Bolehkah Kucing Makan Makanan Manusia? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bolehkah Kucing Makan Makanan Manusia?

Trending

Bolehkah Kucing Makan Makanan Manusia?

Selain dari kibbles dan wet food untuk kucing, ada juga makanan manusia yang boleh di makan oleh meow korang. Btw, tak semua makanan manusia baik untuk si furries kesayangan. Terdapat beberapa makanan dan minuman kita yang baik dan juga berbahaya bagi kucing. Bukannya kak bel nak kritik tentang apa makanan yang korang bagi pada kucing korang. Terpulang asalkan si bulus korang sihat sudah!

 


Korang boleh rujuk bawah ni di antara human food yang baik & bahaya untuk meow korang yer.

Senarai Makanan Manusia Yang Bahaya Pada Kucing

Susu
Kucing sebenarnya laktosa intoleran. Kandungan laktosa dalam susu akan ganggu pencernaan kucing dan menyebabkan cirit birit. Boleh bagi susu formula khas untuk kucing yang bebas laktosa. So far kak bell bagi susu kambing dan ok untuk dorang semua.

Tulang
Kebiasaannya memang sinonim kalau kucing makan tulang. Kalau boleh elakkan untuk elakkan luka pada usus atau mulut kucing.

Bawang
Bahaya kerana akan menyebabkan anemia

Tomato & Kentang
Kandungan alkaloid beracun dan berbahaya untuk pencernaan kucing

Anggur/Kismis
Bahaya untuk kesihatan ginjal kucing

Kafein
Menyebabkan dehidrasi pada kucing

Coklat
Boleh sempitkan pembuluh darah dan menyababkan muntah, diarrhea, demam & serangan jantung

Avocado
Kandungan 'persin' beracun bagi kucing. Antara tanda keracunan seperti muntah, cirit birit, lesu dan susah bernafas

Ikan Mentah
Menyebabkan deficiancy vitamin B1 (thiamine) untuk kucing. Mesti masak atau rebus dahulu ikan untuk buang enzim thiaminase.

Putih Telur & Hati Ayam Mentah
Kucing mempunyai had untuk penerimaan Vit A daripada hati mentah. Manakala putih telur akan mengurangkan/menghentikan penyerapan vitamin B (biotin) bagi kucing. Btw, ada je yg bagi hati ayam ni dan kucing dorang memang gemuk. Just rebus dululah sebelum bg kat kucing korang. Selebihnya, bolehlah rujuk kat bawah ni ya!

So korang kenalah berhati-hati nak bagi makanan seperti di atas untuk kucing korang. Bagi makan yang common dan selamat sudah. Jangan korang bagi minuman beralkohol pulak! Kat bawah ni selingan anak2 kak bell sibuk nak makan makanan berkhasiat!


Kes mengamuk tak dapat ayam rebus ke ni?
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post