Yura Yunita Artis Pembuka Konsert Dato CTDK

Hari ini Kak Bell berkesempatan ke sidang media Yura Yunita di Alila Bangsar. Penyanyi kelahiran Bandung ini tidak sabar membuat persembahan pembukaan di konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena esok. Beliau merasakan sangat bertuah kerana dapat berkongsi pentas bersama dengan penyanyi idolanya, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Mengagumi personaliti CTDK, Yura Yunita memang meminati setiap karya CTDK sejak beliau belum bergelar artis lagi.


Yura yang merupakan peserta The Voice Indonesia 2013, tampil dengan album keduanya berjudul 'Merakit'. Album ini merupakann buah tangan pertama Yura buat peminat di Malaysia. Dikeluarkan pada 4 bulan lalu, album ini dimuatkan dengan 9 buah lagu diantaranya Buka Hati, Harus Bahagia, Malam Sepi dan Merakit.


Menulis lagu dari hati dan merangkaikan pengalaman serta rasa beliau ke dalam album ini, Merakit buat Yura menjadi gambaran nyata perjalanan karier muziknya setelah melalui pelbagai momen dan fasa terburuk dalam hidupnya. Yura berkata beliau terinspirasi semasa membuat persembahah di Yayasan Rumah Buta, Wyata Guna. Mengambil pengajaran dari seorang peminatnya di sana, Yura tersentuh dan terinspirasi bahawa keterbatasan bukan benteng penghalang untuk meraih cita-cita dan diekspresikan di dalam single terbarunya berjudul Merakit.





Yura merupakan penyanyi independen, penulis lagu yang mahir bermain piano membawakan variasi muzik termasuk jazz, blues, funk, groove dan R&B. Karya-karya beliau berada di puncak tangga lagu muzik Indonesia danmeraih lebih dari 50 juta streaming digital. Untuk lagu Buka Hati sahaja, dalam beberapa bulan telah mendapat lebih dari 1.4 juta tontonan.

Yura mula menulis lagu dari usianya 15 tahun dan telahmeraih pelbagai penghargaan di Indonesia. Selain menjadi duta jenama Head & Shoulder, beliau telah meraih pennghargaan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik AMI Awards 2017 dan 2018, Pencipta Lagu Terbaik AMI Awards 2018 dan album Yura 2014 telah berjaya berada di tempat ke-6 Rolling Stone Indonesia's Best Album tahun 2014.



Kunjungan kedua beliau kali ini bagi mempromosikan album terbarunya buat peminat di Malaysia. Yura bakal menyampaikan 2 buah lagu hitnya di konsert Siti Nurhaliza On Tour esok iaitu Cinta & Rahsia dan Buka Hati.

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top