Pelancaran Kempen ‘Posh & Glam’ Di Sunway Velocity Mall - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pelancaran Kempen ‘Posh & Glam’ Di Sunway Velocity Mall

Trending

Pelancaran Kempen ‘Posh & Glam’ Di Sunway Velocity Mall

Pusat membeli belah Sunway Velocity Mall melancarkan kempen ‘Posh & Glam’ sebagai tema bagi kempen fesyen dan kecantikan mereka sepanjang bulan Julai ini. Sejak penubuhannya, Sunway Velocity Mall telah meningkatkan jumlah outlet fesyen dan jenama kecantikannya kepada lebih 150 cawangan, untuk muncul sebagai hab fesyen dan kecantikan yang akan datang di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jenama antarabangsa seperti Burton Menswear, Laneige, Miss Selfridge, H&M, Lacoste, Charles & Keith, Pedro, Sacoor Brothers, M.A.C, Victoria Secret, Innisfree, Aldo, Superdry, SPAO dan banyak lagi telah berada di Sunway Velocity Mall. Selain itu, Marks & Spencer's Boutique Concept Store dan outlet utama untuk HLA Jeans di Malaysia juga dijadualkan dibuka pada pertengahan bulan Ogos nanti.



Pelancaran rasmi kempen Posh & Glam ini telah diadakan pada 19 Julai 2018 lepas di Vanity Atrium dan dihadiri oleh blogger kecantikan dan influencer media sosial terkenal seperti Tasnim Shah, Chanwon, Ezlisa Loy, Syada Amzah, Tziaaa, Karen Kho dan juga pihak media. Kak Bell juga berbesar hari kerana turut berpeluang memeriahkan majlis tersebut. Kempen yang telah berlangsung bermula dari 29 Jun hingga 29 Julai 2018 ini, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan kepada para pengunjung pusat membeli belah Sunway Velocity Mall.

(Dari Kiri) Encik Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls; Mr HC Chan, CEO of Sunway Malls and Theme Parks & Mr KS Wong, Senior General Manager of Sunway Velocity Mall

Selesai majlis perasmian, satu pertunjukan fesyen turut diadakan dengan menampilkan 10 orang model memperagakan koleksi dari beberapa jenama antarabangsa seperti Lancaster, Superdry, ELLE, Marks & Spencer, Miss Selfridge dan Burton Menswear. Jenama yang sudah dikenali ramai ini membawakan koleksi pakaian terbaru mereka yang bakal menjadi 'trendsetter' atau pemula trend bagi fanatik fesyen di Malaysia.




Sebelum acara bermula, para tetamu juga telah berpeluang untuk memanjakan diri dan mencuba produk kecantikan dari SASA, Etude House dan Une Olive. Kak Bell juga turut berkesempatan mendapatkan khidmat perunding kecantikan dari SASA dan juga Etude House untuk tips penjagaan bibir seterusnya mencuba produk terbaru mereka iaitu Matte Chic Lip Lacquer yang long lasting!


Aktiviti Menarik Sepanjang Posh & Glam! 
  • Pengunjung yang membeli belah di sunway Velocity Mall boleh menebus pelbagai hadiah menarik sepanjang kempen ini melalui kedai Kecantikan, fesyen, eyewear & kedai sukan terpilih. Pembeli hanya perlu membelanjakan RM250 & ke atas (RM200 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC atau Pemegang Kad Keahlian Parkson) dengan maksimum 2 resit untuk menebus Pouch Make-up Flamingo.
  • Pada Weekday Special, pembeli yang membelanjakan RM350 & ke atas (RM300 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC atau Pemegang Kad Keahlian Parkson) dalam maksimum 2 resit boleh menebus hadiah eksklusif bernilai RM100 sebagai tambahan kepada Flamingo Pouch. 
  • Selain itu juga, pengunjung juga boleh memenangi hadiah menarik melalui pertandingan memuat photo berlatar belakangkan OOTD Kempen dengan hashtag #SVMOOTD. Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000 yang ditaja oleh SPAO, Clarins, Shins, Une Olive, Xixili, Burton Menswear, Miss Selfridge, Carlo Rino dan banyak lagi! 
  • Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka menyertai Peraduan 'Little Fashionistas' pada 28 Julai. Peraduan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori A untuk tema Summer Vacation dan tema 'Street Wear' untuk Kategori B. Hadiah akan ditaja oleh Parkson, KidzB dan KokoBlock.


Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan hair makeover menerusi laman Facebook anjuran A-Saloon. 3 pemenang utama telah membawa pulang satu set hadiah kecantikan yang ditaja oleh VOIR, Etude House, Claire Organics, AsterSpring dan Beaumedic bernilai RM1,000.

Encik Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls bersama dengan pemenang untuk Pertandingan Hairdo Makeover

Untuk maklumat lanjut, layari www.sunwayvelocitymall.com atau laman Facebook Sunway Velocity Mall.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post