Penang Trip - Day 2 (Part 4)

31/12/2018 (Part 4)
Hi Korang. Sebelum ke tingkat 4, kitaorang pergi ke Jurassic Research Center dahulu sebenarnya yang juga berada di Tingkat 5. Btw, Kak Bell akan cerita tentang Jurassic Research Center pada akhir entri ni. Di Tingkat 4 dalam entertainment tower ni ada Jelly Bump dan TOP Boutique Aquarium.


Untuk Jelly Bump tu Kak Bell tak join sebab sakit belakang. Actually sepanjang trip ke Penang ni, Kak Bell sakit belakang dan tak larat nak berjalan dan berdiri lama pun sebenarnya. Dah hampir 2 bulan sakit sampaikan tengah duduk pun dia sakit. Dah X-Ray tapi takde lah slip disc ke apa. Harap-harap urat terseliuh atau muscle pain  ajelah. Then disebabkan tu, Kak Bell tak adalah enjoy dengan gadis-gadis main Jelly Bump. Duduk kat tangga je bersama geng-geng makcik Salmah tengok dari jauh. Kak Bell cuma rakam video keriangan gadis-gadis ni. Nampak seronok je gadis-gadis bertiga tu bawak kereta. Manalah tahu terlanggar jodoh pulak kan. 
Okay, TOP Boutique Aquarium yang terletak di tingkat 4, The TOP Komtar ni berkeluasan 30,000 kaki persegi berdekatan dengan tangga utama pintu masuk The TOP Penang. Kat dalam ni ada lebih 100 buah akuarium dengan lebih 150 jenis spesis ikan laut dan ikan air tawar macam di Akuaria KLCC.


Ada beberapa bahagian pameran ikan di dalam ni. Untuk bahagian pertama, akuariumnya mengambil konsep era zaman dahulu dengan menggunakan barangan antik seperti mesin jahit lama, pinggan mangkuk antik, dapur arang dan sebagainya sebagai hiasan dalam akuarium. Hiasan akuarium tu memang nampak kelainan macam pemandangan kawasan perumahan sebab diselang seli dengan akuarium berjeriji seperti tingkap. Untuk bahagian ni korang boleh tengok pelbagai jenis ikan tropika yang cantik. Bolehlah korang tengok antara pameran akuarium yang ada. Nama pun Kak Bell tak catat sebab bukannya Kak Bell nak buat ensiklopedia kan!





Seterusnya, korang akan pergi ke bahagian Neon Fish seperti Tetra dan bahagian paya bakau. Di bahagian Ikan Neon tu, ruangan gelap tapi diterangi dengan warna ikan-ikan neon yang bercahaya tadi. Then lepas masuk ke kawasan mangrove, terdapat dua tempat di mana korang boleh merangkak di bawah tangki dan muncul di hemisfera kaca yang dikelilingi oleh ikan. Boleh masuk dalam tu dan ambil gambar macam korang dalam air lah kiranya.


Diantara tarikan paling menarik, ada dipamerkan ikan air tawar terbesar di dunia iaitu ikan Amazon Arapaima dan Tarantula White Knee. Satu lagi yang Kak Bel masih ingat, Frog Fish. Memang rupa bentuknya tak nampak macam ikan ye. Macam batu karang dan kulitnya memang macam katak rupa bentuknya. Gambar Kak Bell tak post sebab tak clear.



Di bahagian Amazon pula, ada tangki ikan terbuka yang menempatkan ikan Koi Carp Fish (Cyprinus carpio) dan pelawat boleh memberi makanan ikan kat sini. Kalau dah ikan kap, memang meriah la dalam tangki tu dorang berenang kan. So, menarik jugalah TOP Boutique Aquarium ni untuk korang tengok pelbagai dan preserve jenis spesis ikan dan juga habitat paya bakau.
Sesi sebelumya, terlebih dahulu kitaorang ke Jurassic Research Center. Di Jurassic Research Centre, terdapat pelbagai jenis replika dinasour di dalamnya dan dinosour ni bergerak! Kat sini, korang boleh dapatkan sedikit sebanyak informasi tentang dinosour bermula dari tapak penemuan fosil dan penetasan telur dinosour.




Di bahagian luar makmal korang boleh tengok replika dinasour yang ‘dihidupkan’ kembali. Ada T-Rex, Brachiosaurus dan juga Triceretops. Bila dilihat dari atas melalui KOMTAR memang nampak menarik and looks real macam si Brachiosaurus tengah meragut pokok siap sekali bunyi yer. Kanak-kanak pasti sukalah datang sini. Yang menjerit takut pun ada ye.





Agaknya macam nilah keadaannya kalau ada dino kat dalam town. Jumpa yang jenis herbivor oklah jugak. Cuba T-Rex tu, maunya jadi santapan sekali telan!


Lepas dah habis pusing semua, barulah kitaorang singgah makan di Marry Brown. Penat jugalah  Kak Bell berjalan sebab sakit belakang kan. Itu pun pakai kasut flat je. Tamatlah episod hari kedua di KOMTAR. Bergegas balik rumah, sambung makan burger then tidur sekejap sebab malam nak berjalan ke Paragon Mall untuk New Year. Malam tu sebab malas nak travel jauh untuk makan malam, kitaorang just makan di Restoren Bali Hai berdekatan sahaja dengan Paragon Mall. Menapak sikitlah sebab jalan sesak memasing nak celebrate tahun baru. Boleh tahan jugaklah harga makanan seafood kat sini, dekat RM150 tak silap. Tapi saiz hidangan banyak walaupun order saiz kecil. Model-model semua pun perut saiz kecik je. Walauponnn! Kak Bell yang makan paling banyak kot. Hehehe.


Sambutan tahun baru di Paragon Mall tidaklah semeriah yang disangka sebabnya tak ada fireworks! Kebetulan kawan yang sedang bercuti balik kampung untuk New Year hantar video bunga api di KOMTAR. Lepas counting untuk New Year terus balik apartment je uols. Membongkang memasing.


Thanks dear Vanessa Min sudi bagi video ni pada Kak Bell. Barulah terasa meriah sikit New Year kann. Habis sudah perjalanan untuk hari ke-2 di Penang. esok dah nak check-out dan balik semula ke KL.


Malam tu memang tidur nyenyak memasing sebab kepenatan. Esoknya last day explore Bukit Bendara sebelum balik. Sambung esok last episod. Nak kena habiskan cepat entri travel ni sebab banyak post lain dah menanti. Ahaks! > Penang Trip - Day 3

CONVERSATION

4 comments:

  1. How about Marry Brown? Did you mention about it??? Hahahah. Lapaqqq ya time tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just mentioned we ate there. Nak bagitau takde air pili ke? Hahaha. i add on you beli 2 pek fries! Hahaha

      Delete
  2. Tapi remember the promoter/waitress at Komtar when we had our coconut drink at the Top tuh? Dia ada ajak datang celebrate new year di Komtar kan? But ada charges. How much she said? RM170 right? Anyway, to kak bell readers, i think celebrate new year di Penang actually not bad. But u guys should celebrate at komtar. Or maybe kat area Hard Rock cafe batu feringgi.

    ReplyDelete

Back
to top