Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program muzik online terbaru iaitu ‘Muzik Jam’. Rancangan ini akan menampilkan para YouTuber yang bakal bersaing sesama mereka di studio Muzik Jam dan penyanyi dengan undian yang tertinggi akan meneruskan saingan berikutnya.

Muzik Jam adalah sebuah rancangan LIVE yang dihoskan oleh dua penyanyi berbakat dan menyerlah ketika ini iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel. Kedua-dua hos akan bergilir-gilir sebagai hos untuk program tersebut dan episod web pertama telah disiarkan secara langsung pada 28 Mac 2018 yang lepas di www.hurr.tv. Program ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Rabu untuk jumlah keseluruhan enam episod web sehingga 2 Mei 2018.
Genre Berbeza Setiap Minggu
Untuk setiap episod web, ‘Muzik Jam’ akan menampilkan dua YouTuber yang diberikan peluang untuk menonjolkan kekuatan vokal mereka dengan penyanyi akustik secara langsung bagi lagu yang telah ditetapkan tema pada setiap minggu membabitkan genre berbeza antaranya balada, pop atau rock. Pada siaran secara langsung itu, penonton memainkan peranan penting untuk membuat undian bagi menentukan YouTuber kegemaran yang bakal muncul sebagai pemenang mingguan melalui undian yang dilakukan secara langsung. Jadi, tugas korang adalah untuk UNDI YOUTUBER PILIHAN KORANG semasa siaran live tersebut. Berikut adalah 7 YouTuber yang bakal ditampilkan pada rancangan ini.

Pemenang pada minggu tersebut akan bersaing dengan YouTuber berbeza mengikut lagu yang telah ditetapkan tema pada episod seterusnya. Setiap episod memerlukan penonton untuk mengundi siapakah yang layak kekal di pentas ‘Muzik Jam’. Pemenang pada setiap minggu berpeluang untuk berduet secara langsung bersama hos mingguan di penghujung setiap episod web.
Minggu pertama yang disiarkan pada 28 Mac 2018 menyaksikan dua YouTuber yang bersaing adalah Yazmin Aziz dan Sheryl Syazwanie dengan hos pada malam itu adalah Ismail Izzani. Yazmin telah menyanyikan lagu berjudul ‘Marry You’ oleh Bruno Mars manakala Sheryl menyanyikan lagu berjudul ‘Perfect’ oleh Ed Sheeran. Undian secara langsung pada malam itu berpihak kepada Yazmin Aziz yang muncul sebagai peserta kegemaran dan bakal bersaing dengan YouTuber lain pada 4 April 2018. Di akhir rancangan itu, Yazmin turut berduet bersama hos Ismail Izzani menyanyikan lagu ‘Demi Kita’.

“Muzik adalah satu elemen universal yang digemari pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, program ini merupakan sebuah kandungan segar dan terkini yang kami percaya mampu membuatkan penonton lebih menghargai bakat-bakat tempatan.
‘Muzik Jam’ adalah platform terbaik bagi YouTuber terlibat untuk lebih dikenali serta didengari dan dalam masa sama memperluaskan lagi pengaruh mereka untuk mendekati penonton baharu. hurr.tv juga adalah saluran online pertama yang memberikan peluang kepada YouTuber untuk bersaing sesama mereka. Siapa sangka, mungkin ini adalah detik perubahan bagi mereka untuk lebih dikenali,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.
‘Muzik Jam’ dibawakan oleh muca dan MyMotor. Saksikan Muzik Jam secara LIVE, setiap RABU, mulai 8:30 malam eksklusif hanya di laman web HURR.TV dan undi penyanyi kegemaran anda! Saksikan episod web pertama di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, boleh ikuti dilaman dibawah
Nak komen dulu. Later baca hahaha
ReplyDeleteBoleh2. Hihi
DeleteBest juga ada hurrtv nanti nk cuba sekali
ReplyDeleteOkla sumthin different juga
Deletememang best juga channel maya cenggini
ReplyDeleteYup. Sekarang semua nk online
Deleteaida x brape tahu bab ni, bell.
ReplyDeleteutube tu utk anak aje :)
aida sgt jarang klik utube.
skang ni da byk ekk program hiburan.
no wonder la anak aida melekat kat utube hu hu hu...
anak suliza salam ni memang saling tak tumpah muka mak dia.
tgk dia, sure dlm minda aida ada rupa mak dia.
Aah mmg ada rupa mak dia kan. Mmg byk sgt rancangan hiburannya punn. Hehe
DeleteOh, inilah yang di warwarkan kat tv tu..bagusnya anak muda sekarang..macam² program boleh dijalankan.. menarik.
ReplyDeleteTak sanhka pula boleh hos rancangan kan
DeleteMuzik jam itu tergolong masih batu kah? Senang aja lihat anak anak muda kreatif seperti ini. Banyak menghibur.
ReplyDeleteIya..program baru ini
DeleteWahh menarik ni lepasni asyik ke laman web hurrtv jela.minat dengan naim daniel tu
ReplyDeleteNaim sedap juga suara dia nyanyi.
Deletetau pasal ni sbb pernah gi time launching. dorg ni kreatif
ReplyDeleteAwak mesti la dijemput kan. Hehe
DeleteTak pernah tau pun pasal hurr tv ni..memang tv online kan..ni kalau Dania tau sure dia suka ni...better akak diam dulu..hahaha...jahat maknya kan..dah la dia suka je ngan budak- budak baru nak up ni...
ReplyDeleteHahaha. Dia minat ek?
DeleteHari tu Hurr.TV datang UKM - satu platform online yang sesuai untuk muda belia seperti Bell. Rawlins dah tak leh masuk sangat dah hahahaa
ReplyDeleteMuda belia sangat kita ni kannnn
DeleteThis is a interesting show, will check it out soon, have not came across Hurr.TV so far, nnt google.
ReplyDeleteYup. Baru tahu juga ni
DeleteTq for sharing.. Mmg Xtau pn psl Hurr.TV ..hos tu pn baru kenal sbb tau dgr lagunya je hehe..
ReplyDeleteIyalah Bell pun br kenal si Naim tu. Si Mael pernah jumpa dah.
DeletePernah tertengok ig hurr.tv ni sekali..tapi macam tak faham.sangat channel apa dan program apa. But now, daj faham ^_^
ReplyDeletePertandingan youtuber di TV online
DeleteAda gak dgr org sebut hurrtv.. kena pulak hos dia mmg kegilaan ramai. Nnt liez nak tgk jugak la..
ReplyDeleteBukan urtv ye. Hahahaha
Deletewahhhh! Hurr.tv ni onie suka part depa interview artis-artis. besttttttttttttt.... Baru tahu ada muzik online di hurr.tv.. :D
ReplyDeleteYup. Boleh recap kt web dia nanti
Deletememang tak kenal langsung dengan siapa dua orang tu.. hehe.. nampak sgt tak ambil tahu pop culture.
ReplyDeleteHehe. Best juga lagu dorang. Ramai penyanyi baru skrg sampai dah tak kenal
DeleteNi peluang youtuber tampil ke industri mainstream..naim tu mmg multitasking kan..semua dia boleh buat..ni hos plak
ReplyDeleteBetul tu. Both of them berbakat la kan
DeleteWahhhh ! Satu langkah yg bijak mengambil ismail ezzani dn naim daniel sbg host. Kegilaan remaja masa kini. Belum pernah lagi dgr lgi lagu yg dinyanyikan naim daniel tp dia seorg yg berbakat besar
ReplyDeleteWah sekarang ni kemain eh program hiburan untuk remaja semakin kreatif. Harap-harap mereka yang bawah usia 18 tahun ni ada pengesahan ibu bapa untuk membuat aktiviti begini. Zaman live, youtube dan video ni semakin scary ruby tengok. Kalau melalui saluran hurr.tv influencers ini diketengahkan mungkin ok la. Tapi yang live apps tu. Ibu bapa kena pantau apps apa anak mereka install. Ko tengok bella, akak ni dah komen macam mak-mak. Risau betul. Kuikuikui
ReplyDeleteBaru tau psal hurr.tv ni. Tq kak bel. Nanti boleh la tengok2 n layan lagu kt sini kan..muka2 youtuber tu x familiar sngat lah..nampak sangat kita ni dah lama x tgk utube..hahah
ReplyDeleteSuch young and talented host. Impress with their braveness to talk and host in front camera. Interesting channel that gives youngster show their talent and skill.
ReplyDelete