Escape Plan: The Extractors (2019) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Escape Plan: The Extractors (2019)

Trending

Escape Plan: The Extractors (2019)

Hi Korang! Tadi Kak Bell dah menonton filem filem ketiga Escape Plan yang berjudul Extractors bersama dengan 6 pemenang tiket movie contest di GSC Mid Valley. Filem pertama Escape Plan (2013), Sylvester Stallone berganding bersama dengan Arnold Schwarzenegger dan tahun lepas Stallone kembali bersama Bautista sekuel kedua berjudul Escape Plan 2: Hades (2018). Escape Plan: The Extractors, filem arahan John Herzfeld ini akan menemui penonton di Malaysia mulai 11 Julai 2019.


Untuk sekuel sebelum ini, Kak Bell dah lupa jalan ceritanya dan tak pasti best atau tidak. Yang pasti untuk sekuel kedua Escape Plan 2: Hades dapat kritikan dan kurang memberangsangkan. Stallone sendiri melalui akaun Instagramnya mengatakan Escape Plan 2 merupakan filem terburuk sepanjang kerjayanya. Filem ke-3 yang dibuat dalam masa 17 hari tanpa rehat, aksi lawan spontan tanpa sebarang koreografi. Agak-agak best atau tidak sekuel ke-3 Escape Plan ni? Terus baca kay.


Pengarah: John Herzfeld
Penulis: Miles Chapman, John Herzfeld
Pelakon: Sylvester Stallone (Ray Breslin), Dave Bautista (Trent DeRosa), 50 Cent (Hush), Jin Zhang (Shen), Harry Shum Jr. (Bao), Devon Sawa (Lester Clark Jr.), Jaime King (Abigail Ross), Lydia Hull (Jules), Melise (Daya Zhang), Russell Wong (Wu Zhang)
Rating: PG-18
Genre: Action, Adventure
Running Time: 97 Minit
Release date: 11 Julai 2019
Production: Lionsgate, MoviePass Films, Mandate Pictures, LLC

Filem Escape Plan: The Extractors ini mengisahkan tentang aksi Sylvester Stallone (Ray Breslin) menyelamatkan kekasihnya dan Daya Zhang (Melise), anak kepada Wu Zhang (Russell Wong) seorang usahawan besar China yang telah diculik oleh Lester Clark Junior (Devon Sawa). Wu Zhang ni, pemilik syarikat yang membina penjara-penjara kompleks yang menjadi fokus utama dalam filem-filem Escape Plan.


Pada awalnya, Ray Breslin telah didatangi Shen (Jin Zhang) untuk meyelamatkan Daya. Tanpa disangka, semasa merancang untuk misi menyelamat, kumpulan penjahat telah berjaya menyelinap masuk pejabat Ray Breslin dan menculik kekasihnya Abigail Ross (Jaime King) sebelum beliau dapat bersiap untuk misi menyelamatkan Daya.


Mereka telah ditawan dan di kurung di penjara yang dikenali sebagai Devils Station, sebuah penjara dasyat yang tak ada seorang pun yang pernah berjaya melarikan diri dari situ. Dalam filem kali ini Ray Breslin dan Trent (Dave Bautista) kembali bekerjasama sekali lagi untuk menyelamatkan kedua-dua wanita tadi.

Penjara Devils Station


Disebabkan kak Bell dah lupa sekuel sebelum ni, cuma ingat scene Breslin memenjarakan ayah Lester dalam kontainer yang berada di atas kapal, tak banyak yang Kak Bell boleh katakan untuk filem ini. Dari awal filem bergerak perlahan dengan scene pekan yang hampir mati dengan agak lama. Memang terasa sedikit bosan hingga nak menunggu aksi bermula. Nasib baiklah sis taste tengok Bao dalam filem ni. Hahaha.


Jalan cerita filem ini mudah tetapi aksi dalam filem ini lebih baik berbanding filem-filem sebelumnya. Aksi berlawan dengan musuh memang best dan mengejutkan. Berlawan dengan pisau, secara tangan kosong dan senjata api peluru naga yang paling Kak Bell suka. Kehadiran pelakon China Jin Zhang (Ip Man 3), semestinya ada skill kungfu dalam babak berlawan. Filem ni agak biasa dan mungkin korang akan agak kecewa jika korang menjangkakan full action dalam filem ini. Bagi Kak Bell, kekuatan filem cuma pada Sylvester Stallone dan Dave Bautista sahaja. Walaubagaimanapun, filem ni masih enjoy untuk ditonton. Kak Bell bagi 5/10 bintang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post