Konsert Padi Reborn Exclusive LIVE In KL : Aizat Amdan & Amira Syahira Tambah Kemeriahan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Padi Reborn Exclusive LIVE In KL : Aizat Amdan & Amira Syahira Tambah Kemeriahan

Trending

Konsert Padi Reborn Exclusive LIVE In KL : Aizat Amdan & Amira Syahira Tambah Kemeriahan

Tinggal beberapa hari lagi dan khalayak di Kuala Lumpur akan bakal menyaksikan konsert ulung Padi Reborn Exclusive Live In KL. Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997 kumpulan tersebut akan mengadakan konsert perdana mereka Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018. Pastinya peminat kumpulan Padi tak sabar mendengarkan deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban yang pasti akan dipersembahkan nanti.


Kumpulan Pitahati yang terkenal dengan lagu Sahabat akan membuka acara konsert yang dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd ini. Selain itu, pihak penganjur juga turut berbesar hati mengundang dua lagi nama pemuzik yang bakal memeriahkan konsert tersebut iaitu Aizat Amdan dan pemuzik cilik, Amira Syahira.


Aizat Amdan yang kini popular dengan Sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan yang akan berduet dengan Padi Reborn. Buat penyanyi berusia 27 tahun ini, undangan ini merupakan sebuah penghargaan buat dirinya yag merupakan salah seorang peminat lagu-lagu Padi. Aizat mahu pun pihak penganjur, masih merahsiakan lagi lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka. Ini merupakan salah satu unsur gimik yang bakal disaksikan dalam konsert yang akan berlangsung pada 30 Jun 2018 ini nanti. 


Manakala pemuzik cilik iaitu pemain drum, Amira Syahira juga dijemput oleh pihak penganjur untuk menambahkan lagi keriuhan konsert ini nanti. Amira merupakan salah seorang pemain drum yang kini mendapat perhatian khalayak kerana kebolehannya akan menunjukkan kehebatannya di malam itu nanti apabila bergabung dengan Yoyo Prasetyo yang merupakan antara pemain drum terbaik Nusantara dari Padi Reborn. Sudah tentunya untuk Amira yang kini berusia 15 tahun, ini merupakan sebuah platform yang baik untuk dirinya memperkembangkan bakat dan menonjolkan skil yang ada pada dirinya.


Berita baik lagi buat peminat Padi Reborn yang belum mendapatkan tiket konsert ini. Pihak penganjur sangat prihatin dengan musim perayaan yang menuntut pelbagai komitmen. Oleh kerana itu, buytickets.com.my dengan berbesar hati menawarkan harga promosi untuk para peminat Padi Reborn.

Harga tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket. Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawap sosial korporat (CSR).

 

Harga tiket: 
Harga promosi untuk 2 tiket platinum RM299
Harga tiket platinum RM 169
Harga tiket pelajar RM130 
(hanya di qewcomm dibawah program CSR)
Tiket: www.buytickets.com.my
Artis undangan: Aizat Amdan, Amira Syahira dan Pitahati

Malahan bagi tujuan promosi dan memeriahkan lagi suasana menunggu ketibaan hari konsert, pihak penganjur mendapat sokongan kumpulan-kumpulan tempatan yang muncul dalam acara SUNDAZE PRE PARTY OF PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL. Acara yang akan diadakan pada 24 Jun ini di The Bee Publika bermula 3 petang ini akan menyaksikan persembahan oleh kumpulan seperti SOG, Margosa, Kapow, Oceanlights dan Pesawat.


PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL dianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd. Segala aktiviti dan promosi berkaitan konsert ini boleh didapati di
http://www.facebook.com/padirebornexclusiveinkl
https://www.facebook.com/qewcomm atau
https://www.instagram.com/padireborn_liveinkl



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post