MMSOS Aplikasi Bantuan Pelbagai Kecemasan Dalam Melindungi Dan Membantu Masyarakat

Jenayah dan kegiatan berkaitan yang semakin berleluasa telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia. Kadangkala ketika kita menghadapi kecemasan dan keseorangan, juga boleh mengundang kejadian yang tidak diingini tanpa disangka. Kejadian sebegini pasti mengakibatkan trauma dan juga boleh mengancam nyawa individu terlibat. Selalunya, bila terjadi kecemasan, pada saat itulah kita tercari-cari bantuan dan kadangkala buntu. Dalam keadaan panik, tindakan bertenang adalah suatu perkara yang mustahak selain langkah persediaan lain semasa kita dalam kecemasan.


Kini terdapat satu aplikasi bantuan kecemasan telah diperkenalkan untuk melindungi, membantu rakyat dan membasmi jenayah yang semakin membimbangkan ini. Dengan adanya aplikasi 1 Stop SOS Assist ini, anda boleh mendapatkan bantuan kecemasan dengan kadar segera dan mudah.

MMSOS Satu Aplikasi Bantuan Kecemasan Yang Pertama Di Malaysia
Aplikasi ini merupakan yang pertama dan seumpamanya di Malaysia diperkenalkan oleh pihak MM Synergy Sdn. Bhd. Pihak MMSOS telah mendapat kerjasama dan bantuan dari pihak ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, motor assist dan kaunseling bagi membantu kes kecemasan seperti  kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.


MMSOS Panic Button
MMSOS “Panic Button” merupakan satu aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness” yang mudah diakses pengguna. Dengan hanya menekan “Panic Button”, para pengguna yang berdepan dengan kecemasan akan diberikan bantuan pantas dari pihak SOS Response.


MMSOS beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, pengguna hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna juga boleh memantau status anda melalui aplikasi ini.



Bagi anda yang bekerja shift dan balik pada lewat malam, kadangkala boleh menerima ancaman dari segi keselamatan. Untuk TIPS anda mungkin boleh pakai pakaian yang berwarna terang dan menggunakan laluan yang selamat semasa balik kerja. Jika ada situasi panik dan cemas, mesti ambil langkah berjaga-jaga. Yang penting jangan panik!


Anda juga boleh melaporkan gangguan jenayah mahupun gangguan seksual. Gangguan seksual ialah sebarang tingkah laku bersifat seksual yang tidak diingini, merangkumi ganguan secara lisan, visual, psikologi atau fizikal. Wanita/ lelaki diganggu secara seksual di jalan, dalam pengangkutan awam dan terutamanya di tempat kerja mahupun dirumah. Dikategorikan sebagai gangguan seksual jika mangsa merasa tidak selesa atau terancam.


Mangsa boleh dapatkan bantuan MMSOS 365 Care Support dengan menekan MMSOS Panic Button. Bantuan 24/7, nyatakan jenis bantuan/kecemasan dan tunggu bantuan tiba seawal 3 minit. Bagaimana nak dapatkan bantuan, anda boleh ikuti langkah berikut:


Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :
• Percuma Personal Accident Insurance (value worth 50,000).
• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
• Diskaun 70% untuk Car Tinted.
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package untuk 2 orang, 3D2N + Dining)
• Special rate untuk memperbaharui insuran kereta.
• Special rate untuk penyelenggaraan kereta.
• Perkhidmatan Ambulance.
• Percuma towing.

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri. Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Maklumat lanjut sila layari http://mmsos.my/


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top