Pencarian Puteri Gunung Ledang Bermula Untuk PGL The Musical 2020 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pencarian Puteri Gunung Ledang Bermula Untuk PGL The Musical 2020

Trending

Pencarian Puteri Gunung Ledang Bermula Untuk PGL The Musical 2020

Setelah 15 tahun kejayaan filem sejarah epik Malaysia dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, penggemar teater tanah air bakal disajikan dengan pementasan semula PGL 2020. Filem PGL yang diterbitkan pada tahun 2004 yang menelan belanja RM16.6 juta ini telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (Academy Awards) tahun 2004.


Menjangkau 21 tahun dalam industri pengurusan seni dan filem tanahair, Enfiniti Universe telah menghasilkan pelbagai rancangan TV popular seperti Spanar Jaya, Toll Gate Girl dan persembahan teater seperti P.Ramlee The Musical, The Secret Life Of Nora, MUD KL, Ola Bola The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical.


Ketika sidang media ketika sambutan majlis ulang tahun Enfiniti ke-21 bertempat di MaTiC, Ampang pada Selasa lalu, Puan Sri Tiara Jacquelina mengumumkan pementasan semula teater musikal Puteri Gunung Ledang atau PGL 2020 pada Julai nanti setelah persembahan di Singapore Esplanede Theather pada bulan Jun 2020. Selepas kejayaan Ola Bola Merdeka, ramai peminat teater meminta PGLM dipentaskan semula. Apa yang menarik, PGL 2020 akan menampilkan para pelakon yang baru dengan persembahan pentas yang baru dan lebih segar.


Peyampaian penghargaan buat penaja

Untuk musim baru PGL 2020, Tiara Jacquelina mengumumkan beliau tidak akan berlakon sebagai Puteri, sebaliknya akan bertindak sebagai pengarah dan penerbit. Sehubungan itu, Tiara mengumumkan, pihak produksi sedang mencari seorang pelakon yang akan memegang watak utama sebagai Puteri Gunung Ledang. 


Kriteria yang diperlukan bagi watak Puteri Gunung Ledang ini mestilah seorang yang berbakat yang boleh menari, menyanyi dan boleh menjiwai watak seorang Puteri selain boleh bertutur dalam dialek Jawa dan Indonesia. Ujibakat untuk karakter Puteri Gunung Ledang ini kalangan turut dibuka kepada semua pelakon negara serantau termasuk dari Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Dengan penubuhan Enfiniti Academy of Entertainment & Performing Arts pada tahun 2011 oleh Tiara & Enfiniti, lebih 8000 pelajar teater telah berjaya dihasilkan dalam usaha menyokong perkembangan dunia teater musikal Malaysia yang semakin berkembang. Selain itu juga, Kumpulan Enfiniti turut menceburi bidang pelancongan & kebudayaan dengan menubuhkan 2 buah kampung kebudayaan iaitu Tiarasa Escapes di Janda Baik dan Langkawi. Tempat pelancongan kebudayaan dan pusat peranginan ini disasarkan dibuka pada Tahun Melawat Malaysia 2020.

Diantara tunggak Enfiniti Universe

Sebagai hadiah tambahan untuk peminat PGL dan The Enfiniti Universe, Enfiniti telah mengeluarkan soundtrack Puteri Gunung Ledang The Musical, yang kini boleh dimuat turun di iTunes, Spotify dan Apple Music. Tarikh untuk sesi ujibakat Puteri Gunung Ledang akan diumumkan tidak lama lagi di Instagram dan Facebook @enfinitimy.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post