Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Trending

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Tidak dinafikan pada zaman sekarang setiap daripada kita memiliki telefon pintar mudah alih. Dahulu, penggunaan gajet telefon memang terhad dan jangan terkejut apabila melihat kanak-kanak sekolah rendah pun sudah memiliki telefon pintar yang canggih.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Menurut sebuah laporan, hampir 69% rakyat Malaysia tidak mampu bertahan walaupun sehari tanpa telefon bimbit. Boleh dikatakan Kak Bell sendiri pun turut alami ketagihan melampau terhadap sosial media melalui telefon bimbit. Daripada banyak membazirkan masa, mengapa kita tidak mengambil peluang untuk menjana pendapatan tambahan melalu telefon bimbit kan?

Sebenarnya terdapat pelbagai cara kita boleh menjana pendapatan tambahan. Salah satunya adalah dari aplikasi di telefon pintar mudah alih. Sekarang ini pun, memang dah ada pelbagai jenis aplikasi yang boleh dimuat turun untuk dapatkan income. Jadi untuk entri kali ini, Kak Bell nak berkongsi tentang satu aplikasi terbaru untuk jana pendapatan tambahan iaitu RodeoGo. Hanya dengan mengambil gambar dan menonton video anda di luar sana sudah boleh mendapatkan pendapatan tambahan. Menarik bukan?

Aplikasi RodeoGo

RodeoGo telah diperkenalkan oleh syarikat Rodeo sebagai penyelesaian kepada pengiklanan cara konvesional 'Out of Home' (OOH). RodeoGO, satu-satunya aplikasi crowdsourcing gamifications ads dimana pengguna media sosial akan dihubungkan secara terus dengan jenama-jenama pengiklanan yang ada di Malaysia melalui pengiklanan secara online-to-offline. Sesiapa sahaja berpeluang untuk menjadi micro-influencer dengan peluang sama rata untuk menerima keuntungan berdasarkan usaha masing-masing.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Sosial media telah menjadi salah satu medium penting untuk menghubungkan manusia, komuniti dan juga sebagai tempat pengiklanan dan pemasaran bagi perniagaan. Kajian yang dibuat pada tahun 2018 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menunjukkan bahawa terdapat 24.6 juta pengguna sosial media yang berdaftar di Malaysia dan 97.3% daripadanya merupakan pengguna Facebook, menjadikan Facebook sebagai platform utama media sosial yang paling digemari dan menjadi pilihan di dalam negara.

Sebagai pengguna media sosial secara tidak langsung anda juga bertindak sebagai influencer media sosial dan RodeoGO akan menjadi mata bagi setiap jenama dengan menggerakkan strategi O2O (Online-to-Offline).

Ganjaran Wang Tunai & Baucar
Aplikasi ini memberi ganjaran kepada pengguna di dalam bentuk wang tunai dan baucar sebagai pertukaran kepada perkongsian di media sosial mereka melalui kempen yang dipilih. Klien boleh membayar mengikut pay per engangement dan akan dinilai melalui analitik real-time dashboard aplikasi RodeoGO. Pemilik jenama akan dijamin pulangan pelaburan sebanyak 30% melalui baucar yang diberikan kepada pengguna.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Sebagai contoh, kempen pertama adalah "Spot & Earn" dimana pengguna perlu mencari Rodeo Car atau apa sahaja kempen di jalan raya atau saluran media, dan apabila dah jumpa, pengguna perlu mengambil gambar kereta tersebut dan kongsikannya di media sosial mereka bersama dengan hashtag yang diberikan.

Setelah gambar tersebut disahkan, pengguna bakal diberikan ganjaran dalam bentuk 'coins'. Pengguna aplikasi ini, perlu mengumpul minimum 1000 coins (1000 coins=RM100) untuk membolehkan mereka mengeluarkan 70% daripada coins tersebut iaitu sebanyak RM70. Baki 30% bagi coins tersebut akan diberikan dalam ganjaran berbentuk baucar RM30.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO


Kak Bell juga telah memuat turun aplikasi RodeoGO untuk ikuti kempen-kempen yang ada. Kempen yang ditawarkan juga mudah dan tak perlu keluarkan modal untuk buat kempen berkenaan. Nanti anda boleh semak Q&A di bahagian Terms & Condition di aplikasi.

Cara Menggunakan RodeoGO

1. Muat turun RodeoGO di Google Store atau Apps Store.
2. Daftar RodeoGO menggunakan akaun Facebook.
3. Pilih kempen yang dikehendaki.
4. Mulakan tugasan seperti yang diarahkan.
5. Muat turun gambar di Facebook dengan caption menarik dan hashtag yang berkenaan.
6. Coins diberikan selepas gambar berjaya disahkan oleh pihak Rodeo.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO
Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO

Tentang RODEO

Rodeo merupakan sebuah syarikat Adtech yang memberikan tumpuan kepada pengiklanan bergerak (Transit Media) dan digitalization. Rodeo menawarkan platform pengiklanan menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, trak, motorsikal dan juga basikal.

Rodeo menghubungkan para pengiklan kepada pelanggan dengan pengiklan yang relevan, interaktif dan berkesan. Selain itu, Rodeo juga memberikan data dan analitik kepada setiap kempen yang membolehkan pengiklan untuk monitor sendiri perkembangan setiap dari kempen mereka.

Kepada yang berminat untuk mencuba aplikasi ini, RodeoGO  terdapat di kedua-dua platform iaitu IOS dan juga Android. Jom tambah pendapatan hanya melalui peranti pintar anda sahaja!

Website: http://www.rodeo.my/
Instagram: www.instagram.com/rodeoGO_my
Facebook: https://www.facebook.com/RodeoG0/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post