Sotong Masak Kicap

Hi Korang! Bersambung kisah mengemas dapur minggu lepas. Sesambil mengemas dapur tu, bersihkan peti ais. Kak Bell buang semua benda-benda yang dah tak pakai atau expired. Actually Kak Bell memang pantang bila ada benda secoet pun nak simpan dalam peti ais, then lepas 2 bulan pun masih kat situ. Biasanya, bila bukan barang hak milik kita, rasa responsibility nak menjaga tu kurang, jadi yang mengguna pun ala kadar jela kan. So, jawapannya barang-barang tu semua haruslah ke dalam tong sampah lah, memang Kak Bell tak tanya dah.



Then, keesokannya masa nak amik ice cube, peti ais bahagian sejuk beku dah tak sejuk. Aduh datang satu masalah pulak. Dahla Kak Bell baru beli barang basah ayam, sotong, udang, nugget dan sosej bagai. Terpaksalah masak semua sekor ayam yang baru dibeli semalam. Dah cuba on/off suis, adjust balik tahap sejuk freezer tetap dia tak helok jugak. Jadi, tunggu keesokannyalah plan nak cari tukang peti ais sebab kemungkinan gas freezer habis. Esoknya bangun pagi, terus ke peti ais. Lega sangat tetiba peti ais tu dah elok pulak. Konpius Kak Bell dibuatnya. Haha.


Ok, dah habis mukadimah selingan hari ni. Untuk resepi hari ni Kak Bell buat simple je Sotong Masak Kicap. Semua pun memang pandaikan masak kicap ni. Btw, resepi ni Kak Bell ada tambah cili kisar sikit untuk bagi rasa lebih mengancam dengan rasa manis pedas. Sotongnya alahai comel je. Nak beli yg macam sotong kurita, tak de sape pulak nak makan. Jadilah ye untuk seorang makan. Untuk resepi ni Kak Bell masak dulu sotong tanpa minyak bagi air sotong keluar, baru masak macam biasa. Pagi2-pagi buta Kak Bell dah masak untuk shuben bawak bekal. Chingg! Sotong Masak Kicap Kak Bell.

Bahan A
Sotong
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 lada bengala**
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
Kicap lemak manis Kipas Udang
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan B (tumbuk)
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Optional
**boleh guna cili merah/hijau
*3 ulas bawang merah


Cara memasak:
1) Panaskan sotong dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. 
2) Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. 
3) Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili masak.
4) Tambahkan sos tiram, kacau rata.
5) Masukkan sotong, lada benggala/cili hidup dan kacau seketika
6) Masukkan kicap, garam, gula secukup rasa dan bawang besar. 

Nampak sotong tu macam ada telur kan? 

TIPS!
  • Sotong dipanas dalam kuali supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.
  • Jumlah sotong dan bahan-bahan lain kuantitinya pepandai sesuaikan.
  • Boleh tambah tomato atau kentang (rebus dulu kentang).
  • Jika nampak kuah kering berketul, tambahkan kicap. Boleh juga tambah air sedikit.

Sotong tu lepas airnya keluar akan jadi kembang dan nampak macam ada telur dalamnya. Nampak lah gemuk sikit. Walhal sotong nye sampai dah tak nampak. Kak Bell punya sotong masak kicap ni meriah sebab ada tambah tomato dan kentang. Memang sedap sebab ada rasa manis pedas. Tetapi pedasnya tak adalah menggigit. Takpelah esok-esok Kak Bell beli mak sotong yang lebih besar. Selamat mencuba ya!

CONVERSATION

36 comments:

  1. lapar la pulak tengok sotong kak bell ni.. nak masak mmg saya tak reti. nnti nak cari jodoh yg pandai masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala senang je. Org bujang masak lagi sedap tau!

      Delete
  2. Sedapnya sotong masak kicap. Fav Iza ni. Heheh. Nasib baik bukak blog ni. Ada la idea nak masak apa esok. heheh. terima kasih share resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Selalu buat berkuah. Kali ni lain sket

      Delete
  3. Sotong is my gave! Tau tak sy paling suka makan sotong masak hitam. yes, ink dia tu tak buang. Hahaha. dari kecik punya fave. selalu org tny, leh makan ke ink dia tu, sy jwb "dah 30 tahun makan ok je lagi"

    btw, tak pernah try sotong masak camni. nanti nak try la. Thanks kak bell share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Bella pernah makan dan cuba masak. Nanti nak carilah resepinya.

      Delete
  4. thanks for sharing the recipe.. i guess everyone will love this recipe.. happy eating..

    ReplyDelete
  5. wow I love to eat this, I am so hungry, now I am going to tell my sis in law. she no try this recipe before. I see its not spicy, thats great as I cannot take too spicy food

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Its not spicy. Just use less of chilli paste.

      Delete
  6. Ya Allah Bella Masak ker tak jemput kita pun untuk taste rasanya hehehe wakakaka tapi sangat nampak menyelerakan lah dan mudah giler nak buat kita selalu sotong masak sambal jer tahu wakakakka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa. Takotlah nak bagi awak rasa sebab awak memang food taster yg bagus dan pandai masak. Tak nakkk. Larikkkkkk!

      Delete
  7. Tips keringkan sotong tu yesss. Kadang2 air sotong tu ya ampun~ tapi sama lah tak suka peti sejuk tak kemas. Barang kena selalu up to date~ lelama ni geram tengok sampai kulat kulat ehhh. Geram

    ReplyDelete
  8. Menu yang simple tapi sedap ni. Buat ratah gitu pun jalan haha. Tak ambil masa lama nak siapkan resepi ni kan. Makan dengan nasi panas boleh bertambah-tambah jawabnya heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap saja nak prepare. Memang. Kak Bell makan sayur ni dgn nasi kosong saja.

      Delete
  9. Kenapa la sis masak sedap sangat and Rawlins terbuka pepagi ni? Terus tekak ini terasa nak makan. Bila sis nak jamu kita makan nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom. Hehehe. Takut la nak bagi awak rasa.

      Delete
  10. Waa...eiza pun suka rasa pedas-pedas sikit jika buat masak kicap. Selalunya eiza letak cili padi je. Nanti nak cuba cara Bella pula. Laparlah pula tgk sotong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mesti nak ada sikit rasa pedas. Kalau tak memang tak puas makan.

      Delete
  11. sedapnya kalu lunch makan sotong masak kicap ni. lagi-lagi sotong tu fresh memang manis la. dah lama rasanya tak makan sotong. boleh la salin resepi ni & cuba masak.. untung-untung sama sedap macam bella masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti boleh punya. Nak best cari sotong yang besar-besar sket, baru mengancam nanti.

      Delete
  12. Sotong Masak Kicap Kak Bell looks so delicious! Thanks for sharing the recipe I will try to cook for my husband he loves sotong a lot!

    ReplyDelete
  13. sotong masak kicap.. nasi panas2 pergh layan dah. bertambah2 makan =D

    ReplyDelete
  14. Peti ais tu dia buat hal then ok lepas tu sebab takut Kak Bel beli yang baru la tuh. Nasib elok, jimat duit nak baiki. Sotong tu look tempting sangat. One of my husband's favourite. Menu masak kicap pon selalu masak. sedap.

    ReplyDelete
  15. Kenapa nampak sedap niiii. Emi terliur la, haha. Serious nampak sedap. nanti nak try buat jugak la.

    ReplyDelete
  16. Lama dah tak buat sotong masak kicap ni, tengok Bell buat teringin lak nak buat..:D, selalu buatsotong sambal je, baru2 ni pun sotong sambal petai.

    ReplyDelete
  17. Nampak sedapnya
    Makanan bi.. terus teringin nak pergi pasar bak beli sotong. Dahla resepi pun mudah jer hehe

    ReplyDelete
  18. Yay ! sedapnya ni, baru semalam saya makan sotong cuma cara masaknya beza. Resepi yang ni nampak mudah dan senang follow hehe

    ReplyDelete
  19. wow! terliur tengok sotong masak kicap dia! terus rasa nak panaskan kuali sekarang. haha! senang rupanya bila tengok resipi ni. lepas ni boleh lah kita cuba masak sendiri.

    ReplyDelete
  20. Mouse mommy suka makan sotong. Tapi, bila nak masak tu, selalu x jadi juicy sotong. Ada tips tak macam mana nak masak sotong tu supaya jadi juicy? Terima kasih.

    ReplyDelete

Back
to top