Siti Nurhaliza Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall

Buat peminat Dato Sri Siti Nurhaliza pastinya merindui kemunculan beliau aktif semula di pentas konsert. Setelah 14 tahun, penyanyi tersohor negara ini akan kembali beraksi di beberapa buah negara termasuk kota London sempena dengan konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour pada tahun hadapan.


Sepanjang 20 tahun karier beliau dalam bidang seni suara, konsert ini bakal menjadi konsert jelajah terbesar dan termahal pernah dianjurkan. Berita gembira ini diumumkan penganjur konsert, Shiraz Project Sdn Bhd pada sidang media, hari ini. Dato Sri Siti Nurhaliza menyatakan bahawa adalah menjadi sesuatu yang penting buat dirinya untuk membina legasi karier yang tak mungkin dilupakan dan juga buat industri muzik Malaysia. Konsert berjudul "Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour" ini akan membawa khalayak bernostalgia dengan satu demi satu lagu hits yang pernah dihasilkan beliau.


Memilih lokasi Royal Albert Hall, London adalah di antara empat lokasi persembahan konsert Siti selain lokasi pertama konsert bermula di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari 2019 dan lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019. Manakala peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert ini di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 dengan kapasiti 10,000 penonton. Konsert jelajah yang dianjurkan Shiraz Project Sdn Bhd ini merupakan konsert jelajah berterusan selama 2 tahun. 


Untuk rekod, Siti sudah pun melaksanakan lebih 50 buah konsert solo dan telah menghasilkan 25 buah album sepanjang lebih 20 tahun dalam industri. Masih teringat lagi kejayaan konsert konsert Siti Nurhaliza Live In Royal Albert Hall pada 1 April 2005 dan sudah pasti konsert jelajah kali ini akan lebih hebat dan amat dinantikan.

Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour
Konsert selama 2 jam hingga 2 jam 30 minit ini nanti akan menampilkan 4 segmen iaitu Etnik/Tradisonal, Balada, Carta Unggul dan segmen Unplugged dengan menampilkan lebih dari 24 buah lagu popular beliau. Semua muzik akan dihasilkan dan digubah semula oleh pengarah muzik, Aubrey Suwito bersama band All-Star. Paling menarik, pemuzik yang bakal mengiringi jelajah muzik ini terdiri daripada pemuzik terkenal New York selain pemuzik tempatan yang telah pun bersama Siti sejak mula perjalanan kariernya. Untuk persediaan konsert ini, Siti akan dibantu oleh vocal coach, Steffani Fisher dari US yang pernah menjadi voice coach untuk Alicia Keys.

Dato Sri Siti Nurhaliza, Shirazdeen Karim, Executive Producer Shiraz Projects Sdn. Bhd.


Konsert ini juga akan mengundang penyanyi Indonesia, Tulus menjadi artis jemputan yang bakal membawakan lagu-lagu hit Siti dan berkemungkinan penonton juga bakal menyaksikan persembahan lagu duet bersama Siti sebelum lagu itu dilancarkan. Siti juga berhasrat untuk membawakan lagu berentak jazz dan R&B yang belum pernah dihasilkan olehnya. Sebagai buah tangan buat peminat Dato Sri Siti Nurhaliza, sebuah filem dokumentari mengisahkan perjalanan belakang tabir sepanjang konsert jelajah ini berlangsung bertajuk They Call Me Siti bakal dilancarkan di layar lebar pada penghujung 2019.

Konsert jelajah termahal ini mencecah kos RM10 juta dan pihak penganjur, Shiraz Projects Sdn. Bhd. terbuka untuk menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk konsert yang bakal dilangsungkan di London pada 22 April 2019 kelak.


Kepada peminat setia Siti Nurhaliza yang ingin menonton konsert penyanyi kesayangan Malaysia ini boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (Meet & Greet) menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember ini. Untuk tiket Meet & Greet sehari selepas konsert, pakej termasuk tiket konsert, t-shirt percuma, CD dan minuman di sesi Meet & Greet. Jangan ketinggalan merebut peluang mendekati Siti di sesi ini nanti. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut.

http://www.mytickets.asia/
http://www.shirazproject.com/
Hotline: 0386050196, 0123695457
#SitiNurhalizaOnTour

Khas buat peminat Dato Sri Siti Nurhaliza dan pembaca blog Kak Bell. xoxox


CONVERSATION

39 comments:

  1. alamak.. kompius la mana satu Siti Nurhaliza.. hee~ amboi bell, sebelah menyebelah tu amik aura kah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..saje kan Atie ni. sah2 kita jauh beza mcm angkasa. Hehe

      Delete
  2. Harap² ada orang sudi sponsor ticket utk I. Hahaha

    Great job aia

    ReplyDelete
  3. Siti Nurhaliza memang legend all the while.. great to come back in action at Royal Albert Hall.. must be an amazing show!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed, she is. Tak pernah tak best showmanship Siti

      Delete
  4. love her alot, been listen her music since young. I went practical last time in a hotel and there were a staff told me I looked like her. Good sharing about her back on tour, can let my friends know of this too.

    ReplyDelete
  5. Welcome back, Siti. I really miss her sweet voice and her beautiful look that always captures everyone heart.

    ReplyDelete
  6. Saya suka lagu lagu yang di nyanyikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza. Suarax amat best dan sy punya beberapa album koleksinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato Siti memang best. Susah nak jumpa artis bagus begini kan

      Delete
  7. wow so nice you get to meet and take photo with her! good to see that she's doing concert again!

    ReplyDelete
  8. best la kak bell siap sedondon dengan siti huarghh bestnya kalau dapat pergi.minat siti dari dulu lagi humble je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. dlm memikir nak pakai baju apa, alih2 sedondon pula. Amek aura sket. Hehe

      Delete
  9. Amboi sis bella, bergambar dengan dato siti! Jeles kita. Heheh Rasanya semua peminat datok siti ternanti² akan konsert beliau. Siapa yg taknak pergi kan? Kalau boleh, semua konsert dia kita nk pergi. Dah nama pon peminat. Dato siti pon bukan calang² singer kan. International dah. Proud of her.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganla jeles awak. Hehehe. Kita tak pernah mimpi dapat jumpa Dato Siti yer.

      Delete
  10. Wowww beruntungnya dapat jumpa artis..tak lama lagi boleh dah jadi retis ni..:D. Baguslah Siti nak buat konsert tsemula di Royal Albert..ersure ramai peminat disana tertunggu tunggu kemunculan siti disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdenyelah kita nak jadi retis. Tak de bakat langsung. Hehehe

      Delete
  11. Wow, sekali lagi DCT bua konsert kat sana. Dan lagi sekali tak dapat ke sana hahaha..yang kat Axiata pun belum tentu sebab pergi..tap iskang ni pun, DCT dah memang tinggalkan legasi yang takkan dilupakan langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kira paling berjaya dah di Malaysia ni.

      Delete
  12. Ala ala kita memang minat Fato Sri Siti Nurhaliza dari awal kemunculan dia sampai sekrang tau. Tapi tak pernah berkesempatan nak jumpa beliau dan bergambar sama. Konsert pun tak berkesempatan nak join .Tapi dapat rasa yang konsert beliau akan meletop sebab beliau kan bintang tersohor. Tak pernah tka best kalau buat persembahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni dia akan buat kelainan lagi dlam persembahan. Nak standard international. Team utk konsert ni pun bukan calang2. Semuanya terkenal.

      Delete
  13. Ruby suka gila dekat DSCT ni dr memula dia masuk dalam industri dengan lagu mawarku. Suara dia mcm lain dr yang lain masa kat radio dulu. Pastu dia buat album. Album dia bukan macam zaman sekarang keluar single aje. DSCT bagi 10 terus. Pastu lagu Irama Malaysia pula. Pandai dia ambil hati kita rakyat Malaysia. Budaya seni Melayu mesti ada dalam diri kita. Dengar suara dia aje dah bleh kita hafal sekali lagu. Hahaha. InsyaAllah next year konsert akan dtg ke konsert. Setiap kali konsert, mesti DSCT lakukan yang terbaik. Tak rugi tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jumpa nanti kat sana. Kalau irama Malaysia, nyanyian dia paling best. Tiada galang ganti kan

      Delete
  14. Jelesnya tengok dia dh jumpa kak siti nurhaliza.. Siap amik gmbr sebeleh menyebelah. .Untung sangat kak bell tau. .Siapa yangvtaknak tgk dato ct ni. .Mesti konsert dia meriah ni. .Suara dia sedap sangat

    ReplyDelete
  15. Welcome back dto Ct ! Dia ni antara artis yg tak pernah tenggelam dan sentiasa memeriahkan persada seni tanahair.

    ReplyDelete
  16. Rasanya mmg sudah sampai masanya untuk situ kembali beraksi memandangkan ramai peminat menunggu kemunculannya kembali

    ReplyDelete
  17. Rasanya sudah tibalahsitu nurhaliza untuk kembali dengan konsert. Rasanya ramai peminat beliau menantikan perkhabaran ni

    ReplyDelete
  18. I really love her singing, she used to live at the same condo when I was a really young kid, I remember seeing her and she's always so nice to everyone, all the best Dato Siti for your concert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True..she is very kind. Tak ada kontroversi pun. Artis contoh.

      Delete
  19. Bestnya kalau dapat tengok persembahan Tok Ti kat Royal Albert tapi apa kan daya kita tengok yg kat Malaysia sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah dapat tgk kat Malaysia. Jom jumpa nanti di konsert DSCT!

      Delete
  20. Wah Dato Siti buat comeback lah. Sekarang konsert buat balik dekat London. Singapore pun ada. Dekat Malaysia pun taknak lepaskan peluang nak saksikan suara merdu Dato Siti.

    ReplyDelete
  21. wah seronoknua tengok dtck bt comeback..ciktom dgn suami memang peminat dato ct..makin cantik n gojes dia lepas bersalin..

    ReplyDelete

Back
to top