Fattah Amin Lancarkan Koleksi Fattastic Raya - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Fattah Amin Lancarkan Koleksi Fattastic Raya

Trending

Fattah Amin Lancarkan Koleksi Fattastic Raya

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Fattah Amin telah meneroka lembaran baru dalam kerjaya seni beliau dengan melancarkan jenama pakaiannya sendiri, Fattastic. Koleksi sulung jenama Fattastic iaitu Fattastic Raya yang dihasilkan khas untuk Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H telah diketengahkan kepada umum melalui satu majlis pelancaran dan pertunjukkan fesyen yang telah diadakan di Banquet Hall, Aras 3, Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur pada 6 April 2019 yang lalu. Perasmian telah dibuat oleh Fattah Amin selaku pengasas jenama tersebut.


Fattastic Raya menampilkan koleksi premium yang terdiri dari Baju Melayu moden dan kurta, diilhamkan dari citarasa pemakaian Fattah Amin yang menitikberatkan identiti budaya Melayu dengan mengekalkan elemen penting Baju Melayu. Koleksi ini turut mengenengahkan perincian fesyen moden menggunakan material premium berkualiti tinggi. Baju Melayu Fattastic ditawarkan dalam 9 warna menarik manakala 5 pilihan kurta dengan rekaan unik ditawarkan kepada para peminat.


Koleksi Baju Melayu Fattastic Raya dijahit dengan potongan moden-fit dan mempunyai butang praktikal di lengan yang memudahkan pergerakan selesa si pemakai dalam pelbagai situasi. Satu perincian khas adalah penggunaan butang di poket depan yang jika dilihat secara dekat mempunyai tiga perkataan Fattastic.


Baju Kurta Fattastic Raya pula dihasilkan dari material kapas premium dijahit dengan potongan longgar dengan butang Fattastic di sisi lengan yang boleh digayakan dengan lengan jatuh sepenuhnya atau lengan dilipat naik serta sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau santai.


Majlis pelancaran yang dihoskan oleh DJ Sonic ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh teman karibnya Mel Ramlan dan teman dibawah pengurusan yang sama, Universal Malaysia, iaitu Alvin Chong dan Zaim. Fattah Amin, bintang filem KL Special Force yang baru selesai penggambaran filem terbaru dengan watak Mat Kilau ini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya yang dijadualkan tayangannya tidak lama lagi.


Koleksi Fattastic Raya by Fattah Amin ini adalah terhad dan boleh didapati secara pra-tempahan bermula pada 15 April 2019 dan pembeli awal akan menerima hadiah istimewa Fattastic yang akan membuatkan lebaran tahun ini lebih berseri. Koleksi sulung jenama Fattastic ini adalah dibawah naungan syarikat fesyen Fazbulous.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post