KITKAT Perkenalkan Perisa Karamel Popcorn Edisi Terhad - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KITKAT Perkenalkan Perisa Karamel Popcorn Edisi Terhad

Trending

KITKAT Perkenalkan Perisa Karamel Popcorn Edisi Terhad

Kepada semua penggemar coklat KITKAT, bersempena dengan Hari Coklat Sedunia yang disambut secara global setiap 7 Julai, KITKAT telah memperkenalkan perisa terbaru edisi terhadnya iaitu KITKAT Popcorn. Kalau dalam banyak-banyak jenis coklat, memang jenama KITKAT paling Kak Bell gemari.


Sebelum ini, KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi dan kesemua inovasi mereka tidak mengecewakan. Kali ini, KITKAT menghasilkan satu lagi perisa luar biasa iaitu KITKAT Karamel Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin.


KITKAT Popcorn mempunyai gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susunya, disaluti dengan empingan karamel masin, serta coklat wafer rangup  dengan rasa karamel popcorn yang pasti buat korang terpukau!


Edisi terbaru KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk pek kecil (2 jejari) atau pek besar yang mengandungi 5 unit pek 2 jejari yang dijual pada harga RM1.50 dan RM6.50 sahaja. Anda boleh dapatkan KitKat ini di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia dan ianya hanya boleh didapati dalam tempoh terhad iaitu sehingga bulan Ogos ini sahaja. Apa lagi jom Berehat Sebentar, Bersama-Sama KITKAT Popcorn sebelum kehabisan stok! 


Untuk maklumat lanjut mengenai KITKAT, boleh layari laman berikut:


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post