Peminat Puas Dengan Konsert Tulus Sewindu Tour KL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Peminat Puas Dengan Konsert Tulus Sewindu Tour KL

Trending

Peminat Puas Dengan Konsert Tulus Sewindu Tour KL

Masih terngiang-ngiang lagi kehebatan vokal penyanyi popular Indonesia, Tulus walaupun sudah 5 hari konsert berlalu. Konsert Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2019 lepas mendapat sambutan hangat dari peminat muzik Malaysia, termasuk Indonesia dan juga Brunei. Tahun lalu, Tulus telah mengadakan konsert sulungnya di KL dan ternyata sambutan peminat di sini tidak mengecewakan.


Memilih nama judul konsertnya "Sewindu" yang bermaksud lapan, adalah bersempena dengan tempoh 8 tahun pembabitannya sebagai anak seni. Tulus mengatakan bahawa sambutan peminat di Malaysia amat luar biasa dan berseloroh adalah menjadi satu kesalahan yang diibaratkan dosa besar sekiranya siri jelajah itu tidak dimulakan di negara ini.


Konsert tersebut yang turut dihadiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selain artis lain seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Datuk Fazley Yaakob, Sherry Al Hadad, Nabila Huda dan Atilia. Tulus menyatakan dia berdebar membuat persembahan di hadapan Siti dan menganggap Datuk CTDK seperti juri yang sedang menilai nyanyiannya dalam persembahan konsertnya.


Tulus membawakan 24 buah lagu sepanjang 2 jam konsert dari pilihan lagu-lagu dari 3 albumnya. Lagu popular yang dinyanyikan Tulus antaranya Gajah, Ruang Sendiri, Adu Rayu, Monokrom, Langit Abu-Abu, Tuan Nona Kesepian, Teman Hidup, Labirin, Pamit, Manusia Kuat dan 2 buah lagu terbarunya iaitu Sewindu dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya.

Lebih menarik, Tulus juga turut menyampaikan rangkaian lagu tradisional Minang secara medley yang biasa kita dengar di Negeri Sembilan. Memang memukau habis dan peminat juga turut berdiri menyanyikan lagu-lagu seterusnya. Selain itu juga, Tulus menyanyikan lagu cover akustik Cinta Jangan Kau Pergi nyanyian penyanyi lagenda Shiela Majid dan Bila Larut Malam dendangan Saloma. Versi lagu Cinta Jangan Kau Pergi nyanyian Tulus memang bikin merinding dan diakui sangat menusuk.

Gambar sekitar Konsert Tulus Sewindu Tour KL






Tulus menceritakan saat awal pembabitannya, banyak syarikat rakaman tidak mempercayai dan menolak lagu-lagu beliau. Walaubagaimanapun, Ari Renaldi selaku penerbit album Tulus merupakan orang pertama yang mempercayai bakat dan muzik beliau dan terus bersama sehingga kini dalam penerbitan karya-karya muzik Tulus.


Jujur dikatakan bahawa hanya peminat yang betul-betul menghayati lagu Tulus memang terhibur dan terpesona dengan persembahan Tulus di konsert tempohari. Persembahan nyanyian 'live' beliau memang asyik dengan lirik-lirik lagu yang memberikan inspirasi. Tidak terasa 2 jam persembahan beliau. Bila menonton semula rakaman nyanyiannya, masih meremang seperti masa konsert. Tahniah buat Tulus dan juga Shiraz Project yang membawakan konsert Tulus ke Malaysia!

Tak sempat ke konsert Tulus? Jom tonton video semasa konsert kat sini > http://www.youtube.com/c/BellaJamal . Jangan lupa subscribe ye guys!

Senarai Lagu
1) Baru
2) Jatuh Cinta
3) Gajah
4) Ruang Sendiri
5) Tukar Jiwa
6) Cahaya
8) Teman Pesta-Kisah Sebentar
9) Labirin
10) Adu Rayu
11) Monokrom
12) Medley Lagu Minang
13) Langit Abu-Abu
14) Tergila-Gila
15) Tuan Nona Kesepian
16) Sepatu
17) Larut Malam - Cinta Jangan Kau Pergi
18) Tanggal Merah
19) Teman Hidup
20) Jangan Cintai Aku Apa Adanya
21) Lagu Untuk Matahari
22) Sewindu
23) Pamit
24) Manusia Kuat

Kredit photo: Shiraz Project Sdn. Bhd.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post