Hi Korang! Mesti korang semua sedang enak beristirehat sekarang kan? Bagauslah berehat-rehat sekejap lepas penat balik kerja. Kejap lagi nak sambung buat kerja rumah pulak kan. Hari ni baru Kak Bell ada peluang nak tulis entri resepi yang dah tertangguh hampir 2 minggu lamanya. Cadangnya nak siapkan 2 hari lepas tetapi kesihatan tak mengizinkan. Beberapa hari lepas tiba-tiba kedua-dua kaki ni kebas dan lenguh semacam saja macam sakit demam tu. Memula tu rasa biasa ajelah sebab biasanya akan elok balik. Tetapi kali ni bukan main pulak lemah rasanya, sampaikan rasa kebas tu sampai pula ke bahagian tangan kiri. Masalahnya tak de pula salah tidur ke apa, sebab masa baring-baring nak tidur tu pula sakitnya datang. Kak Bell dah mula rasa tak sedap hati sebab pernah terbaca simptom sakit dan lenguh di bahagian tangan kiri ada kaitan dengan masalah jantung.
Hati mula rasa tak sedap dan nekad nak buat pemeriksaan esoknya. Tak boleh tidur dibuatnya sampai kene picit-picit tangan dan kaki ni. Sehari jugaklah lenguh kat tangan tu baru hilang. Tua dah Kak Bell ni rupanya. Hehe. Lepas jumpa doktor, katanya mungkin disebabkan kesan sensation dari ubatan yang Kak Bell makan. Tapi Kak Bell tak berapa yakin. So, nanti kena follow uplah di hospital.Lepas dah telan ubat, badan yang rasa nak demam, running nose, barulah harini sihat sikit. Alhamdulillah.

Begitulah ceritanya. Walaupun tak sihat 2 hari lepas, entri yang patut post dah siap juga. Hehe. Temanya gigih! Sambung cerita bagi yang mana tengah santai beristirehat tu, ada yang rajin buat hidangan minum petang? Harini, Kak Bell nak kongsikan resepi cucur nasi ikan bilis. Pernah makan tak? Idea nak buat cucur nasi ni budak opis yang beri cadangan. Kebetulan mak dia selalu buat cucur nasi ni. Katanya, macam cucur biasa tu juga tapi cucur nasi ni lebih lembut dan lembutnya tahan walaupun cucur dah sejuk. Nasi pula ada berbaki dalam periuk, memang jadi ajelah Kak Bell nak mencuba resepi cucur nasi ni. Masa nak buat tepung gandum pula habis. puas mencari di 3 kedai runcit ni, nasib baiklah ada. Sempat tokey kedai tanya nak buat kuih ke? Kak Bell cakap nak buat cucur nasi. Pelik dia tak pernah dengar. Sempat Kak Bell bagi resepi kat dia. Haha.
Sebelum mencucur, Kak Bell dah terlebih dahulu usha-usha juga resepi-resepi yang ada, siap tengok video di YouTube. Ada satu video tu cuma tunjuk proses nak membancuh je, tapi hasilnya tak ditunjuk. Motip sangat tak tunjuk hasil. Mestilah nak tengok hasilnya, samada resepi dan bancuhan dia tu memang menjadi kan. So, Kak Bell terpaksa derhaka kepada resepi tu! Lepas Kak Bell try sendiri barulah Kak Bell tahu apa masalahnya. Kalau korang bancuh tepung dan nasi yang dah dikisar tu terlalu lembik, hasil cucur korang nanti akan sangkak! Maksudnya hina-dina lah rupa bentuknya sebab bila terlalu lembik, cucur korang nanti akan serap banyak minyak dan cucur tu tak cantik, lembik dan dalamnya nanti tak masak. Jadi Kak Bell sarankan buat bancuhan yang keras sikit untuk hasil menawan. Masa mencucur nanti pun senang. Untuk kali ni, cucur nasi ni Kak Bell tambahkan ikan bilis. Nanti kalau ada udang geragau, bolehlah Kak Bell buat lagi pakai udang kecil ni pula.
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar*bahagian potong dadu
2 ulas bawang merah
1 biji lada merah
1 sudu cili kisar*jika suka
1 pokok daun kucai
1/2 batang lobak
Garam secukupnya
Cara membuatnya:
1) Blend/Kisar nasi bersama ikan bilis yang dah direndam dan bawang merah dengan 1 cawan air atau sekadar cukup untuk mengisar.
2) Masukkan bahan kisar dalam bekas kemudiam masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
3) Perasakan dengan sedikit garam.
4) Campurkan bahan-bahan hiris tadi seperti lobak, bawang besar dan daun kucai.
5) Tambahkan 1 sudu cili kisar dan gaul rata.
6) Panaskan minyak dan goreng adunan sampai habis.
TIPS!
- Jika adunan cair, boleh tambahkan lagi tepung gandum supaya adunan lebih kenyal
- Boleh gantikan ikan bilis dengan udang geragau
- Nak tumbuk ikan bilis separuh hancur pun boleh
- Boleh gunakan cili merah dan tambah cili kisar nak lebihkan rasa sedikit pedas
- Bahan-bahan sayur boleh tambah ikut suka seperti daun bawang, daun sup dan sebagainya
- Boleh tambah yis (mauripan) untuk naikkan cucur supaya bulat cantik.
- Goreng dengan api sederhana
Kak Bell mencucur pakai sudu aje, nak pakai jari pun boleh. Jangan terkena minyak sudah. Jangan ingat jari korang boleh celup dalam minyak macam makcik pisang goreng yang viral tu yer. Kalau korang super women, takpe, celup sahaja jari tu dalam minyak. Seriously, memang cucur nasi ni sedap dan lembut. Eloklah nasi sejuk yang ada tu dibuat cucur supaya tak membazir. Okayy, selamat mencuba!
Selalu kalau nakxbuat cucur ikan bilis ni pakai tepung , next time boleh cuba menu ni , tambahannya adalah nasi je kan . Blend sekali gaul dengan tepung sehingga sebati
ReplyDeleteBetul tu..tambah nasi je. Hehe
Deletedah lama tak buat cucur ikan bilis ni sebab asal makan ikan bilis jer gatal muka.. dah la sedap ikan bilis.. saja tauuuu.. hahahah..
ReplyDeleteGanti udang pun gatai jugak muka. So ltk sayur ajelah. Hehe.
DeleteDah lama tak buat cucuq ikan bilis ni. Anak tak makan sangat. Tp maknya teringinn nak makan
ReplyDeleteDah teringin, kene buat ni kak. Karang meleleh air liur. Hehe
DeleteWahhh ni nak kahein dengan bella.pandai masak loove it .. I suka cucur udang.. tapi first time.dengar cucur nasi
ReplyDeleteCarikan la kita sorang. Biar kita masakkan utk dia. Kikikiki
Deletesimple !! Sal tak penah try lagi ni...makan panas-panas mesti terangkat
ReplyDeleteyup simple je. Cuma kita tambah nasik sejuk :)
DeleteKalau ada nasi lebih boleh lah buat cucur ni. Xdelah membazir buang nasi mcm tu je kan kak bell. Sedapnya nampak. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteAsik buat nasi goreng je. at least kalau buat cucur nasi dah jimat banyak tepung. Sebab nasi dah blend tu mmang akan jadi banyak.
DeleteWah baru tahu yang cucur tak semestinya guna tepung. Nasi pun boleh ek? bagus gak idea ni. tak membazir nasi tu!!! :)
ReplyDeleteKene juga tambah tepung gandum. Kalau tak tak menjadi. Pernah cuba pakai lebih tepung beras, hasilnya serap minyak.
DeleteSimple je resepi ni. Boleh cuba nanti sebab nak kan kelainan. Boleh buat minum petang dengan cicah kopi o. sedapnyaa.
ReplyDeleteFirst time tgk resipi cucur ngn nasi..boleh try la nnt..
ReplyDeleteTak pernah lagi buat cucur nasi. Selalu buat cucur tepung biasa jer. Hurrmmm... Boleh try ni kalau ada lebihan nasi. Nampak sedap sangat. Thanks for the resepi kak bell ☺
ReplyDeleteCuba try. Memang konpem sedap.
DeleteOh Fish Rice and Rice are perfect combination! I want to try this recipe, looks great.
ReplyDeleteKalau nak letak udang ok tak bella..selain letak ikan bilis, bosan makan nasi goreng bleh buat cucur macam ni kan
ReplyDeleteboleh je kak letak udang.
DeleteMy fav nih! Sedap makan panas panas dgn banyak sos.
ReplyDeleteNI kalau orang besar memang favourite. Tapi kalau bagi kat budak budak kan, seboleh-bolehnya dieorang korek segala sayur keluar haaa gerammm
ReplyDeletehehehe. Yelah. Biasalah bebudak, mesti nak korek lobak tu seketul. Dah makan baru makan bahagian tepung.Hehe
Deletewah cucur nasi. first time tau pasal ni. pasni boleh buat bagi diri sendiri makan dan gemukkkk! hihi
ReplyDeleteJom sesama gemukkk. Hiks
DeleteKegemaran kami jugak ni. Senang nak buat sedap dimakan.
ReplyDeleteOhhh, selalu buat juga ya. sedap kan?
DeleteGood idea lah gunakan nasi yang lebih untuk buat resipi ni tak pernah terfikir hehehehe selalu buat nasi goreng jer wakakkakaa... boleh cuba..
ReplyDeleteMahuMahu mesti cuba tau. Senang saja ni.
DeleteI’ve always wondered how to make this cause I love to eat cucur!! Thanks for sharing.
ReplyDeleteWelcome Jia. Later tell me how it goes
DeleteI like see your recipes. I never thought to create such nice cucur. More recipes pls.
ReplyDeleteThank you Betty. Hope it turns out well when u try.
DeleteNi resepi simple yg selalu buat.tapi x penah tambah dgn nasi lagi. First time dgr.
ReplyDeleteSilalah cuba Lia.:)
DeleteFulamak! peveret ni..minum etang sambil menghirup coffee panas hehe
ReplyDeletexpernah lagi cuba resepi cucur letak nasi..menarik..tgok rupa cucur bt pun dah terliur..save resepi nak cuba jgk lenkali..tq
ReplyDeletewow ikan bilis! tak pernah makan cucur macam ni. lain kain boleh try ikan masin jugak! hahaha
ReplyDeleteHaha. Boleh je Henry. Fusion sangat cucur awak nanti
DeletePernah dengar cukur nasi tapi baru tahu resepinya. Nice ni boleh try kalau nasi tak habis hehe
ReplyDeleteAwat nampak meriah sangat cucur nasi ikan bilis dia nie... ini kalau bella buat cucur udang, mesti lagi meriah... kama xbuat cucur, selalu beli tepung yang dah siap.. bancuh air terus masak je.
ReplyDeleteSedap ni kak..tak penah try resepi pakai nasi ni..hehehe nak srh mak buat la ni..
ReplyDeleteApa kata buatkan untuk mak? Pasti dia menangis. Hehe
Delete