Review BoBoiBoy The Movie 2, Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review BoBoiBoy The Movie 2, Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini

Trending

Review BoBoiBoy The Movie 2, Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini

Review BoBoiBoy The Movie 2, Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini | Hi Korang! Kak Bell sudah menonton tayangan perdana filem animasi yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) di MBO Starling Mall, Damansara Utama. Terima kasih buat pihak AstroShaw dan Animonsta di atas jemputan ke Malam Gala BoBoiBoy Movie 2 semalam.


BBBM2 akan memulakan tayangannya bermula pada 8.8.19 di Malaysia, termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam. Sehingga kini, jumlah tontonan trailer BoBoiBoy The Movie 2 telah mencapai 4 juta tontonan di Youtube manakala Teaser Trailer BoBoiBoy Movie 2 pula sudah mencecah 10 juta tontonan. Rata-rata telah memberikan komen yang positif dah tidak sabar menantikan filem animasi yang menggabungkan elemen Adiwira, Pengembaraan, dan Komedi ini.


Kos produksi bagi filem yang mencecah RM7 juta ini bakal ditayangkan di lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 buah pawagam di Singapura, diikuti 4 buah pawagam di Brunei. Manakala di Indonesia pula sebanyak 150 pawagam dan di Vietnam sebanyak 120 pawagam. Bukan itu sahaja, pihak produksi juga telah menerima permintaan dari Thailand dan Filipina untuk tayangan dan Monsta juga mensasarkan tayangan di Korea Selatan, India, dan China dalam masa yang terdekat.


Filem: BoBoiBoy Movie 2
Penerbit: Nizam Abdul Razak, Kee Yong Pin
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Genre: Animasi, Pengembaraan, Komedi
Pelakon: Nur Fathiah Diaz (BoBoiBoy), Nur Sarah Alisya (Yaya), Yap Ee Jean (Ying), Dzubir Mohammed Zakaria (Gopal), Wong Wai Kay (Fang), Anas Abdul Aziz (Koko Ci, Adu Du), Nizam Razak (Papa Zola), Fadzli Mohd Rawi (Retak'ka)
Studio: Animonsta Studios, Astro Shaw (Malaysia), CBI Pictures (Indonesia), UTV Motion Pictures (India)
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Pengedar: Astro Shaw
Masa tayangan: 110 minit

Sinopsis BoBoiBoy The Movie 2

Sinopsis BoBoiBoy The Movie 2 | BoBoiBoy The Movie 2 merupakan filem kedua selepas Boboiboy Galaxy yang masih berkaitan dengan power sphera/bola sphera kuasa. Filem ini mengisahkan tentang BoBoiBoy dan rakan-rakan yang diserang oleh watak musuh baru BoBoiBoy, seorang ancient villain iaitu Retak’ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Villain named Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental dari BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan rakan-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.  Runut lagu bagi BBBM2 berjudul 'Fire & Water' yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor tanah air, Faizal Tahir, sarat dengan mesej positif yang menekankan semangat percaya pada diri dan tidak mudah berputus asa. 



Review BoBoiBoy The Movie 2

Review BoBoiBoy The Movie 2 | Ok. Sebenarnya sebelum ini Kak Bell memang tidak menonton siri BoBoiBoy dan juga belum pernah menonton filem animasi pertamanya Boboiboy Galaxy. Jadi pendapat Kak Bell bagi filem ini keseluruhannya memang 'fresh' disebabkan tiada perbandingan dari filem sebelumnya. Boleh dikatakan filem animasi BBBM2 ini mempunyai kualitinya yang tersendiri dalam produksi animasi di Malaysia, malah setanding dengan filem animasi antarabangsa. Kak Bell memang sangat puas menonton dari saat awal filem sehinggalah ke akhir filem. Yes! Memang tak boring langsung buat Kak Bell yang pertama kali menonton. Penonton yang bertepuk tangan juga menunjukkan filem ini sangat berjaya.



Mesej utama yang diterapkan dalam BoBoiBoy Movie 2 memang jelas seperti elemen jangan mudah berputus asa dan sifat kerjasama digarap mudah untuk pemahaman dan tontonan kanak-kanak di samping jalan cerita dan watak-watak yang menarik. Pelbagai watak, dialog-dialog popular masyarakat kita membuatkan filem ini sangat menghiburkan di samping elemen-elemen komedi di dalam BBBM2. Pujian patut diberikan kepada team produksi yang berjaya menyiapkan filem ini dalam tempoh 12 bulan sahaja, lebih awal dari perancangan asal. Dari segi kualiti animasi filem ini, bagi Kak Bell memang boleh dibanggakan! Memang Kak Bell puas hati menonton adegan aksi berlawan dalam BBBM2.



Filem ini memang sesuai ditonton untuk segenap umur dari yang kecil mahupun yang dewasa dan berbaloi untuk tontonan seisi keluarga. Peminat di Malaysia juga boleh membeli tiket awal promosi di beberapa pawagam terpilih sejak 18 Julai lalu dan di semua pawagam bermula 26 Julai. Saksikan filem animasi yang menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 8 Ogos 2019.


TRIVIA
  • BoBoiBoy is a Malaysian animated television series and franchise produced by Animonsta Studios.
  • BoBoiBoy has a tendency to get annoyed by people or things but is good-natured at heart.
  • BoBoiBoy is the most powerful person/character with 7 Elemental power, which leads to his main flaw of arrogance, overestimating himself, and sometimes underestimating the capabilities of his teammates.
  • BoBoiBoy friends named Yaya, Ying, Gopal, and Fang, form a team and fight to protect the Earth from alien threats who aim to conquer the Earth. Together with his friends, BoBoiBoy travels across the galaxy to protect it.
  • Retak'ka "killed" Hang Kasa and takes his Crystal Element, summoning Retak'ka Crystal. On the other hand, BoBoiBoy fuses into FrostFire and easily overpower him. With the help of Ochobot, BoBoiBoy successfully takes his elements back and defeat Retak'ka using Super Supra Blast.

BoBoiBoy The Movie 2 Trailer



Filem BoBoiBoy The Movie 2 ni memang ada banyak kejutan dan Kak Bell menahan diri daripada bagi spoiler kat korang! Untuk mengetahui keseluruhan kisahnya dan memang berbaloi untuk korang tonton sendiri. Jom saksikan kehebatan elemental powers, 7 kuasa elemental BoBoiBoy mengalahkan musuh. Kak Bell bagi 9/10 bintang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post