Trending


DISTOKIA : Masalah Kucing Beranak (Dystocia : Cat Birth Difficulties)

Hari ni nak kongsikan sedikit tentang pengalaman tentang kelahiran anak kucing. Mesti parents kepada anak bulus happy bila tahu si bulus yang disayangi dah mengandung. Memang nervous bila menunggu kelahiran anak kucing ni. Kebiasaannya tempoh pregnancy kucing dalam anggaran 63-65 hari dari tarikh mating.


Setakat ni, semua anak bulus kak bell beranak normal. Cuma bagi Cik Lucy je, 1st kelahirannya yang agak sukar dan ambil masa yang agak panjang.

Cik Lucy

DISTOKIA (Dystocia) kerap berlaku pada kucing muda bawah umur setahun yang sarat mengandung. Bahasa mudahnya ialah kesukaran melahirkan anak secara normal. Jangan ingat manusia je susah nak beranak. Kucing pun ada mengalami masalah ni.
Terdapat 3 tahap kelahiran ibu kucing yang boleh diperhatikan;

Stage I
Tempoh kelahiran stage I mengambil masa 6-12 jam, di mana kucing akan kelihatan resah kerana kontraksi yang tinggi, sering menunjukkan ‘nesting behaviour’ dan pernafasan yang laju dan berombak. Fasa servik menipis dan membuka.

Stage II
Waktu fetus keluar daripada birth canal ibunya. Kontraksi lebih ketara dilihat ketika meneran keluar. Sekiranya tempoh kelahiran tidak progresif hendaklah segera bawa kucing ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan lanjut. Diantaranya ;
• JIka tempoh kandungan melebihi 70 hari
• Keadaan ibu kucing yang terlalu lemah dan sakit
• Stage I berterusan melebihi 24 jam tanpa kelahiran walau satu pun anak
• Tempoh rehat antara kontraksi terlalu lama melebihi 4-5jam
• JIka terdapat bau busuk dari kawasan vagina

Stage III
Apabila placenta/uri selesai keluar menandakan keseluruhan proses bersalin itu telah selesai

Muezza



Pengalaman pertama kak bell adalah masa kelahiran pertama baby si Muezza. Alhamdulillah dah 3 kali dia beranak dan semua berjalan lancar. Cuma waktu 1st tu Muezza lagi selesa beranak dalam carrier walaupun dah sediakan kotak. Paling menyentuh perasaan bila kedua2 mommy ni nak mama dia ada kat sisi semasa dorang beranak. Si Muezza memang tak boleh ditinggalkan langsung. Pengalaman masa 3rd birth, boleh pulak dia keluar daripada kotak bila nampak kak bell nak tinggalkan dia. Padahal anak dah keluar sekor ni. Emosi sangat time tu! Nampak tak peranan mama dia masa ni. Ingatkan tak sayangkan mama dia!

 2nd birth experience

3rd birth 

Lain pula pengalaman dengan Cik Lucy. Lucy ambil masa dan alami kontraksi panjang. Bayangkan dah sakit nak beranak dari jam 5 petang masih tak beranak sampai hampir jam 1pagi. Rupanya si Lucy sangat nervous dan tunggu kak bell balik dari kerja. Masa tu dah hampir jam 1 pagi baru dia mula beranak. Sedih sangat masa tu sebab memang nampak dia susah nak beranak.


Bayangkan waktu tu ambil masa sampai jam 4 pagi untuk dia habis beranak. Lega semuanya selamat tanpa perlu cari vet pagi2 buta kan!


Lepas habis je beranak, teros si Lucy tido sebab kepenatan. Btw, si Lucy ni jenis tak makan uri anak dia dan proses jilat anak dia pun lambat berbanding Muezza lebih cepat dan faham apa yang perlu dibuat. Cuma masa 1st anak Muezza keluar boleh pulak dia melompat sebab terkejut! Time ni memang kelakar lah walaupun time kecemasan kan!



KENAPA DISTOKIA KUCING BOLEH TERJADI?


Faktor Ibu

• Bentuk tulang pinggul/ laluan kelahiran yang sempit disebabkan kejadian semula jadi atau pun patah kerana kemalangan
• Kontraksi rahim yang lemah semasa tempoh kelahiran, boleh disebabkan exhaustion (kepenatan)

Faktor Anak

• Saiz anak yang besar
• Posisi kelahiran songsang
• Kecacatan fetus (hydrocephalus)

Perkara ni memang penting sebab takut kematian anak kucing dalam rahim ibu kucing. Jika masa terlalu lama tanpa kelahiran, eloklah bawa ke vet bagi menyelamatkan nyawa si bulus.


RAWATAN BAGI DISTOKIA PADA KUCING

1. Sekiranya kontraksi dirasakan lemah dan fasa rehat antara kontraksi terlalu lama, kucing tersebut akan diberikan suntikan bagi meningkatkan kontraksi rahim
2. Sekiranya ibu kucing dilihat terlalu resah/nervous sehingga mengganggu kelahiran, sedikit sedative pada dose yang rendah akan diberikan untuk menenangkannya.
3. Sekiranya tempoh kelahiran prolonged atau terlalu lama menyebabkan paras gula menurun dan kehilangan tenaga, ibu kucing tersebut akan diberikan Kalsium dan suntikan tertentu untuk meningkatkan balik kontraksi rahim.
4. Namun sekiranya, berlaku gangguan/ halangan pada birth canal dan semua rawatan di atas tidak berjaya, vet akan menjalankan surgeri C-section (caesarean) sebagai langkah terakhir atau jika dirasakan kes tersebut kritikal dan kecemasan, bagi menyelamatkan ibu dan anak-anak yang masih hidup.

Anak 1st batch Muezza

Buat parents si bulus semua janganlah terlalu risau jika kucing korang mengandung, tak semua kucing alami perkara yang sama. Just temankan kucing korang dan sering perhatikan setiap perubahan fizikal, behaviour dan paling penting kena peka dengan keperluan mereka. Penting kerana dorang tak boleh bercakap untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada kita! Just cherish the moments kay!

Sumber:
Klinik Haiwan I-Vet Petcare
WebMD
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

29 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Dah berapa jam tu? 1st time beranak ke? Kalau macam tu better lah bawak pergi vet. Sebab kita pun tak dapat nak tentukan sebab apa dia susah beranak. Vet lebih arif. Paham perasaan you. Semoga semuanya selamat ya :)

    ReplyDelete
  2. subur betul anak anak nya kak belle, byk kali dah jadi hot granny hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam sis. Kucing saya dah beranak 5 ekor tapi dalam perut dia masih Ada lagi anak kucing yang belum di beranak kan. Saya perasan sebab saya nampak perut dia macam menendang. Macam mana tu ye? Dan kenapa dia Tak keluarkan dah baby tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Takut ibu kucing dah penat. Kalau dah lebih beberapa jam, elok bawa ke vet.

      Delete
  4. Assalam kucing saya mengalami distoksia tetapi selamat melahirkan empat ekor... Yg saya hairan ni kucing saya lansung tidak mengeluarkan susu dari putingnya dan tidak menjilat anak-anak kucingnya... Sis tahu tak kenapa dia begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ada beberapa faktor dan Kak Bell pun pernah alaminya. Ada 2 kes, di mana memula ibu akan nursing anak dia, da 1 lg tak nursing langsung slepas lahir. Berkemungkinan ibu kucing alami masalah kesihatan dan rasa tak selesa nak jaga anak dan not producing susu sb malnutrition atau dehydration. Mungkin juga anak kucing tersebut suspected ada penyakit dan ibu kucing akan singkirkan mana yg tak rentan. Ada situasi anak meow yg lebih besar, lebih kuat menyusu banyak dan anak meow yg kecil dan lemah akan disingkirkan juga. Sekarang pun ada kucing Kak Bell macam ni. Nanti Kak Bell kongsi dalam entri akan dtg. Yg lebih baik kena bawa ibu kucing dgn kesemua anaknya bawa ke vet. Buat masa ni kene feed dgn bottle lah. Harap bersabar ya.

      Delete
  5. Kucing saya baru 1st time beranak. Baru 2 hari. Saya tengok kadang2 masih ada kesan darah di kotak tempat dia beranak tu & di lantai bila dia duduk. Normal ke macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya normal tu. Nanti akan ok. Tapi darahnya sikit sahaja kan? Kalao unusual kena bawa pi Vet ya. Take care.

      Delete
  6. Salam kak bell. Sy nak tnya seekor kxg sy dlu alami masalah sukar bedanak lepas tu kena opperation dan doc x bg mngawan 6 bulan minima. Sy nak tnya kalau bg butning semula lepas 6 bulan atau lebih tu . Ada kemungkinan tak dia sukar lagi nak beranak?

    Dan soalan kedua saya nak tnya biasa baka kcg apa yg selalu terjadi kes kcg sukar beranak? Sy risau ni kcg sy tgh sarat anak pertama takut jadi mcm yg kena sama kcg seekor lg tu . Dah la skrg pkp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kucing awak baka apa ya? Biasa terjadi kalau baka/ras besar kacuk dgn ras kecik. Jadi betina yg kecik dia nye bahagian pernakan akan susah beranak kalau anaknya baka besar. Kak Bell rasa better spayed kan dia. Kesian dia nanti kalau kene operate lagi.

      Delete
  7. Salam,kucing saya baru beranak beberapa hari yang lepas. Tapi tadi baru tengok dia macam meneran. Lepastu anak dia keluar separuh ja . Macam mana ya? Nak bawak pergi vet tapi dah malam ni 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ye ke? Ada cuba tolong keluarkan tak anak dia? Kalau tak bernyawa bahaya. Bawalah ke vet ya utk pastikan tiada yang tertinggal dalam perut meow.

      Delete
  8. salam sis... lepas kucing beranak mcmana ya emosi dia.. kucing saya ni susah kami nak dekat.. esp dekat anak dia... bengkak susu nak bantu dia bg susu dekat anak.. dia masih xpandai. diangkatnya anak letak atas lantai wlpn dah saya siapkan tempatnya dlm sangkar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kdg2 ada yg garang, overprotective. Kalo ibu muda memula mmg tak pandai. Paksa dia nyusukan. Baringkan dia letak anak kt puting ibu. Kalao dia alih3 tmpt kn cari kotak letak tmpt sunyi sikit. Mmg susah kakau ibu tak nak susukan anak.

      Delete
  9. Kucing mlahirkn ank tp ank die kluar sparuh n mati tp y mati 2 tgantung dkt si2,ibu kucing dh mneran tp still gk xkluar habis,cne nk wt ye???sy dh buntu dh,sy ksian dkt kucing sy sebab masih ada y lain y nak kluar...klu pergi vet mahal x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. awak usap perut dia dab bantu dia. Tarik anak dia keluar pun boleh, sy pernah buat. Kalau tak kena bawa vet nanti dgn ibu pula mati. Harga kos sy tak tahu sb belum penah alami.

      Delete
  10. Saya nk tanya kalau anak kucing mati dalam perut berapa lama boleh taguh operation dia ya sbb kucing saya Macam x beranak habis sbb perut dia masin besar tapi saya x ada duit nk pergi vet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Apa yang boleh sis cakap, kena bawa secepatnya. Bahaya nanti ada jangkitan kat meow. Dah cek betul-betul memng ada lagi ke anak dia dalam perut tu? Semoga dipermudahkan urusan.

      Delete
  11. Assalamualaikum kak bell..saya nak tanya..kenapa agaknya kemaluan kucing saya berdarah balek selepas sehari da melahirkan 3 ekor anak? Adakah normal atau sebaliknya..mohon pencerahan..terima kasih kak bell .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. Basanya lepas beranak dalam seminggu tu darah memang akan keluar juga sedikit. Klau banyak sangat dan tak berhenti berdarah, boleh rujuk vet klinik takut ada pape komplikasi ke kkan. Setakat tu sajalah yang Kak Bell tahu dari pengalaman yg ada. Harap membantu.

      Delete
  12. Kucing saya baru jer beranak, tapikan still nampak perut dia mac besar. Normal ke macam tu? Dia beranak dua ekor jer

    ReplyDelete
  13. Cuba pegang rasa ada baby lagi tak? Kdg2 kua lambat. Kalau lps beberapa jam masih rasa belum habis beranak kena tanya vet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try pegang, tp tak tahu hahaha, tp rasa macam takda apa, cuma bahagian puting tu jer bengkak, itu normal jer kan? Sorry banyak tanya pulak πŸ˜…

      Delete
    2. Hehe. Biasa kalau takde benjol-benjol atau pergerakan, kira dah habis beranak la tu. Puting akan bengkak. Nanti baby menyusu okla tu.

      Delete
    3. Okayy faham, hihihi, and nak tanya satu lagi, lately ada perasan lepas beranak kan kucing saya macam nafas laju, nak cakap penat tapi kuat jer lari, main main semua tu, ke sebab dia penat menyusu? Hahah πŸ˜‚

      Delete
  14. Macam anjing terjelir2 penat kan? Penah juga ada cmni tapi masa memula lepas beranak je. Haus agaknya. Cuba bg dia minum kalau dia tak nak keluar box tinggalkan anak dia. Kalau bukan sesak tak boleh nafas rasa tak de apa kot. Kurang pasti juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yang terjelir tu selalu memula jaa. Tapi ni dah beberapa hari dah macam susah nafas gitu, tapi aktif jer dia, siap berlari main main dengan kucing lain hahahah πŸ˜‚

      Delete
  15. Selepas kucing Saya beranak, dia jadi tidak seimbang bila berjalan, sekarang mcm dah x boleh berjalan... Kenapa jadi camtu? Kelahiran anak²nya normal sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meow kurus sangat ke? Kalau dia makan minum ok, mungkin penat atau kurang nutrisi sb anak menyusu. Takut jugak ada komplikasi buah pinggang kalo kurus mendadak, jln tak seimbang, minum bnyk tp kencing byk(ni pengalaman meow lps beranak aritu dah mati). Kalo membimbangkan bawa vet utk check ya.

      Delete
Previous Post Next Post