The Last Vampire Princess (2017) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal The Last Vampire Princess (2017)

Trending

The Last Vampire Princess (2017)

Hi Korang! Setelah sekian lama bersawang tak dapat tiket movie yang best, semalam (14 Mac 2017) pergi menonton premiere The Last Vampire Princess. Dah dapat tiket, haruslah tengok trailer dulu kan. Nampak macam menarik, ceritanya macam Underworld dan Twillight sebab ada vampire bagai kan. Tertarik jugaklah nak menyaksikan movie ni. Kali ni venue tayangan di TGV Sunway Velocity Mall. First time sampai ke Velocity Mall, ikut waze sajalah. Jalan pulak punyalah jammed tambah pulak co-pilot lambat sampai sebab lupa katanya! Nasib baik sempat collect tiket! Ngam-ngan aja sampai sebelum kaunter tutup kan! 

Btw, cerita The Last Vampire Princess ni adalah filem dari Rusia dengan English dubbed. Tajuk asal cerita ni di Rusia ialah Guardians of the Night but dinamakan semula untuk tayangan luar sebagai The Last Vampire Princess. Okey, Kak Bell dah gentar sikit dah bila tonton cerita yang alih bahasa ni. Nantikan yer..


Pengarah :Emilis Velyvis
Pelakon : Ivan Yankovskiy (Pasha), Leonid Yarmolnik (Federal Agent), Lyubov Akstonova (Vampire Princess), Sabina Akhmedova (Vampire)
Running Time : 1h 41m 
Release Date: 16 March 2017
Genres : Action, Fantasy, Sci-Fi, Thriller
Distributor: RAM Entertainment

Cerita mengisahkan tentang budak penghantar Pasha (Ivan Yankovskiy) yang bekerja di perkhidmatan penghantaran ekspres di Moscow. Masa menghantar bungkusan ke hotel, dia telah menyaksikan seorang gadis diserang oleh sekumpulan orang yang mempunyai kuasa luar biasa (geng vampire). Dorang ni nak tangkap the last vampire princess yang merupakan the last heir bagi 2 puak vampire ni. Kemudian, serangan berlaku kat hotel dan pergaduhan dihentikan oleh  agensi risikan rahsia. Vampire princess (Lyubov Akstonova) beranggapan Pasha tu sebagai pahlawan yang dia tunggu untuk selamatkan dia setelah sekian lama. Pasha telah ditawarkan bekerja di Jabatan rahsia yang digelar `D` (Demon), tugasnya termasuk menghapuskan roh jahat dan mengawal populasi bukan manusia seperti Poltergeist, goblins yang tinggal di bandar Moscow. Jalan ceritanya, adalah untuk selamatkan vampire princess dari bersatu dengan vampire jahat ketika eclipse terjadi.

Lakonan sangat ekspresi dia kan!




Okeyh..Nak menangis Kak Bell tgk cite ni. Tak feel sebab filem Rusia yg didubbing. Rasanya baik tengok dalam bahasa Rusia je baca subtitle lagi elok! Sebelum ni dah pernah bagitahu, dubbing cerita Ice Breaker haritu dah azab. Tapi movie ni bolehlah dubbing dia. Jalan cerita biasa aje. Mula-mula tu memang rasa konpem aksi cerita ni menarik sebab watak princess dengan vampire tu nampak amat meyakinkan. Akhirnya meleset! Memang tak boleh lawan cerita vampire sedia ada lah. Dah lah kita ni peminat Bella Swan, tiberr! Dahla heronya lembik, sampai ke sudah tak hebat macam warrior pun! Memang karektor penghantar bungkusan sangat. Ingatkan hujung-hujung dia kena sawan jadi kuat ke. Tapi tidak yerr. Rasa memang tak sesuai lah cast bagi kat Pasha tu!

Suka kan watak Fox ni, mak hayam pusat urut

Antara watak vampire dalam cerita ni. Setakat tunjuk taring ajelah bedah oii! Scene mengelak dari peluru pun macam agak kelakar. 


Actress cantik macam penyanyi Cheryl Cole, bolehlah lawan gitu-gitu jer. Setakat tunjuk aksi vampire nak gigit orang je pun. Seriously tak takut, tak thrill pun. Dari segi movie effect tu bolehlah dibanggakan tapi setakat tunjuk aksi yang biasa2 aje pun. Aksi pun lite-lite aje. Kesimpulannya, cerita ni biasa saja. Pada permulaannya macam menarik, tapi akhirnya jadi bosan, hambar dan kelaut! Macam cerita cinta Pasha dengan Vampire Princess pulak. But, kita tunggu jugaklah sampai habis kan, walaupun ada yang dah angkat kaki! Sebelum masuk panggung, ada terserempak dgn kak Ifa Raziah. Rupanya dok belakang seat menonton jugak. Katanya 25 bintang je dari seratus. So korang rasa berapa bintang nak bagi nih?

Berapa bintang nak bagi? : 4/10



Boleh je korang nak menonton untuk nilaikan sendiri. Sebab pendapat orang berbeza kan. Tapi bagi Kak Bell, baik tak payah pergi tengok! Btw, TGV sunway Velocity ni best jugak, hall untuk movie haritu best, tapi macam susah nak cari seat number. Kat luar ni korang pun boleh beli tiket wayang sendiri kat machine ni. Macam beli tiket tren komuter pulak kan! Kay harap2 dapat tiket Power Rangers minggu depan yer. Kay Bye!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post