakan suhu tinggi melebihi 120°C untuk masakan berkanji seperti ubi kentang. Memasak pada suhu melebihi 120°C akan menghasilkan bahan kimia toksik akrilamida yang boleh meningkatkan risiko menyebabkan kanser. Jadi setkan masa suhu rendah tetapi masaklah dengan lebih lama.

Sosej dimasak pada suhu 200°C selama 15 minit

Pre-heat AF pada suhu 150°C (10 minit) dan masak pada suhu 200°C selama 10 minit

Setelah mencuba menggoreng sosej dan nugget, Kak Bell mencuba pula membakar ayam dengan Russell Taylors Air Fryer AF-24Untuk masakan masak lebih sempurna boleh percikkan atau sapukan sedikit minyak atau butter bergantung kepada makanan yang hendak dimasak. Untuk elak melekat, boleh sapukan minyak dulu pada permukaan basket sebelum memanggang. Kalau nugget tak perlu defrost, cuma masukkan terus dalam basket dan goreng. Anda juga boleh panaskan dahulu (pre-heat) AF pada suhu 150°C selama 10 minit sebelum mula memasak.


Inilah dia hasil ayam perapan yang digoreng menggunakan AF-24. Kak Bell asingkan sayuran kerana ianya memerlukan suhu yang lebih rendah. Bagi yang nak lihat resepi ayam dengan air fryer AF-24 ini boleh klik sini > Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer.


Ayam perap lada hitam dan madu Russell Taylors Air Fryer


Ayam perapan yang dipanggang tadi memang masak sempurna keseluruhan bahagian ayam. Kalau anda rasa ada bahagian yang tidak masak, boleh terbalikkan ayam dan masak semula. Bahagian luar ayam masak dengan cantik dan isinya juga lembut. Memang ada kelainan dari segi rasanya yang lebih sedap walaupun digoreng tanpa minyak.


Bila sudah selesai guna, anda perlu sejukkan dahulu pan dan basket sebelum dibasuh bersih dan lap kering sebelum penyimpanan semula. Kalau ada baki masakan yang melekat, rendam sekejap dan boleh basuh seperti biasa.

Air Fryer boleh dikatakan satu trend wajib untuk kita ada sebagai perkakasan dapur yang memudahkan kerja-kerja memasak terutamanya menggoreng dan membakar. Memasak menggunakan Air Fryer ini sebenarnya memiliki banyak manfaat terutama kepada sesiapa yang gemar makanan bergoreng tetapi pada masa sama ingin menjaga kesihatan kerana alat ini boleh menggoreng tanpa minyak masak dan mengurangkan sehingga 80% lemak!


Secara peribadi, memasak menggunakan Air Fryer ini memang menjimatkan masa sebab sesambil masak pun anda boleh selesaikan kerja yang lain. Anda boleh gunakannya untuk menggoreng, roast, grill dan membakar kek. Selain kurang bau masakan, tiada asap memasak seperti memasak menggunakan kuali dan ianya amat menyenangkan. AF-24 dari Russell Taylors ini ada kelulusan SIRIM & Suruhanjaya Tenaga Certified dan memang Kak Bell sarankan anda dapatkan AF-24 untuk masakan yang lebih sihat.


Dapatkan Air Fryer Russell Taylor anda sendiri di Lazada atau Shoppe sekarang dan nikmati makanan yang dimasak dengan sempurna. Maklumat lanjut anda boleh rujuk laman berikut:


CONVERSATION

15 comments:

  1. tgh puasa ni tgk gmbr ayam tu...sedapnya

    ReplyDelete
  2. Masak guna air fryer kesukaan Sis, lagi dah tinggal sorang kalau siang hari, mudah dan tak payah banyak kerja nak cuci dapur hehehe..
    Lagi satu bakar ayam lee paling best guna air fryer ni...

    ReplyDelete
  3. Dari dulu mmg minat dengan barangan Russel Taylors ni cuma masih blom mampu nak beli...nak skodeng2 la dulu, mana tau bonus masuk nanti boleh rembat 1

    ReplyDelete
  4. bestnya ada airfryer ni sis. kita dah lama teringin nak beli satu. tapi tak berkesempatan lagi. kalau beli pon bukan pandai masak pun kan. haha

    ReplyDelete
  5. Nanti nak keluarkan balik fryer cam ni dr dlm stor le, lama dah tak pakai. Tekak akak ni memang masak kena minyak tapi tu lah..now nak sihat2 balik masak tanpa minyak gunakan fryer

    ReplyDelete
  6. Memang dah kama nak beli air fryer jenama ni sebab harga dia affordable sangat tapi masih dalam wishlist lagi

    ReplyDelete
  7. russel ni brand dia xdela mahal sangat...tapi sangat berbaloi apatah lagi pd mereka yang suka sediakan hidangan sihat

    ReplyDelete
  8. awakkk kite kan dah lama teringin nak beli airfryers Russel Taylors ni. Pastu kite cam dah melupakan hasrat now baca pulak artikel ni terus menanam semula impian nak beli ni hahaha

    ReplyDelete
  9. Dah lama kak mid duk teringin nak beli Air Fryer Russell..asyik tengok iklan kt highway..lepas tengok bell review nie terus tak fikir panjang dah. Terus nak beli

    ReplyDelete
  10. Dah lama pujuk mak kita beli benda ni.. Tapi dia still tak mau lagi.. Nanti suruh dia baca review ni..tq

    ReplyDelete
  11. aduhhh sedapnya! terliur dibuatnya tauuu... mudah kan pakai air fryer ni,.. jimat masa betul

    ReplyDelete
  12. thanks share resepi ni. now nak beli hand blender dia pulak. dok usha2 kat lajada

    ReplyDelete
  13. Every Thanksgiving dozens of families endure Thanksgiving tragedy due to defective turkey fryers. healthy fryer

    ReplyDelete
  14. The elderly would love the air fryer for its simple usage. There are only 2 buttons to adjust, the temperature and timer control. Besides, the healthy oil-free food would be great for their health. air fryer reviews

    ReplyDelete
  15. hi if i wan buy af-14 model hander have or not ya?




    ReplyDelete

Back
to top