Tiket Percuma Untuk Teater Muzikal Semarak PertiwiKu Anjuran SPRM & UNIMAS - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tiket Percuma Untuk Teater Muzikal Semarak PertiwiKu Anjuran SPRM & UNIMAS

Trending

Tiket Percuma Untuk Teater Muzikal Semarak PertiwiKu Anjuran SPRM & UNIMAS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tampil mempersembahkan sebuah teater berjudul Semarak PertiwiKu yang mengangkat integriti sebagai subjek utama.


Mendekati masyarakat melalui seni telah lama SPRM laksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk "Bahara Emas". Pada kali ini, pihak SPRM ingin menyampaikan mesej kepada penonton tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.

Diberi judul Semarak PertiwiKu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya cukup teruja mengumumkan teater yang mendapat sambutan hangat saat dipentaskan di Kuching, Sarawak pada Julai 2019 lalu dan kini akan dipentaskan di Kuala Lumpur hujung Januari ini. 


Dalam sidang media semalam, Puan Latheefa Koya menyatakan pengisian Semarak PertiwiKu akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegriti tinggi. Beliau juga yakin ianya juga mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera.



Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani serta pelakon, Ungku Ismail, Taufik Hanafi serta Muhammad Azri Ali sebagai pengarah teater.

Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan dan kerana itu tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega. Teater tersebut akan dipentaskan di dalam dialek Melayu Sarawak kerana ingin mengekalkan keaslian persembahan dan juga kerana mesejnya yang kuat.


Disutradarai oleh Muhammad Azri Ali bersama Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Bin Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq, persembahan teater ini juga menggunakan khidmat pelakon berkaliber dalam menyampaikan mesej penting yang cuba disalurkan dalam medium hiburan. Aktor berprofil tinggi, Ungku lsmail diberi tanggungjawab besar bersama dramatis Sherie Merlis dalam menggerakkan Semarak PertiwiKu bersama barisan pelakon lain temasuk Anding dan Taufik Hanafi.


Penganjuran teater bertajuk ‘Semarak Pertiwiku’ adalah sebahagian usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membimbing dan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu integriti dan rasuah. Teater yang boleh ditonton secara percuma ini bukanlah sebagai satu seni semata-mata, tetapi penting untuk dihayati mesej dan kandungan yang akan disampaikan kelak.



Semarak PertiwiKu akan dipentaskan selama 2 hari bermula 30 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya dan sebanyak 2,000 tiket percuma diperuntukkan bagi pementasan teater tersebut. Orang ramai yang berminat menonton teater muzikal tersebut dan boleh mendapatkan tiket melalui tempahan awal dengan menghubungi nombor di bawah:
0388911501 Kumaran Regaya
0388911468 Azami
0388911471 Saiful Azri
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post