LOMBOK TRIP - Day 1 (Joje Bungalow & Senggigi Town) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal LOMBOK TRIP - Day 1 (Joje Bungalow & Senggigi Town)

Trending

LOMBOK TRIP - Day 1 (Joje Bungalow & Senggigi Town)

Kali ni Kak Bell nak kongsi trip ke Lombok pada September 2015. Bermula dari 1 Sept 2015-5 Sept 2015. Macam biasalah, grab ticket promo AA sebab tak mampu nak beli tiket mahal2. Booking date pada 29 Jan 2015 dengan harga tiket RM227 (return). Memang seronok trip ke Lombok bersama dengan 9org gadis2 jelita untuk penggambaran Next Top Model Lombok (model kalender kuda je pun.haha). Iols cuma gunakan budget RM918 (3juta IDR) je untuk trip 5hari ke Lombok. Time tu 1IDR=0.00036MYR. 


Day 1 
Flight dari KLIA2 jam 8.40am dan sampai lebih kurang jam 11.45am di Lombok International Airport. Sebelum ni international airport Lombok di Mataram (Selaparang Airport) telah ditutup sekitar tahun 2011. Setibanya kat airport, kami semua disambut dengan warga Lombok yg terpegun dengan kecantikan gadis2 untuk photoshoot kali ni. Pengsan!! Tips better booking supir awal2 untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Al maklumlah, bawak gadis2 model ni, nanti ada yg menetap tros di Lombok.


Supir kami Pak Juaini sporting. Sambil2 drive bercerita tentang Lombok. Perjalanan ke hotel dalam 1-1.5jam perjalanan. Kami stay di JoJe Bungalow di Senggigi. Btw, otw ke hotel singgah la melantak sb lapau bebebau. Yang penting aym dia kecik la sangat. Iols fikir dorang ni mcm goreng ayam serama je hokey. Halussss sangat. Hihi.

masing2 bila dah dapat nasik!

agak2 puas tak makan ayam tu?

So after check-in, cuma aktiviti berehat2 di sekitar pantai Senggigi (belakang hotel je pun). Pantai Senggigi tak sesuai nak mandi-manda sb ombak besar. So felin2 di gigi air je lah. Tak lupa juga kami buat latihan renang berirama dengan coach Asha dari Romania.



Over sungguh instructor yg depan skali tuh

Untuk dinner malam tu, kami semua ke Senggigi Town (10-15minit) dari hotel. Kekononnyer nak naik Cidomo (horse riding). Btw, kuda tu tak nak bergerak yer. Kebetulan nak naik bukit, sampai terberak2. Sedih sgt sb tuan dia marah. Ujung2 ambil taxi je sb kuda kecik tu tak mampu nak bawak kami semua yang cantik2 ni. Lepas tu memang jalan kaki je sb kesian kat kuda tu. Serius kesian. yang penting da sampai town, abg cidomo tetap mintak upah walopun cuma bergerak 5meter jek. Hulur je la kan.


Powered by 12Go Asia system

Sampai town, puaslah mencari kedai makan yang cukup dengan budget. Nak ikutkan, mahal jugalah. Kat Malaysia nasik RM6 pun dah kira mahal kan. Yang penting curlass Kak Senduk bukak rangkaian hotel di Lombok (sempat tag Kak Senduk tau!).

Sendok Hotel aka rangkaian hotel kak senduk


Gigih memasing hapdate kann

So dah kenyang, menapak balik ke hotel sambil ditemani bunyi unggas2 dan bunyi ombak. Tabahkan semangat time lalu di area hutan buluh sebab bunyi macam org bersiul yer. Selamat sampai hotel, lepak pulak pekene kopi Lombok. Later then get ready utk aktiviti esoknya. Nite!

Pekene Kopi Lombok


to be continue...


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post